Dua istilah Tomboy dan Pekit, entahlah setahu saya tomboy ini sekadar berkawan dengan lelaki tapi tiada pergaulan bebas, manakala pekit pula akan melakukan seks tanpa nikah.
Saya terbaca berita semalam tomboy melahirkan bayi lelakinya di atas jalan di lorong belakang sebuah bank
di Bandar Puteri, Puchong, berseorangan tanpa ditemani atau bantuan
sesiapa.
Saya menjadi tanda tanya, apakah rupa bentuk sosial masyarakat Malaysia sekarang di bawah kepimpinan UMNO @ BN? Saya menjadi takut untuk masa depan anak-anak saya, saya juga merasai bimbang akan masa depan kaum kerabat saya. Adakan UMNO @ BN mampu untuk menjamin satu masyarakat yang benar-benar sejahtera dilahirkan di negara ini??
Apa sebenarnya pimpinan UMNO @ BN buat kepada negara ini sehingga banyak sangat perkara yang pelik dan tidak terfikir dalam akal boleh berlaku. Kalau sayangkan bangsa kita, buanglah UMNO @ BN.
Keluhan saya adalah berdasarkan berita di bawah ini:-
Seorang wanita tomboy terpaksa melahirkan bayi lelakinya di atas
jalan di lorong belakang sebuah bank di Bandar Puteri, Puchong,
berseorangan tanpa ditemani atau bantuan sesiapa.
Di fahamkan, ketika kejadian wanita itu secara tiba-tiba terasa
hendak bersalin dan beliau bertindak nekad melahirkan anaknya di
belakang premis terbabit, kelmarin.
Bagaimanapun wanita yang berusia 23 tahun itu tidak bernasib baik
apabila kandungannya songsang menyebabkan dia mengalami kesukaran hendak
bersalin dan terpaksa bertarung nyawa hampir sejam untuk melahirkan
kandungannya tanpa bantuan sesiapa.
Akibat masaalah songsang, bayi lelaki beliau gagal diselamatkan
setelah kaki bayi itu terkeluar terlebih dahulu dan menyebabkan bayi itu
kelemasan sebelum meninggal dunia sebaik ibunya selamat bersalin.
Menurut sumber, wanita terbabit yang masih belum berkahwin menaiki
motosikal berseorangan jam 10.40 malam kelmarin sebelum tiba-tiba dia
rasa sakit hendak bersalin.
“Panik dengan situasi itu, mangsa memberhentikan motosikalnya di
lorong belakang sebuah bank dan bertindak berani cuba melahirkan
anaknya.
“Mangsa yang tidak tahu kandungannya songsang bagaimanapun mengalami
kesukaran untuk bersalin, namun selepas berhempas pulas akhirnya dia
berjaya melahirkan bayinya itu.
“Bayinya gagal diselamatkan akibat lemas,” katanya.
Sumber menambah, mangsa yang berlumuran darah dan tidak bermaya hanya
tersandar di tepi dinding premis terbabit sebelum kebetulan seorang
lelaki yang melalui kawasan itu menyedari kejadian terbabit.
“Lelaki itu yang menyangka mangsa ingin membuang bayi terus
menghubungi polis memaklumkan kejadian itu sebelum unit peronda polis
(MPV) tiba di tempat kejadian mendapati wanita terbabit sebenarnya baru
lepas bersalin.
“Polis kemudian membawa mangsa dan bayi yang sudah tidak bernyawa itu ke Hospital Serdang,” katanya.
Sumber itu berkata, ahli keluarga mangsa yang dimaklumkan kejadian
itu juga terkejut dengan berita diterima mereka kerana tidak mengetahui
anak mereka mengandung.
“Difahamkan wanita terbabit sebelum ini tidak pernah berkawan dengan
lelaki kerana dia sering membawa pulang rakan perempuan dipercayai
‘teman wanitanya’ kerana sikapnya yang seperti lelaki,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang Deputi
Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu
dan pihaknya yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke
tempat kejadian.
Note:
Gambar di atas, sekadar hiasan sahaja.
Perhatian...
TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih
Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com
....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN: K.l.i.k. g.a.m.b.a.r. u.n.t.u.k. p.a.p.a.r.a.n. b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...
....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. |
Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa. |
Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru. |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment