Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Thursday, November 24, 2016

Mapim: Juanda perlu nasihat Adenan sokong RUU 355



PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya perlu menasihat ketua menteri Sarawak menyokong usul rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355, kata presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, sebagai wakil rakyat berlatar belakang agama, Juanda perlu memastikan Tan Sri Adenan Satem menyokong undang-undang Islam, bukannya mengarahkan wakil rakyat Sarawak menolak RUU 355.

"Sepatutnya Juanda dapat menasihati ketua menteri Sarawak kerana beliau lebih dekat dengan hal ehwal syariah, kita mengharapkan suara bekas mufti Perlis yang sekarang ini berjawatan adun di Sarawak memainkan peranan bagi memastikan kuasa Mahkamah Syariah dan agama Islam lebih dihormati," katanya kepada FMT hari ini.

Azmi mengulas tindakan Adenan mengarahkan semua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sarawak, termasuk wakil rakyat beragama Islam menolak RUU 355 yang akan dibentang pindaan cadangan di Dewan Rakyat, pada tahun depan.

Arahan itu disokong Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian yang berkata, parti komponen BN negeri tidak akan menyokong RUU 355 kerana menganggap ia tidak seiring intipati Perjanjian Malaysia 1963.

Azmi berkata, Adenan tidak sepatutnya menggunakan kuasa ketua menteri untuk menghalang wakil rakyat negeri itu menyokong RUU 355.

"Adenan harus memberi kebebasan kepada ahli Parlimen untuk melihat hujan-hujah yang akan dibawa, malah Adenan juga kena hormat sejarah Mahkamah Syariah ini bermula di Sarawak.

"Kita nak pastikan satu bidang kuasa lebih tinggi diberikan kepada Mahkamah Syariah, sebab Mahkamah Sivil sudah berpuluh tahun menggunakan undang-undang British.

"Malah, kesan Adenan menolak RUU 355 boleh dikatakan dia seolah-olah menolak hukum Tuhan walaupun dia boleh tafsirkan ia bukan undang-undang Tuhan, sebaliknya undang-undang PAS."

Katanya, Adenan tidak sepatutnya menjadikan alasan ingin menjaga Perjanjian Malaysia 1963 kerana ketika beliau menjadi menteri di Kabinet pada 1988 tidak membantah undang-undang Mahkamah Syariah diperkasakan.

"Pada 1984 hingga 1988, apabila ruang Mahkamah Syariah diperkukuh, malah ketika itu Adenan menjadi menteri di persekutuan dan dia tidak menentang, tetapi sekarang menentang.

"Ia seolah-olah ingin menjaga kepentingan diri, bukan ingin menjaga kepentingan Mahkamah Syariah, tindakan itu juga berkemungkinan untuk menjaga undi bukan Islam," katanya.

Hari ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Dewan Rakyat menangguhkan RUU 355 ke sidang seterusnya yang dijadualkan berlangsung pada Mac 2017 bagi membolehkan pindaan dilakukan terhadap usul itu dan ia akan diterangkan secara terperinci pada sidang akan datang.

Antara pindaan dicadangkan ialah hukuman "penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan".

Ketika ini, Mahkamah Syariah hanya boleh menjatuhkan hukuman pada kadar maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan.




.........
Blog ini hanya 'mirror' artikel daripada laman asal
http://www.tranungkite.net
Sila ke laman asal untuk dapatkan versi penuh....

No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily