Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Sunday, May 26, 2013

Azmin akhirnya mengaku salah. Adakah Ini menjawab isu sebenar??



Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akhirnya mengakui kesilapan isu kelewatan pembahagian kerusi dan penentuan calon sehingga menyebabkan ia bertindih dengan calon-calon daripada parti sekutunya, PAS.

"Saya ambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap isu kelewatan pembahagian kerusi yang telah berlaku," katanya.
 
"Dalam proses agihan kerusi semasa PRU13 lalu, saya merupakan pimpinan yang terlibat, dan saya menyatakan bahawa saya faham perasaan setiap anggota cabang atau pimpinan parti yang tak terpilih, akibat pembahagian tak dapat disempurnakan lebih awal," jelas beliau.
 
Isu kelewatan tersebut dikatakan tindakan Ahli Parlimen Bukit Antarabangsa itu beserta Naib Presidennya, R. Sivarasa cuba 'menghantar' calon luar untuk bertanding di beberapa kerusi, selain mengubah senarai nama calon pilihan cabang masing-masing sehingga menimbulkan kemarahan ahli di peringkat akar umbi. 
Berucap dalam sesi pergulungan bahas Kongres Nasional Keadilan ke-9 di Dewan Sivik MBPJ, Azmin juga menegaskan proses rundingan Pakatan Rakyat terutamanya dalam menentukan senarai calon di kerusi yang ditandingi perlu diteruskan agar permuafakatan dapat dicapai. 

"Dengan adanya proses permuafakatan yang perlu dijalankan, kita boleh runding dan bincang sebelum sebarang keputusan dibuat." 

"Saya berharap perkara ini diteruskan sebab parti tidak boleh mengkhianati amanah rakyat," jelas Azmin. 

Menurut Azmin lagi, beliau mengakui silap dalam meletakkan calon PKR di Kota Damansara selain membiarkan calon PSM bertanding di kerusi Semenyih. 

"PKR, kita ada 16 kerusi di Selangor. Berkenaan kerusi di Kota Damansara dan Semenyih, PKR kita tak kalah kepada BN, tetapi kita kalah sesama parti (PR)."

RAMAI BLOGGER PR TERUTAMA DARIPADA KALANGAN BLOGGER PAS SENDIRI TAPI PEMIKIRAN SAHAJA MASIH BELUM "PASs" TELAH MENYALAHKAN PAS DALAM BANYAK ISU PERTINDIHAN KERUSI.

YANG MENJADI MANGSA IALAH PRESIDENNYA SENDIRI SEDANGKAN BANYAK KALI PRESIDEN MENYEBUT BAHAWA ITU ADALAH UNTUK MENYELAMATKAN PR.
 
MEREKA TAK  MAHU DENGAR APA KATA PRESIDEN SENDIRI.
MEREKA SEBENARNYA TIDAK MENYIASAT PERKARA SEBENAR DISEBALIK SEMUA ISU HANYA MEMBUAT PERSEPSI BURUK SEMATA-MATA??
 
KENAPA-KENAPA-KENAPA?
 
 
 

3 comments:

  1. PAS Sila Cermin Diri Dahulu..

    Ini adalah pendangan dan pendapat peribadi aku. buka mewakili parti atau mana mana pemimpin. jadi jgn ada sesiapa yg mahu menyangkutkan dgn sesiapa atau apa apa.

    Apabila DSAI menganjurkan perhimpunan suara rakyat suara keramat Presiden PAS haji hadi berkata "



    Kata Presiden PAS YB. Tok Guru Haji Hadi Awang bahawa rakyat telah memilih dan terima lah hakikatnya..

    Dari dahulu lagi dari era reformasi lagi aku dah kata ornag ornag PAS hanya berani bercakap sahaja tetapi nak buat mereka penakot. tunjuk alim, tunjuk bagus , tunjuk warak , kalau nak pergi berperang mereka bukanlah sahabat yg kita boleh harap. sorry not me. bermegah dgn unit amal, unit amal sekali fru bunyikan locen mereka cabut lari dahulu. ini bukan fithnah tetapi pengalaman.

    sebelum pilihanraya kita tengok penyokong , pendokong, ahli PAS begitu riak takbur.bermegah kononya mereka kuat. artis tu sokong, artis ni sokong, ahli politik tu sokong sini sokong sana sokong , mereka megah, riak takbur. belagak, siap ada cawangan awangan buat relica kapal terbang, kapal selam, kereta kebal. , shouting there shouting here they are strong. anak muda menyokong mereka.tunjuk kononya mereka kuat. sampais aya sendiri dah naik percaya kali ini umno kalah teruk walaupun menipu.

    Last last perak tak dapat balik , kedah jatuh ke tangan ornag., titiwangsa jatuh ke umno ,putrajaya terkecimpong , apa jadi, semua terkedu semua diam. itupun ada hamlau hamlau yg bising bising biarlak selangor di pegang PAS. hahah sorry bro. noway. kalau PAS pegang selangor aku berani bertaruh 5 tahun lagi selangor juga akan jatuh ke tangan BN. Sebab apa terjadi. sebab mereka tiada sifat sifat Tok Guru Nik Abdul Aziz. yg sentiasa berserdehana. tak riak, tak takbur.mereka bongkak dna berlagak. sebab itu aku tengok Yg Azmin Ali keras dgn pas. dans ebab itu juga aku tengok PAS mati mati tidak mahu Azmin Ali jadi Mb Selangor

    Pas pegang Terengganu jatuh ke tangan BN. pas pegang perak jatuh ke tangan BN, Pas pegang kedah jatuh ke tangan BN. stop talking about pengundi hantu. cermin diri sendiri dahulu. mustahil ornag itu kalah hanya kerana undi hantu. abang aku sendiri pimpinan PAS. anak sdr aku ahli pas. , tetapi adakah ini akan menahan aku dari berkata. sorry tidak begitu juga mereka tetapi biar berfakta. kita bermegah boleh tapi don't over. tak payah heboh.

    Ahli PAS penyokong pas lebih kepada berkata dari berkerja. sorry k. ini kenyataan. cerita je banyak. but nothing. ,tengok lah byk kita dengar berbagai cerita. rebut sana rebut sini. lawan sana lawan sini. . orang lawan dulu sampai menang. ini tidak belom apa apa dah nak berebut.rebut sana rebut sini. sewaktu Pas dapat pegang perak dahulu , tak sampai 5 bulan ada ahli pas yg aku kenal hubungi aku. tanya nak beli tanah tak. aku rapat dgn mb Nizar dia cakap. aik ko pegang kerajaan negeri ko pun dua kali lima umno ke.

    Tapi bila ornag cakap mereka melenting. cerita kisah nabi , kisah khalifah, itu ini, contohi sana contohi sini. sedangkan ko sendiri tunggang langgang. setakat hero worrior di keyboard,. je. pas kena muhasabah diri. tengok sekeliling. jaga hati kawan. kita pakatan buat cara pakatan. jgn dok PAS PAS PAS . aku ikut parti bukan baru dari sejak belom di tubuhkan. untuk 2-3 tahun pertama aku jadi pembantu dna pengiring Setiausaha Agong Pertama Sdr Anuar Tahir . apa aku tak tahu ke. dalam mensyuarat aku sebagai fotografer gak tak dengar ke.

    Pas ni semua mereka nak, semua kawasan kalau boleh mereka nak. bangang. orang fikir menang dulu. kalau rasa kawasan tu PAS tak boleh menang bagi dekat kawan DAP ke PKR ke. ini tidak semua dia nak. aku berani cakap PUTRAJAYA DGN TITIWANGSA kalau bagi dekat PKR pasti menang. belajarlah bertolak ansur. tengok kenapa hampir 50 tahun masih tak menang menang gak. hanya menang kelantan je. jgn bongkak sangat, jgn ikut perangai UMNO.

    Ok ini pandnagan aku ok. berdasarkan pengalaman. kalau ko orang nak balas atau komen silakan tapi pakai otak walaupun tak boleh terima. maki hamun aku. aku sumpah mak kau. paham.

    ReplyDelete
  2. Untuk mempercayai Azmin mengaku bersalah dalam isu pertindihan kerusi, sama juga dengan mempercayai Tukar Tiub melangsungkan perkahwinan.

    Azmin hanya menyentuh tentang Kota Damansara dan semenyih. Mengapa dia tak sebut Sungai Aceh, Kota Putera dan Seberang Takir?

    Apa pun, aku rasa, politik Azmin lebih bijak dari politik Haji Hadi,

    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2013%2F5%2F23%2Fnation%2F13141876&sec=nation

    ReplyDelete
  3. tau sbb pe sbb puak2 ni sudh bersama geng2 dlm pas yg gilakan kuasa dan jawatan dan sudh x suke pada golongan ulamak ni ...sudh msuk geng2 syaitan di kenali

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer