Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Saturday, May 04, 2013

PRU13: Dari Perlis Hingga Ke Sabah Rakyat Tak Sabar Nak Tolak UMNO/BN

Oleh: Tok Janggut

“Encik, orang ini bukan rakyat Malaysia, tapi dia nak mengundi”. Adu seorang petugas SAMM kepada SPR atau Polis yang bertugas di tempat mengundi esok. “Tak apa, dia ada IC biru dan di daftar sebagai pengundi, jadi biar dia mengundi, jawap pegawai SPR atau Polis. “Apakah encik sanggup bersekongkol dengan UMNO untuk jual dan gadai maruah negara kita ke? Yang bagi IC dan daftar pengundi ini kerja Mahathir dan UMNO untuk gadai negara kita dan hak kita.” Bantah petugas SAMM itu lagi. Pegawai SPR dan Polis itu diam, mungkin mereka berdua berfikir akan kebenaran kata-kata petugas SAMM itu yangmana kerja terkutuk dan keji UMNO ini akan mengancam keselamatan, hak dan kedaulatan anak cucu mereka dikemudian hari kelak dan mereka berdua juga termasuk bersubahat dengan UMNO.

Di atas antara kemungkinan akan berlaku dialog di tempat mengundi esok. Namun begitu ledakan rakyat dari Perlis hingga ke Sabah seolah-olah tidak sabar untuk membenamkan hayat UMNO esok. Kezaliman, penipuan, fitnah, video lucah, rompakan harta rakyat, penindasan yang dilakukan oleh UMNO selama ini perlu ditamatkan sertamerta esok. Biarkan sahaja UMNO mengharapkan warga asing yang terlepas dari pemerhatian SAMM esok untuk mengundi UMNO/BN atau kita berdoa kepada Allah agar semua pengundi rakyat asing yang ditaja oleh UMNO itu dibuka hatinya oleh Allah supaya mengundi/memangkah Pakatan Rakyat juga. Dengan fitnah dan penipuan yang sangat hebat dilakukan oleh UMNO sekarang, maka haram hukumnya umat Islam mengundi UMNO/BN. Mengundi UMNO bermakna setuju dengan kemaksiatan, fitnah, penipuan, kezaliman, video lucah dan semua kemungkaran, jadi bagaimana Allah nak terima solat dan ibadah kita?

Rakyat tidak perlu rasa terhutang budi dengan UMNO/BN selama ini kerana apa yang mereka buat selama ini adalah tanggungjawab mereka sebagai kerajaan. Kalau nak dikira budi, apakah Nabi Musa yang menentang Firaun yang menjaga baginda sejak kecil itu dianggap derhaka dan tidak kenang budi? Nabi Musa menentang Firaun kerana Firaun itu zalim, penipu, penindas dan lawan Allah dan baginda. Sama seperti UMNO juga yang mewarisi perangai dan akhlak Firaun. Jadi umat Islam dan semua rakyat Malaysia tidak perlu takut dan rasa terhutang budi dengan UMNO kerana kezaliman, penipuan dan penindasan UMNO terhadap rakyat mengatasi kebaikan yang mereka telah lakukan. Tidak berdosa umat Islam tidak mengundi dan tidak menyokong UMNO. Jangan terpengaruh dengan ulama upahan, ustaz tak bermaruah dan ahli akedamik yang kerjanya hanya menjual agama demi untuk jawatan dan gaji lumayan. Bukankah Allah telah menjanjikan azab yang pedih terhadap ulama, ustaz, ustazah yang menjual agamanya kerana dunia?  

Nabi Muhammad sendiri menentang orang sebangsa denganya termasuk bapa saudara dan ahli keluarganya kerana kezaliman, penindasan dan kemungkaran terhadap yang dilakukan oleh bangsa dan ahli keluarga baginda terhadap pengikut baginda ketika itu. Oleh itu, jangan jadikan kita sebangsa sebagai alasan untuk kita menyokong UMNO kerana tugas kita menentang kezaliman dan kekufuran itu tidak mengira siapa, walaupun UMNO itu sendiri majoritinya sebangsa dengan kita. Kezaliman, penipuan dan penindasan UMNO terhadap rakyat selama ini sudah sampai ke kemuncaknya, dan ianya harus ditamatkan esok, jangan tunggu lima tahun lagi (PRU14) kelak sudah terlambat kerana ketika itu Presiden UMNO mungkin orang Bangla, Timbalan Presidenya orang Filiphina, Naib Presidenya orang Indon dan Myanmar. Ketua bahagian, cawangan dan pengerusi JKK orang Siam dan Kemboja. Jadi dimana Melayu ketika itu? Melayu UMNO ketika itu jadi kuli, kerja kontrak bangunan, bersih longkang, dan cat bangunan. Bosnya rakyat asing yang sudah menjadi warganegara Malaysia yang diberikan oleh pemimpin UMNO. Hak kita sebagai rakyat Malaysia mungkin sudah terlepas ke tangan rakyat asing yang dibela dan dilindungi oleh UMNO.

Oleh itu, HENTIKAN UMNO DARI BERKUASA ESOK.....TAMATKAN HAYAT KUASA MEREKA...JANGAN BERFIKIR DUA KALI LAGI.....SELAMATKAN HAK KITA, NEGARA KITA, ANAK CUCU KITA ESOK....TIDAK ADA TAPI...TAPI..TAPI...LAGI......UMNO PEROSAK NEGARA, BANGSA DAN UGAMA.....SEMUA PEMIMPINYA ADALAH PENDUSTA DAN PENIPU BESAR SERTA PEROMPAK HARTA NEGARA....CUKUPLAH KITA DIPERBODOHKAN DAN DIPERMAINKAN SERTA DIPERDAYAKAN SELAMA INI....JANGAN KITA JADI BODOH LAGI UNTUK SELAMANYA.....

Kata Noh Gadut dan Harusani: “Sesiapa yang bersetuju, membenar dan meluluskan Kalimah Allah dan Bible maka orang itu jatuh kufur”. (Maka UMNO selama ini telah melulus, membenar dan bersetuju kalimah Allah digunakan dalam Bible di Sabah dan Sarawak dan meluluskan kemasukan Bible dari Indonesia yang ada Kalimah Allah). Jadi sesiapa yang menyokong dan mengundi UMNO juga jadi kufur serta merta, semua pahala ibadah hilang dan sia-sia.

Kata Mahathir: “UMNO itu syaitan yang dikenali”. (Ingatlah, syaitan itu kufur dan kafir) oleh itu sesiapa yang sokong dan undi UMNO jatuh kufur dan kafir sertamerta, semua pahala ibadahnya sepanjang hidupnya gugur dan sia-sia).


No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily