Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Thursday, October 13, 2016

PAS Dan Pengalaman Habis Madu Sepah Dibuang





Situasi mutakhir memperlihatkan ketegasan PAS untuk berdiri sebagai blok ketiga, Suara PAS jelas merdeka tanpa takut kepada yang mencela. PAS kini ada pakatan sendiri yang dinamakan Gagasan Sejahtera . PAS dengan tegas menyatakan tak akan berunding sama sekali dengan DAP yang konsisten menentang dasar   Islam PAS.

Yang pastinya, PAS istiqamah menentang UMNO. PAS tidak membenci orang-orang UMNO. Inilah  mesej PAS dalam  visi dan misi Budaya Politik Matang Dan Sejahtera. Yang ditentang ialah dasar perjuangan  dan amalan korupsi yang bersarang kukuh  dalam batang tubuh parti bersimbolkan keris telanjang itu.

Maka orang-orang UMNO sewajar nya bersama dengan PAS untuk memartabatkan Islam dan memperbetulkan kerosakan bangsa ini.

Hari ini, parti baru Muhyiddin Yassin mengajak PAS bersatu menentang BN dengan syarat mesti duduk bersama DAP dan PAN. PKR pun mengajak PAS bersama dengan diberi syarat ‘garis merah’. Semua parti ‘orang-orang profesional’ ini memberi syarat kepada PAS. Yang pantang disebut ialah PAS memberi syarat kepada mereka.

Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Haji Subky Latif sudah pun menasihati mereka dalam tulisannya. Katanya, teruskanlah tanpa menunggu PAS. Ketua Lajnah Penerangan PAS, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi pun sudah membuat penjelasan. Bagi orang yang ada maruah, buat apalagi menunggu PAS. Tetapi kenapa PAS ditunggu setiap saat dengan penuh harapan?

Sebenarnya dalam jahat lidah mereka memfitnah dan menghina pemimpin PAS, mereka sedar PAS ada kekuatan suara teras Melayu/Islam. Akar umbi yang terbukti istiqamah dengan Islam, kental semangatnya, rela berkorban harta-benda, tenaga dan nyawa, ada di segenap ceruk rantau bumi Malaysia. Inilah yang mereka mahukan untuk mencukupkan undi. Tenaga inilah mereka perlukan bila mengundi. Pejuang inilah yang diperlukan apabila mereka berasa mereka perlu dibentengi. Semua ini amat didambakan dalam menghadapi PRU14.

Sejarah telah memberi pengalaman baru kepada PAS. Laksana habis madu sepah dibuang. Tunggulah ketikanya apa yang berlaku pasca PRU13. Kata-kata “pemimpin PAS pembohong”, “geli melihat janggut ulama PAS”, “ustaz PAS ustaz Taliban”, “PAS punca pecah-belah pembangkang”, “PAS langgar prinsip”, “PAS mengkhianati undi rakyat”, semuanya kedengaran.  Sejarah memahatkan gegak-gempita serangan dari luar dan dalam. 

 Hari ini mereka mahu mengulangi naratif yang sama. Namun PAS bertindak bijak menjadi sutradara. Bukankah naratif boleh diolah semula dengan kecerdikan pengarah? Naratif juga boleh dibakulsampah. Motif tulisanku ialah untuk menyatakan sokongan dan dokongan atas ketegasan pucuk pimpinan.  Serta, aku mengajak umat ini kembali bersatu di bawah payung kepimpinan para ulama.



.........
Blog ini hanya 'mirror' artikel daripada laman asal
http://www.tranungkite.net
Sila ke laman asal untuk dapatkan versi penuh....

No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily