Kematian N Dharmendran dalam tahanan dikatakan lebih buruk daripada kes kematian Kugan (gambar di atas) pada tahun 2009 lalu. Menurut peguam keluarga mangsa N Surendran kedua-dua telinganya dikokot (staple) dan terdapat beberapa tanda pukulan di paha dan belakangnya.
"Terdapat bukti fizikal terdapat pukulan dan deraan di bahagian depan paha dan belakang badan, terdapat tanda pukulan di belakang dan bengkak.

"Telinganya dikokot dan besi kokot masih tertinggal, yang boleh dilihat dengan jelas
"Ini kes paling teruk pernah saya lihat selepas Kugan," kata Surendran (gambar), yang juga anggota parlimen Padang Serai.
Surendran antara yang dibenarkan melihat mayat Dharmendran bersama ahli patologi dan anggota keluarga di Hospital Kuala Lumpur.
IMEJ POLIS SEPATUTNYA DIBAIKI
KEJADIAN SEPERTI INI JIKA TIDAK MENDAPAT PENJELASAN YANG BAIK DAN BENAR MUNGKIN MEMBAWA KEPADA KEPERCAYAAN KEPADA SISTEM 'POLIS' MAKIN LUNTUR!
No comments:
Post a Comment