Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Saturday, October 22, 2016

DAP, PKR harus insaf pemikiran politik Sabah dan Sarawak matang




Ada yang menyimpulkan bahawa penghijrahan keluar beberapa pemimpin PKR dan DAP Sabah menggambarkan bahawa budaya lompat parti politik masih mewarnai politik negeri itu.





Rumusan ini dibuat oleh banyak pihak terutama pemimpin-pemimpin PKR dan DAP meskipun yang harus memikul kegagalan mengubah amalan politik ini ialah mereka sendiri.
 
Dalam pusingan terbaru episod lompat parti ini ada pemimpin DAP kurang senang dengan bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Shafie Apdal yang dikatakan cuba memancing pemimpin-pemimpinnya di Sabah.
 
Secara terbuka mereka menyindir bahawa Shafie menggunakan kekayaannya untuk memberi dedak pada pemimpin DAP dan PKR supaya meninggalkan parti masing-masing.
 
Setakat ini pengerusi PKR Sabah, Lajim Ukin dilaporkan keluar PKR dan berhasrat menubuhkan parti tempatan baru. 
 
Turut berhijrah adalah ADUN Moyog Terrence Siambun dari PKR, setiausaha PKR Sabah Maijol Mahap  and Ketua Wanita negeri Johair Matlan.
 
Ahli Parlimen tunggal PKR di Sabah, Darrell Leiking,  juga keluar parti dan di jangka menyertai parti baru Shafie. 
DAP turut menerima tamparan apabila ADUN Likasnya Junz Wong, timbalan pengerusi negeri Joan Goh, naib pengerusi George Hiew dan bendahari DAP negeri David Williams mengikut jejak Leiking.
Chong Jen mendakwa punca sebenar mereka lompat parti “ada kena mengena” dengan kekayaan Shafie.
 
"Sekarang disebabkan kekayaan Shafie, ramai ahli politik (di Sabah) mendapat keuntungan di depan mereka dan meninggalkan agenda sebenar ideologi politik dan pembaharuan.
 
"Ini adalah sifat katak-katak politik," katanya.
 
 Matlamat menghalalkan cara mungkin pegangan Shafie
 
Alasan yang digunakan oleh penyokong Shafie untuk menghalalkan tindakan itu ialah Sabah memerlukan parti politik tempatan memperjuangkan kebajikan rakyat Sabah. 
 
Gerakan politik ini pada mulanya disasarkan pada Umno-BN yang bertunjang pada politik Semenanjung. Bagaimanapun secara tidak langsung ia terus membedil wibawa parti-parti politik pembangkang dari Semenanjung pula. 
 
DAP dan PKR bak hilang akal, mereka terperosok dalam budaya lompat parti dan sekaligus membayangkan bahawa kehadiran mereka di Sabah tidak mampu mewujudkan budaya politik baru di negeri itu. 
 
Ia juga menyerlahkan bahawa kedua-dua parti itu tidak mempunyai pemikiran politik yang jelas dalam menawarkan khidmat politik pada rakyat Sabah dan tiada program kepimpinan untuk ahli mereka. 
 
Sebenarnya tiada apa yang salah dengan budaya politik Sabah. Setiap pemimpin politiknya ada visi dan misi sendiri dan apa yang dikatakan budaya “katak politik” ini berlaku di mana-mana jua.
 
Masalah dengan parti pembangkang seperti DAP dan PKR ialah mereka tidak menghormati pemikiran dan sensitiviti politik tempatan. Sikap mereka dalam pilihan raya negeri Sarawak Mei lalu menyerlahkan hakikat ini. 
 
Kerana ego dan keangkuhan bahawa pemikiran politik mereka lebih tinggi daripada rakyat tempatan, maka DAP dan PKR bertempur sesama sendiri.
Pembangkang mahu tiru Umno BN
Masalah kedua pembangkang ialah mereka tiada pemikiran dan strategi politik yang tulen. Melihat Umno dan BN berjaya memberi khidmat di Sarawak dan Sabah, mereka turut mahu bertapak di kedua-dua negeri itu.
 
Sayugia diingat Umno-BN menebar sayap di kedua-dua negeri berkenaan dengan membawa resipi perkongsian kuasa tulen Barisan Nasional. Keperluan tempatan didahulukan. 
 
Bagaimanapun dalam kes DAP dan PKR mereka tidak sensitif dengan keperluan pemimpin tempatan. Bagi mereka sekali menjadi pemimpin di Semenanjung sudah melayakkan mereka memimpin Sabah dan Sarawak.
 
Pemikiran politik rakyat Sabah dan Sarawak juga sudah semakin tinggi dan luas. Mereka tahu membuat pilihan pihak mana yang lebih mengutamakan keperluan mereka.
 
Jika berhadapan dua mudarat, harus dipilih yang kurang buruk akibatnya. Bila tidak menemukan kesempurnaan dari dua keadaan, maka pilihlah mana yang lebih memberi lebih manfaat. Itu kewarasan politik yang mereka timba.
 
Dalam situasi politik lazimnya, tiada sistem dan kepemimpinan moden yang sempurna. Faktor potensi pemimpin, ideologi parti, ego dan tahap perpaduan pemimpin menjadi penentu mutu perkhidmatan pada rakyat.
 
Dalam bahasa mudah, kepimpinan yang kurang mudarat tetapi lebih banyak manfaatnya seharusnya dijadikan pilihan terbaik untuk rakyat. Demikian gambaran teropong politik rakyat Sabah dan Sarawak. 
 
Setiap parti politik ada daya tarikannya. Namun tidak semua yang memberi manfaat pada rakyat. Ada pemimpin dan parti politik yang mampu memanaskan suhu politik tetapi tidak sedikitpun memperbaiki mutu kehidupan rakyat.
 
Kemeriahan di gelanggang politik tidak membawa erti jika ia hanya melekakan rakyat tentang betapa kebajikan mereka tidak terbela. Ia adalah keghairahan sementara dan memberikan harapan palsu bahawa perubahan akan berlaku.
 
Keriuhan dalam politik juga sebenarnya boleh memesongkan rakyat daripada memahami dan menginsafi apa sebenarnya sedang berlaku di sekeliling hidup mereka.
 
Tidak kira di Semenanjung mahupun di Sabah atau Sarawak, sikap hiruk pikuk politik dan mengadu domba serta fitnah masih lagi menjadi ciri jenama politik pembangkang.  Jangan salahkan rakyat Sabah.

Oleh Lokman Ramlee
AntaraPos


.........
Blog ini hanya 'mirror' artikel daripada laman asal
http://www.tranungkite.net
Sila ke laman asal untuk dapatkan versi penuh....

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer