Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Saturday, May 04, 2013

Flashmob Pemantau di hadapan Wisma Persekutuan


SEBAGAI tanda sokongan Pemantau Rakyat kepada profesyenalisme penjawat awam dalam suasana pilihan raya yang ada masa kini, Pemantau Rakyat sekali lagi mengadakan flashmob di hadapan Wisma Persekutuan, Kota Bharu pagi ini. (gambar atas)
 
Sokongan kepada penjawat awam ini bertujuan menunjukkan kebersamaan rakyat untuk mendokong kebebasan penjawat awam dari sebarang anasir ugutan dan pengaruh tak berpatutan dari parti-parti politik tertentu.

 
Penjawat awam yang selama ini banyak mencurahkan bakti untuk rakyat dan Negara seharusnya berada dalam keadaan yang selesa untuk membuat pilihan sendiri pada 5 Mei ini tanpa diugut dengan pelbagai cara oleh pihak yang berkepentingan.
 
Selain Jabatan Pelajaran Negeri, pihak Pemantau Rakyat juga menerima aduan berlakunya ugutan di lain-lain jabatan.
 
Terbaru melalui Pasukan Pemantau Rakyat Kota Bharu, satu laporan polis telah dibuat berkaitan salahguna kuasa oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan yang berkempen untuk sebuah parti politik di dalam program anjuran pihak tersebut. Laporan polis tersebut dibuat setelah pihak Pemantau Rakyat Kota Bharu menerima beberapa aduan daripada orang awam yang turut menyerahkan rakaman audio ucapan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan di dalam satu program pada 29 April 2013 di Pasir Mas.
 
Antara kandungan ucapan Pengarah Kesihatan Negeri, Dato’ Ahmad Razin Ahmad Maher adalah beliau meminta kakitangan kementerian kesihatan supaya setia kepada Barisan Nasional malah menyuruh mereka untuk meletak jawatan sekiranya tidak bersetuju dengan pihak kerajaan yang diterajui Barisan Nasional.


Salinan surat kerahan dan rakan audio ucapan telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan.
 
Ketua Pemantau Rakyat Kota Bharu Dr. Syed Abdul Khaliq Syed Abd Hamid yang membuat laporan tersebut menegaskan perkara seperti ini tidak wajar berlaku dan perlu dibendung agar profesionalisme penjawat awam tidak diganggu gugat dengan kempen politik sewaktu tugas rasmi.
 
Demikian juga satu laporan polis juga dibuat pada hari ini terhadap Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan yang dilihat sewenang-wenang terus menggunakan institusi pendidikan termasuk sekolah-sekolah di Kelantan untuk berkempen bagi pihak UMNO dan Barisan Nasional. (Gambar atas)
 
Sekian untuk hebahan.


(Mohammad Faizal Che Yusof)
(Ketua Pasukan Pemantau Pilihan Raya Kelantan)

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer