Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Friday, May 17, 2013

Ulasan Santai posting Kita perlu leader seperti Stephen Olop untuk 'rejuvenate' PAS!!

Saya menerima satu masej dalam e-groups berbentuk satu posting yang berbunyi tajuknya seperti diatas. Mungkin ada yang tak tahu siapa Stephen Olop. Dia adalah Presiden dan CEO kepada syarikat Nokia.

Stephen dalam satu memonya kepada pekerja syarikat Nokia telah mengibaratkan bahawa Nokia berada atas pelantar minyak yang terbakar di kutub. Tiada pilihan yang banyak kerana nak rentas api tak boleh, keputusan nekad ia terjun dalam air berais.

Mungkin kita tak terfikir untuk terjun dalam ais tapi itu pilihan yang ada dalam masa. Tapi kalau kita tak terjun kita perlu satu perubahan radikal untuk menghadapi api yang membarak.

Saya takkan panjangkan cerita pasal Stephen ini, pembaca boleh baca sendiri bagaimana dia berusaha untuk menyelamatkan Nokia daripada saingan hebat Samsung.

Masej petikan posting itu ada berbunyi "Sama juga dengan PAS yang pernah dan sedang menjadi buah mulut rakyat Malaysia. PRU13 memperlihatkan banyak kelemahan yang wajib diatasi segera."

Saya rasa petikan diatas itu lebih sesuai kepada UMNO bukan kepada PAS. Tapi kenapa nak salahkan PAS?? UMNO yang mantap ebih daripada 50 tahun tapi sekarang ditolok oleh rakyat. Kenapa PAS pula 'bahan taik'?? Satu tulisan sengaja nak salah sesetengah kepimpinan PAS... Ini adalah mainan untuk Muktamar PAS. Mereka sudah mula memasukkan jarum demi untuk mencapai sesuatu hajat!

Saya sebenarnya tak fahaman mainan politik puak-puak 'atas angin' dalam PAS. Atas angin tu ialah puak yang suka membuat banyak tuduhan dan teguran tapi tak banyak membuat kerja. Lebih baik orang kampung, kalau dia sokong PAS dia sebati dengan PAS. Jiwa dan raga mereka semuanya dalam PAS. Tapi puak ini.. macam ais, yang timbul tu macam PAS, tapi tenggelam hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Puak-puak ini lebih suka merendahkan kebolehan PAS dan mengangkat tinggi hal diluar PAS. Mereka seolah-olah anggap PAS satu organasasi kono. Tak ada SWOT analisis, tak ada KPI, tak ada QM dan sebagainya.

Saya berpengalaman bagaimana kajian daripada luar boleh dibeli oleh pihak PAS yang dipimpin oleh puak-puak ini dengan harga sekitar RM30,000.00 setiap satu. Sedangkan dalam PAS sudah ada sistem cula.

Kajian dan Cula apa bezanya??

Misalnya kajian tentang Presiden PAS menurun pengaruhnya di Terengganu untuk PRU13. Presiden sudah dua kali kena "bahang" daripada kajian yang 'menyiksa'kan sehingga terpaksa menjawab di Taman Melewar sebelum ini.

Sedangkan PAS yang sudah ada sistem CULA mencula setiap individu manakla kajian hanya mengambil sample... kalau orang ada akal sudah tentu cula setiap individu adalah lebih tepat!!

Tapi oleh kerana kajian datangnya daripada profesor. mungkin ada 5 atau 6 phd maka orang-orang PAS boleh "SUJUD" menyebah hasil kajian tersebut!!!

Yang buat cula, pergi rumah ke rumah, pasang LCD di surau atau markaz melihat satu persatu daripada daftar pemilih dianggap kerja bodoh oleh orang ATAS ANGIN!!!

Cula memang tepat hasilnya Presiden PAS menang lebih baik daripada sebelum ini di Perlimen dan DUN. Hangus duai puluhan ribu kerana kerja bodoh mempercayai syarikat buat kajian!!!

Hanya saya syorkan bukan "rejuvenate" dibuat kepada PAS tapi kena buat kepada otak-otak orang yang berada "atas angin" dalam PAS untuk faham makna siqah, taat dan walaq' bukan kerja membuat spekualasi dan tuduhan tanpa asas kepada sesetengah kepimpina  PAS hingga keadaan tidak menentu berlaku kepada PAS... hilang sikap mesyuarah, silaturrahim akhir "media sosial" digunakan untuk mencerca kepimpinan yang tak disukai.

Kembalilah kepada sunah perjuangan Islam..
Redha dengan keputusan yang ada, baiki kelemahan, buat persiapan mana yang 'lompong".






No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily