Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Tuesday, May 14, 2013

Atas Nasihat dan Pandangan TG Nik Aziz sedia terus pegang Mursyidul Am Pas

Setelah pertemuan dengan Presiden PAS secara tertutup, pemberita bernama cuba mengorek maklumat secara rambang. Daripada berita bernama hari ini, beberapa maklumat dalam perbincangan tersebut boleh difahami.

Antara lain Bernama melaporakan bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia untuk terus memegang jawatan Mursyidul Am Pas walaupun tugas itu amat berat, dan dalam keadaannya yang uzur.

"Saya bersedia memegang jawatan itu jika saya diperlukan oleh parti.

Tugas Mursyidul Am adalah suatu tugas yang amat berat yang terpaksa dipikul dan dilaksanakan mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w mentadbir negara Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Jasamu Dikenang di Pusat Pentadbiran kerajaan Negeri Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Majlis itu, bagi menghargai dan meraikan sumbangan Nik Aziz yang berkhidmat sebagai Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun sejak 1990, turut dihadiri Menteri Besar Kelantan yang baharu Datuk Ahmad Yakob.

Nik Aziz berkata, beliau tetap berazam akan terus melaksanakan misinya dalam memperjuangkan parti berlandaskan Islam walaupun bukan lagi menteri besar negeri itu.

Nik Aziz juga akan melepaskan jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan, jawatan yang disandang oleh menteri besar.

Sementara itu, Ahmad ketika ditemui pemberita, berkata beliau akan meneruskan dasar pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana di bawah Nik Aziz.

Beliau berkata persidangan pertama Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan selepas pilihan raya umum ke-13 dijangka diadakan Jun ini.

No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily