Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Saturday, November 12, 2016

Mahathir Kecam dan Sindir PAS Tapi Wan Azizah Masih Berharap




SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan walaupun Pas tidak menyertai konvensyen Pakatan Harapan hari ini, namun beliau percaya bahawa parti itu 'bersama'  dengan  gabungan itu.


Ujarnya,  ini kerana menerusi kenyataan Mursyidul Amnya, ‎Hashim Jasin yang sebelum ini telah menawarkan kerjasama politik dengan mana-mana parti dalam gabungan itu bagi menentang BN.

"Kita memang jemput Pas...mereka pilih tak datang  tapi saya baca kenyataan  akhbar Mursyidul Am Pas untuk pilih satu lawan satu," katanya dalam sidang media konvensyen Pakatan Harapan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ketidakhadiran Pas ke konvensyen Pakatan Harapan hari ini.
Sebelum ini, Pas menerusi kenyataan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang  bertegas Pas  tidak akan menghadiri konvensyen tersebut.

Menurut Tuan Ibrahim, Pas tidak akan berganjak daripada keputusan asalnya untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan Amanah.

Sebelum itu, memetik kenyataan Hashim, Pas kini mempunyai sikap sangat terbuka untuk bekerjasama dan sentiasa membuka pintu rundingan bagi mewujudkan kekuatan pembangkang.
Oleh itu ujar Hashim strategi satu lawan satu adalah strategi terbaik menewaskan BN, yang pengaruhnya semakin lemah.

“Kerjasama politik adalah pendekatan sangat penting dalam menjatuhkan kezaliman kerajaan BN pada PRU14.

"Justeru, Pas mempunyai sikap yang sangat terbuka dalam soal ini, dan sentiasa membuka pintu rundingan bagi mewujudkan kekuatan pembangkang,” katanya.



.........
Blog ini hanya 'mirror' artikel daripada laman asal
http://www.tranungkite.net
Sila ke laman asal untuk dapatkan versi penuh....

No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily