Saya tahu pasal perkahwinan Ustaz Azhar Idrus untuk isteri ke-3, tapi saya rasa malas nak tulis dan sudah pasti ramai berebut untuk menulis kerana ini akan menjadi bacaan yang hits. Komen pada artikel-artikel perkahwinannya juga agak banyak.
Biasalah perkahwinan ke-2, ke-3 atau ke-4 akan menjadi satu perbahasan yang hangat. Ada pro dan kontranya. Bukan sahaja kepada Ustaz Azhar yang agak menonjol sekarang ini tetapi boleh jadi perbahasan kepada orang biasa.
Dulu semasa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kahwin ke-2 pun 'ribut' juga dan banyak perkara di luar dugaan berlaku. Oleh kerana Allah jaga isu berkenaan saya tak akan tulis di sini.
Perkahwinan Ustaz Azhar di zaman facebook dan twitter, banyak perkara dibahaskan di media sosial dan memang pun Ustaz Azhar dipanggil sebagai "Ustaz You Tube". Ya zaman moden ini orang tahu macam-macam melalui internet, kebetulannya semua yang dicari itu dijawab oleh Ustaz Azhar melalui You Tube dibuat oleh pengikut dan rakan setianya.
Ustaz-ustaz lain juga ada banyak menjawab dan menyelesaiakan masalah semasa tetapi tak ada yang berusaha untuk masukkan ke You Tube... jadi seolah-olah Ustaz Azhar sahaja. Itu peranan Lajnah Dakwah & Tarbiyyah atau Lajnah Penerangan... bukan sekadar menyerang UMNO @ BN tetapi harus ada makanisme untuk dakwah dan memberi penerangan. Tapi malangnya lajnah itu disempitkan kefahamannya.
Berbalik isu Ustaz Azhar, ramai yang tak setuju dengan perkahwinan ini mengkritik dan mencemuh. Ada juga yang 'deret' (terus) menyoal pada facebook Ustaz.
Saya tertarik satu soalan di bawah:-
Di bawah ini pula jawapan Ustaz Azhar. Tapi jawapan dalam internet bukan boleh percaya sangat. Dulu (lama dulu) saya pernah berhujah dengan satu nick "BARUNGAJI" di Tranungkite. Saya syak dia Ustaz Azhar dan akhirnya Ustaz beritahu nick itu digunakan oleh 4 orang kawannya.... termasuk dia sekali.
Jawapan ini saya rasa macam lari daripada apa yang ditanya..
Saya berpendapat tak payah nak layan sangat sehingga terlalu detail cerita apa yang kita ada dan kita buat demi untuk menyenangkan hati mereka yang tak puas hati. Kita sudah pasti tidak akan boleh memuaskan hati semua orang. Ustaz buatlah apa yang patut dan teruskan usaha dakwah demi untuk memastikan dakwah Islamiyyah ini berjaya.
Dulu Ayah Chik (Presiden PAS) pun dikritik atas pembelian kereta. Orang tak kaji pun bahawa Hj Awang itu antara yang kaya raya.. ada tanah, ada kebun, ada ladang... Sebab memang itu nasib mereka yang berdakwah bukan sahaja dikritik oleh musuh malah kawan sendiri.
Jadi tak hairanlah kalau ada puak-puak yang akan hentam Presiden PAS atas perkara seperti itu. Itu telah ditulis dalam Al Quran dengan istilah 'mukmin yang dengki'.
Saya rasa ustaz juga akan mengalami nasib yang sama. Hanya satu sahaja saya nak luahkan ustaz jangan terlalu ikut nasihat kawan-kawan kiri kanan ustaz yang kadang kala lebih sudu daripada kuah. Yang ini banyak "mengada" dalam banyak deal dengan ustaz... Banyak pendakwah luar negara rosak kerana orang sekeliling terlalu 'ego' rasa macam ustaz itu 'hak milik' mutlaknya. Menyorok pengkhabaran sebenar dan mengapikan maklumat sehingga ada beberapa ceramah terpaksa dibatalkan atas maklumat yang tidak jujur!
Akhir sekali. Tahniah atas perkahwinan ini, teruskan dakwah..
No comments:
Post a Comment