Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Saturday, November 12, 2016

Konvenyen HARAPAN Sekadar Menjadi Medan Menurunkan Najib Bukan Untuk Memperjuangkan Kebajikan Rakyat



Konvensyen pertama Pakatan Harapan (HARAPAN) - sebuah gabungan yang mengambil masa lebih setahun untuk diwujudkan - berlangsung hari ini untuk menentukan hala tuju ketika pembangkang masih belum bersatu.


Selepas konvensyen itu berakhir, arah tuju pembangkang nampaknya masih belum jelas sebaliknya isyarat yang beragam dapat dilihat.

Misalnya kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan parti itu komited menyertai HARAPAN.

Namun Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mereka perlukan lebih masa sebelum memuktamadkan penyertaan gagasan berkenaan.

Penundaan itu memag dijangka kerana semalam media melaporkan Muhyiddin mungkin sedang berusaha mendapatkan kerjasama PAS sebelum BERSATU menandatangani persefahaman dengan HARAPAN.

Muhyiddin mengesahkan beliau sedang berunding dengan PAS namun menafikan ia adalah punca BERSATU menunda menurunkan tandatangan menyertai HARAPAN.

Dr Mahathir dalam ucapannya tidak begitu diplomatik dengan mendakwa pihak yang berseteru dengan HARAPAN mungkin sudah mengambil "dedak" serta menyokong Datuk Seri Najib Razak.

Pada ketika lain Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Salahuddin Ayub mencadangkan gabungan itu menamakan calon perdana menteri sementara tetapi Dr Mahathir berpendapat sekarang bukan masa sesuai untuk itu.

Justeru dalam perkembangan itu beberapa pemimpin BN melihat ia adalah bukti mengapa pembangkang tidak wajar diberi peluang menang dalam pilihan raya.

Tiap parti ada agenda berbeza

"Dr Mahathir kini bercakap mengenai satu parti, satu simbol, satu manifesto. Ini yang diperkatakan pembangkang sejak 1999.

"Selepas 17 tahun mereka masih gagal melaksanakannya. Bercakap memang senang, tetapi melakukannya adalah hal yang lain.

"Pembangkang tidak bersatu dalam banyak isu, justeru bagaimana mereka boleh bersetuju mengenai satu parti, satu simbol, satu manifesto?" kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Katanya semua parti dalam HARAPAN serta BERSATU juga membawa agensi berbeza, dengan satu daripadanya hanya berminat untuk mengetepikan Najib sebagai perdana menteri.

“PKR pula mahu membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara dan menjadikannnya perdana menteri.
“AMANAH adalah sebuah parti dianggotai bekas ahli PAS yang gagal menyingkirkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya.

DAP pula kata bekas ketua menteri Sabah itu, sebuah parti yang mahu melihat kemunculan Malaysian Malaysia yang tidak dapat diterima ramai Melayu termasuk dalam parti pembangkang.
Keadaan itu kata Salleh, akhirnya menghalang HARAPAN menghasilkan manifesto bersama yang wajar.

Sementara itu Bendarai MIC S Vell Paari turut menyentuh kegagalan HARAPAN menamakan calon perdana menteri mereka.

Katanya, ia juga langkah undur Dr Mahathir yang sebelum ini menamakan Muhyiddin sebagai calonnya.

HARAPAN pula kata Vell Paari mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
"Mereka tak boleh membuat keputusan mengenai siapa yang akan mengetuai mereka menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Mereka boleh saja mencadangkan Dr Mahathir sebagai pemimpin untuk HARAPAN dan memberitahu rakyat beliau adalah calon perdana menteri jika memenangi pilihan raya akan datang," katanya.

Akhirnya kata Vell Paari, konvenyen hari ini lebih kepada perbincangan untuk menurunkan Najib berbanding memperjuangkan kebajikan rakyat.




.........
Blog ini hanya 'mirror' artikel daripada laman asal
http://www.tranungkite.net
Sila ke laman asal untuk dapatkan versi penuh....

No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily