Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Thursday, October 13, 2016

Satu Pengesyoran : PAS dalam menghadapi PRU-14 : Suatu Memorandum Kefahaman (MOU)





Izinkan saya mengambil contoh daripada sirah Nabi Muhammad s.a.w. di mana Nabi menawan kota Madinah terlebih dahulu untuk menubuhkan kerajaan Islam , kemudian dari situ Nabi menawan kota Mekah dengan rela hati penduduk dan  tiada tumpah darah.

2. Dari contoh ini kita boleh ambil pengajaran dalam menghadapi PRU yang akan datang. Kita boleh mengibaratkan Kelantan&Terengganu  sebagai Madinah , dan Mekah sebagai seluruh Malaysia.

3. Maka ingin saya syorkan kepada ahli-ahli PAS sekalian supaya kita membuat suatu Memorandum Kesefahaman atau MOU dengan parti Pemerintah supaya
Kelantan&Terengganu menjadi hak mutlak kerajaan PAS agar pertandingan satu lawan satu akan berlangsung di mana kemenangan PAS di Kelantan&Terengganu, dan juga parti Pemerintah di semua negeri yang lain akan TERJAMIN.
4. Kemenangan mutlak PAS di Kelantan&Terengganu  dan juga parti Pemerintah di negeri-negeri lain amatlah diperlukan untuk menghancurkan terus parti-parti yang bersifat pengkhianat  (PAN), parti anti-Islam dan rasis (DAP) ; dan juga parti-parti yang ditubuhkan oleh mereka yang memperjuangkan individu-individu yang sudah lapuk , hilang “aura” dan penuh dengan sejarah penipuan (PKR dan Bersatu) .
5. Kita tahu bahawa parti Pemerintah kini adalah dalam keadaan terdesak. Maka adalah wajar bagi PAS sebagai blok ketiga untuk memberikan penyelesaian mudah kepada parti Pemerintah untuk terus memerintah dengan hasrat untuk memberi peluang dan ruang kepada ketua mereka untuk memperbaiki keadaan.
6. Langkah ini  adalah bersesuaian dengan agenda politik PAS iaitu “budaya politik matang dan sejahtera” di mana penyatuan umat Islam di Malaysia merupakan suatu keutamaan dalam merintis jalan ke arah penubuhan kerajaan Islam.
7. Di dalam MOU ini kita perlu meletakkan syarat bahawa Royalti Minyak Kelantan dikembalikan kepada Kelantan. Dana daripada Royalti minyak ini akan dapat memberi peluang kepada kerajaan PAS Kelantan&Terengganu untuk membina satu model kerajaan Islam contoh bagi seluruh negara.
8. Model Kerajaan Islam ini memberi penekanan yang khusus terhadap penubuhan servis awam yang terbaik kepada masyarakat.  Ia merangkumi pengamalan budaya “Matang dan Sejahtera” dalam semua aspek kerajaan negeri, sektor awam dan sektor persendirian. Secara tidak langsung , ini akan menghidupkan suasana yang sihat dan senang di kalangan masyarakat majmuk, sesuai dengan apa yang diajarkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
9. Dengan adanya model kerajaan Islam contoh ini, maka dengan sendirinya ia menjadi “Piawaian Emas” (Gold Standard) terhadap persepsi masyarakat yang berada di luar dan di dalam negara. Ini amatlah perlu dalam usaha memenangi hati masyarakat supaya PAS dapat disenangi dan diberi sepenuh kepercayaan untuk memerintah Malaysia di hari muka.
10. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk sering menegur Pemerintah supaya kita saling “berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”. Surah Al-As mengajar kita bahawa menegur tentang kebenaran sahaja adalah tidak cukup.  Ia perlu bersertakan kesabaran. Kesabaran inilah yang kita patut berikan kepada Pemerintah kini.
11. Semoga Allah memberi ruang kepada kita untuk sentiasa bermuhasabah diri , dan memberi penyelesaian kepada segala masalah negara yang nampaknya semakin meruncing.  Sesungguhnya kepada Allah sahajalah letaknya penyelesaian dalam segala hal. Dialah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengetahui.

Mr. Kama Mustaffa Muhammad
LRCPI & SI, MB BCh BAO (NUI), MRCS, MSc.
Chester, UK.


.........
Blog ini hanya 'mirror' artikel daripada laman asal
http://www.tranungkite.net
Sila ke laman asal untuk dapatkan versi penuh....

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer