Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Saturday, October 22, 2016

Politik parti parti pembangkang semakin kelakar!




Assalamualaikum,,, Dalam usaha untuk menjatuhkan Najib dan kerajaan BN, parti parti pembangkang dikatakan perlu bersatu dan untuk bersatu mereka perlukan PAS.Jadi nampaknya usaha untuk menarik PAS ke dalam kesatuan pembangkang diperhebatkan dan dalam kehebatan usaha usaha yang diambil pembangkang untuk membawa PAS ke dalam pakatan pembangkang, tanpa sedar atau memang disengajakan, timbul perkara yang kelakar dan semakin hari semakin kelakar.


Sebabnya, sambutan dingin PAS kepada pelawaan untuk berpakat.ditambah pula kepada kebimbangan kepada kemungkinan PAS akan bekerjasama dengan Umno atau bakal menandatangani MOU bersama Umno untuk menghadapi PRU akan datang,barangkali.

Yang kelakarnya antaranya ialah kenyataan Mat Sabu presiden PANgang yang berkata akan terus memujuk PAS untuk bersetuju berpakat dengan pembangkang.Ketakutan cuba diwar warkan kepada PAS kepada pertanding 3 penjuru yang mungkin akan membawa kemenangan mudah BN dalam PRU, tetapi Mat Sabu gelabah habis memikirkan kemungkinan pertandingan 3 penjuru tidak akan berlaku seandainya ada MOU bersama antara PAS dan Umno pada ketika Bersatu dan parti pembangkang lain sudah bersedia untuk tidak bertanding menentang satu sama lain.

Itulah yang menjadi kebimbangan pembangkang sekarang  ini sehingga terbaru plot raja lawak diteruskan Mahathir.Dia mendakwa Kelantan akan dapat royalti kalau pembangkang menang sedangkan ketika PRU 13 dulu DSAI pernah berjanji untuk memulangkan royalti kepada negeri dengan peratusan yang ditambah kalau PR menang PRU 13 dulu.

Sekarang Mahathir mengulangi janji yang sama pada ketika semua faham kedudukan royalti sekarang.Kelantan dinafikan royalti minyak, siapa punya kerja, Mahathir jugak kan? sekarang Mahathir janji untuk memulangkan royalti sesudah dia yang memulakan episod royalti dengan negri negri yang dimenangi pembangkang.Bukankah itu kelakar?

PAS tetap melihat PANgang sebagai pengkianatan, jadi bagaiman PAS nak bekerjasama dengan pengkianat? Inilah yang dipekakkan oleh Mat Sabu dan lain lain pemimpin PANgang.PAS sudah jelas pendiriannya, tidak akan bekerjasama dengan pengkianat tapi PANgang  buat pekak badak.PAS sudah jelas dengan prinsipnya dan menyampaikan mesej jelas bahawa sesiapa yang nak berkerjasama dengan PAS mesti menghormati dan mengutamakan Islam, bukan mengutamakan keselamatan.Tapi parti parti pembangkang lain buat pekak badak juga dan masih mengutamakan keselamatan.



.........
Blog ini hanya 'mirror' artikel daripada laman asal
http://www.tranungkite.net
Sila ke laman asal untuk dapatkan versi penuh....

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer