Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Monday, August 23, 2010

Tarbiyyah PAS – "Revolusi ke-2"

Untuk memastikan PAS terus berada pada landasan yang betul dan bertepatan dengan zaman, Kita mahu sistem tarbiyyah parti disemak semula secara menyeluruh dan segera untuk dikaji keberkesanannya terutama misi melahirkan kader-kader dan kepimpinan masa depan.

PAS memerlukan anjakan "Revolusi ke 2" dan keberanian untuk melahirkan kepimpinan parti yang menepati acuan perjuangan kita sendiri. Satu penilaian semula secara objektif terhadap elemen-elemen terpenting dalam jemaah seperti akhlak dan sahsiah kepimpinan, kerahsiaan parti, kekuatan ukhuwwah, wala’ terhadap kepimpinan dan disiplin serta pengurusan parti. Kita merasakan semacam terhakisnya elemen-elemen terpenting yang disebutkan tadi yang lambat laun menjadi api dalam sekam yang memusnahkan perjuangan kita.

Pemerkasaan program-program tarbiyyah mesti dipertingkatkan selaras dengan cabaran sosiopolitik dan juga politiko-dakwah semasa.

Agenda tarbiyyah ini menjadi kewajipan nombor wahid dalam PAS sebagai gerakan Islam. PAS mesti digerakkan dengan amal Islami yang berteraskan 10 prinsip bai’ah yang telah digariskan oleh al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna.

Kesedaran ahli-ahli terhadap makna perjuangan Islam juga perlu dipugarkan semula supaya ahli tidak melihat kuasa atau sebarang bentuk habuan dunia sebagai matlamat gerak kerja Islam. Gejala fikrah maddiyah mesti dihapuskan, sebaliknya ahli-ahli PAS perlu sedar bahawa matlamat kita adalah mardhatillah.

Melalui tarbiyyah ini kita mengharapkan kesatuan fikrah dan amal dapat diwujudkan, sekali gus menangani anasir-anasir luar yang boleh memecah dan melemahkan PAS. Lajnah Tarbiyyah juga hendaklah memastikan keseluruhan gerak kerja PAS berjalan di atas landasan amal jama’ie dan berpegang dengan prinsip syura yang dipandu oleh sumber wahyu.

Apabila kita memperoleh kejayaan dalam pilihan raya, sebahagian besar tenaga dan jentera kita telah bertukar menjadi jentera kerajaan. Kita akui bahawa ahli-ahli PAS dengan sendirinya menjadi mata, telinga, mulut dan tangan kerajaan.

Kita sedar bahawa mesej dan dasar kerajaan tidak akan dapat disampaikan kepada rakyat tanpa bantuan kita semua. Tetapi, janganlah hendaknya kita mengabaikan gerak kerja parti semata-mata kerana memberi tumpuan kepada pentadbiran kerajaan. Peningkatan tugas ini terpaksa kita hadapi kerana kita  adalah parti pemerintah. Tetapi antara urusan kerajaan dan urusan parti mestilah bergerak serentak supaya kekuatan kedua-duanya dapat kita bina. Tidak ada makna kita memiliki jentera kerajaan yang kuat, tetapi jentera parti yang lemah.

PERTEGUH KEMENANGAN

Parti bertanggungjawab membina ahli-ahli dari sudut tarbiyyah dan kepemimpinan kerana mereka yang akan mendukung aspirasi parti dalam kerajaan. Parti sendiri mestilah memiliki organisasi yang kukuh kerana mereka adalah penggerak jentera kerajaan dan menjadi nadi dalam menghadapi musuh semasa pilihan raya.

Kita ingin mempertegaskan bahawa walaupun kita sudah mempunyai jentera kerajaan di semua peringkat di negeri yang kita memerintah, tetapi tidak bermakna kita boleh mengabaikan gerak kerja parti. Mesyuarat-mesyuarat parti disemua peringkat mestilah diteruskan, bahkan lebih kerap daripada biasa untuk memantau sistem penyampaian (delivery system) kerajaan. Dalam masa yang sama kita mesti pastikan organisasi parti terus bergerak dengan cekap dan berkesan.

Cawangan-cawangan baru mesti diperbanyak dan cawangan lama perlu diperkasa. Jentera Unit Kerja Jamaah (UKJ) harus diperkemaskan diperingkat akar umbi supaya setiap hari kita dapat membangunkan individuindividu pemuda yang berpotensi untuk digilap sebagai tenaga baru perjuangan kita. Oganisasi pilihan raya juga mesti berada dalam tahap yang sama seperti sebelum pilihan raya yang lepas.

Proses pendaftaran pengundi baru, semakan pengundi, culaan pengundi dan mengenal pasti pengundi hantu mesti dibuat  serentak dengan usaha membangunkan kemahiran jentera pilihan raya. Kita mesti belajar daripada kecuaian kita di Terengganu selepas 1999 yang akibatnya sehingga hari ini masih terkesan.

No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily