Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Saturday, October 08, 2016

Kami mahu hudud bukan RUU 355?




Assalamulaikum,,, Satu laungan yang nampak macam bagus tapi hampeh! Apakah Hudud dan apakah RUU 355? serta kaitan kedua duanya? Apakah laungan seperti di atas itu datang dari orang orang yang faham tentang Hudud dan RUU 355 serta kaitan antara kedua duanya.Saya tidak fikir orang yang melaungkannya faham atau mungkin mereka faham tetapi sengaja memprovokasikannya dengan tujuan tertentu seperti mahu memperlekehkan usaha PAS dalam kerja kerja menuju ke jalan yang benar.


Saya berkata demikian kerana ada juga suara suara yang mendakwa mereka mahu melonggarkan Islam bukan mengetatkannya, mereka mahu hudud tapi bukan RUU 355. mereka sengaja memekakkan telinga dengan enakment Hudud yang sudah diwartakan di Kelantan dan Terengganu.Jadi kenapa mereka tidak saja pindah ke Kelantan untuk menyaksikan Hudud dilaksana sesudah RUU 355 diluluskan di parlimen.

Taraf budak tadika betul! mereka gagal menggunakan akal untuk berfikir seperti mana dituntut dalam al Quran.Menggunakan akal ke arah taqwa dengan memanafaatkan segala jalan dan peluang yang ada untuk menuju kepada pematuhan sebagai hamba kepada khalidnya(bukan Khalid Samad).


Apakah mereka sengaja memekakkan telinga kepada sistem yang berjalan dalam negara? sistem yang membahagikan autonomi kepada negeri negeri dengan kuasa persekutuan? Apakah mereka tidak faham atau sengaja buat buat tak faham kepada hakikat yang meletakkan Hudud dibawah kuasa autonomi negeri dan memerlukan mahkamah syariah yang diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman yang hanya boleh diperolehi menerusi parlimen.

Bebal betullah laungan seperti ini yang mahu memperlekehkan PAS kononnya tidak membentangkan Hudud di parlimen sebaliknya hanya RUU 355 tetapi mereka ingat orang ramai boleh diperbodohkan dengan laungan seperti ini dan kenyataan Hudud sudah lama di wartakan di 2 buah negeri semacam diabaikan oleh mereka ini kerana mereka mahu mempengaruhi pemikiran orang ramai dengan percaya bahawa Hudud mesti dibentangkan di parlimen dan PAS tidak ikhlas dalam perlaksanaa Hudud.

Selain itu, mereka juga mahu mempengaruhi pemikiran rakyat bahawa Islam yang dibawa PAS adalah Islam yang terlalu ketat sehingga apa saja suruhan TGHH yang terlalu ketat itu diikuti oleh seluruh ahli PAS.Kerana itu mereka mahu melonggarkan Islam dan menerima Hudud untuk dilaksanakan.Bagaiman mereka boleh melonggarkan Islam.Apakah mereka lupa Islam itu sudah lengkap, lengkap dengan seluruh panduan untuk hidup? Kenapa mahu dilonggarkan? Siapa yang beri kuasa kepada mereka untuk melonggarkannya? Barang diingat segala suruhan TGHH tidak pernah terlepas dari panduan Islam, oleh itu sebagai ahli PAS, mereka tidak mempunyai sebab untuk membantah suruhan itu sebab suruhan itu adalan suruhan Islam, segala galanya sudah ditetap dan dibukukan oleh ulamak ulamak lampau.

Kenapa nak dilonggarkan? serta satu cubaan penipuan yang ketara dari laungan ini ialah kenyataan mereka akan menerima Hudud, seolah olah hanya Hudud yang dipentingkan oleh Islam, aspek kehidupan yang lain boleh dilonggarkan.Arak mungkin tidak boleh dihalalkan kerana ia termasuk dalam Hudud tetapi bersalam antara lelaki perempuan boleh, berzina tidak boleh diubah kerana ianya kesalahan hudud tetapi kencing dijalanan boleh!

Itu maksud dilonggarkan barangkali dan sesuatu yang mesti ditolak kalau kita benar benar sayangkan Islam.



.........
Blog ini hanya 'mirror' artikel daripada laman asal
http://www.tranungkite.net
Sila ke laman asal untuk dapatkan versi penuh....

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer