Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Sunday, May 26, 2013

Terbaca Tulisan Aku Juga Bukan Belaci PKR


Tulisan daripada Pemuda PAS Gombak adalah urutan daripada beberapa kepimpinan PKR menyerang secara terbuka kepada Presiden PAS atas beberapa kawasan yang bertindih. Saya rasa perlu ada penjelasan isu sebenar kenapa semua ini berlaku supaya kita adil dalam membuat sesuatu penilaian.

Tulisan Syarham Humaizi boleh di baca di sini (Aku Juga Bukan Balaci PKR)

Saya kenal sangat dengan Ketua AMK pasal dulu pernah bertanding di Parlimen Dungun semuanya kami yang urus sehingga tempat tinggal dan body guard. Sepatutnya rasa tak berbangkit perkara seperti ini.

Saya rasa apa yang berlaku di Bukit Besi misalnya, sebelum menghentam pihak PKR perlu baca laporan tebal yang dibuat oleh Cikgu Abdullah (Calon PKR yang sepatut diterima bertanding) kepada dia kecewa dengan sikap PKR dalam menentukkan calon. Abdul Rahman (Awang Siber) setpol Anwar Ibrahim sepatutnya memainkan peranan tetapi malangnya bukan menyelesaikan tetapi manambah buruk keadaan.

Sebelum itu diminta juga pihak PKR melihat rakaman video yang disertakan kepada kepimpinan atasan PKR berkenaan "pil kuda" supaya lain kali "balaci PAS" boleh bekerja membantu dengan baik bukan seborono sahaja.

Saya tak boleh bayangkan Pak Iman PAS. orang panggil lebai Haji boleh memasang bendera  kepada seseorang yang ada kaitan dengan 'pil kuda'???

Kenapa Presiden PAS marah sangat hingga terkeluar perkataan seperti itu?? Kenapa payah nak terima hakikat sehingga merosotka perancangan yang lebih besar??

Lihat sahaja di Kelatan, semua kerusi dipertandingkan oleh PKR kalah kecuali 1 sahaja. Kawasan Parlimen Merchang tempat Saifuddin Nasiotion juga kalah selepas Saifuddin meninggalkan kawasan berkenaan? Kenapa tak buat analisis apa faktornya?? Saya rasa pandangan Mohd Sayuti Omar dalam hal ini dalam tulisannya "13 Kerusi PAS di Kelantan Merosot" tidak menyeluruh kerana Sayuti tak buat analisis pasal PKR seolah-olah PAS merosot sedangkan analisis bilik gerakan lain daripada apa yang diperkatakan oleh Sayuti.

Akhirnya pemikiran umum di bentuk penulis blog, orang lain buat salah yang mendapat kesan orang lain kerana wujud penulis tanpa melihat perkara sebenar secara mendalam.

Sebelum saya menghakhiri tulisan ini,  saya nasihat sekali lagi untuk melihat video rakaman dan fail kertas laporan daripada cg Abdullah (calon awal PKR Dun Bukit Besi) berkenaan politik dalam PKR yang sangat tidak sesuai dalam menentukan calon.


Note:
Keputusan detail PRU13 Kelantan boleh dilihat di sini
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=6128

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer