Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Tuesday, April 24, 2018

Puad Jawab Alasan TPM Tidak Dicalon Bertanding



TIDAK sampai 24 jam namanya digugurkan Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding sebagai calon kerusi Parlimen Batu Pahat, Datuk Dr. Puad Zarkashi tampil menjawab kepimpinan parti.

Hari ini menerusi satu kenyataan kepada Mynewshub, Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat itu turut meluahkan perasaan kesal terhadap komen diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Puad yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) antara lain meragui ulasan Timbalan Pengerusi BN itu kononnya bahagian diketuai beliau selama ini adalah semakin parah dari segi kerosakan dan hakisan sokongan.

Sebaliknya bekas ahli Parlimen Batu Pahat mendakwa bahagian tersebut antara yang paling tinggi keahlian dan pemilih baharu di Johor.

“Justeru saya mempertikaikan kredibiliti metodologi penilaian yang beliau (Ahmad Zahid) gunakan. Sedangkan khidmat wakil rakyat PKR yang teruk menjadikan BN semakin popular,” jelas Puad menerusi kenyataan tersebut.

Beliau seterusnya menjawab alasan konon BN perlu letak calon lain untuk memastikan kemenangan dan ingin bertanya kepada Ahmad Zahid, apakah dengan letak calon kontroversi isu moral peribadi boleh jamin kemenangan?

Malah Puad mempersoalkan apakah dengan letak calon yang selama lima tahun tidak bantu bahagian dalam ‘jaga’ parti, memulaukan persidangan perwakilan tahunan selama lima tahun berturut turut dan lain-lain adalah wajar?

“Di mana hebatnya kaedah penilaian beliau? Ini bukan soal merajuk. Ini soal kenapa dibiarkan satu kaedah yang boleh menjadi precedent (rujukan) buruk pada masa hadapan digunakan?” soal Puad lagi kepada Ahmad Zahid.

Beliau kemudian menutup kenyataan itu dengan memberi peringatan bahawa jangan dijadikan isu pemilihan calon pilihan raya sebagai agenda persiapan pihak tertentu untuk menghadapi pemilihan parti kerana ia buruk padahnya. Semalan Pengerusi BN, Johor, Datuk Seri Khaled Nordin ketika mengumumkan senarai calon parti pada PRU ke-14 di negeri itu menamakan Ketua Wanita UMNO di bahagian itu, Haliza Abdullah sebagai calon kerusi Batu Pahat.

.........
Blog ini adalah blog sementara untuk Tranungkite Online (TKO)

No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily