Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Tuesday, April 14, 2009

DI ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW, ARTIS PUN JOIN ISLAM

Oleh Dr Fikrah

Saya tertarik semenjak mendengar beberapa berita sejak kebelakangan ini, yang memaparkan beberapa orang artis Malaysia yang semakin tertarik dengan Islam. Antaranya seperti Siti Nurhaliza, Amy search, dan semalam baru sahaja ditambah dengan seorang lagi artis yang tertarik dengan dakwah PAS di Malaysia.

Sebelum ini saya pernah menulis artikel “Siti Nurhaliza : Orang Yang Tersesat Pasti Rindukan Kebenaran”…. Yang khusus saya tulis sempena lawatan Siti Nurhaliza di Pejabat Tok Guru Nik Aziz. Sebelum ini, Akil Hayy juga sudah menonjolkan satu contoh yang baik untuk dicontohi oleh artis-artis lain hari ini.



Saya teringat kisah yang sangat mendorong saya untuk menulis artikel ringkas ini. Iaitu, ketika zaman Nabi Muhammad SAW, juga terdapat golongan yang boleh saya gelarkan sebagai golongan artis. Mereka ialah penyair-penyair Arab yang hebat dan terkenal. Mereka disanjung kerana syair-syair mereka. Hari ini pula, golongan artis juga menjadi pujaan dan sanjungan banyak pihak.

Golongan bangsawan Arab suka untuk menjadikan anak-anak mereka sebagai penyair hebat ketika dewasa nanti. Dan tidak dinafikan, ibu bapa yang ada sekarang, turut menyukai apabila anak mereka menjadi seorang artis ketika dewasan kelak. Malangnya. Mereka (Arab Jahiliah) juga sangat suka syair-syair yang memuja seorang wanita, dan ia juga biasa kita dengari di dalam kebanyakan lagu-lagu di Malaysia .



Sampai satu ketika, beberapa penyair hebat ini tertarik dengan Islam. Mereka tertarik apabila Nabi Muhammad SAW membacakan al Quran dan susunan ayat al Quran itu sangat menarik sehinggakan syair-syair karangan mereka kalah dengan bahasa al Quran. Memang benar, peristiwa itu sedang terjadi hari ini, iaitu dengan melaksanakan sistem perundangan di dalam al Quran, golongan artis hari ini juga akan tertarik.



Susunan ayat al Quran berjaya menawan hati penyair-penyair hebat ketika itu. Begitu juga apabila kita melaksanakan Islam, dan menegakkan kebenaran berdasarkan al Quran, sudah pasti golongan-golongan artis ini akan tertarik. Begitu juga golongan cendekiawan hari ini yang sibuk mengkaji tentang mukjizat al Quran.



Antara penyair yang memeluk Agama Islam ialah Hassan bin Thabit. Beliau adalah seorang penyair hebat di zaman tersebut dan beliau mampu untuk menuturkan syair secara sepontan. Adakah artis hari ini boleh menyanyi secara spontan dengan lirik yang dikarang secara spontan? Penyair Arab Jahiliah jauh lebih hebat, dan mereka memeluk juga Agama Islam, apatah lagi artis hari ini?



Hassan bin Thabit yang telah memeluk Agama Islam ketika itu, telah menjadi pertahanan kepada Nabi Muhammad SAW. Beliau telah mengemukakan syair-syair yang menceritakan tentang kemuliaan Nabi Muhammad SAW, sehingga golongan-golongan penyair di zaman tersebut kagum dengan keindahan syair tersebut.



Inilah peranan penyair untuk menyampaikan mesej Islam kepada golongan penyair juga. Ya, hari ini golongan artis yang telah join Islam ini berperanan untuk menyebarkan Islam kepada peminat-peminat lagu. Raihan dilihat sebagai salah satu daripada golongan tersebut, dan beberapa orang artis lain yang telah menerima dakwah PAS sendiri baru-baru ini. Hebat bukan?



Tetapi, malangya, Gangstarz telah melatih penyair-penyair Jahiliah hari ini, yang meruntuhkan akhlak! Begitu juga Malasian Idol dan banyak lagi yang kita ketahui, yang telah melatih anak-anak Malaysia hari ini supaya menjadi seperti penyair-penyari Jahiliyah ketika zaman Nabi Muhammad SAW. Malang sekali!



Selain itu, terdapat seorang artis kontroversi di zaman Nabi Muhammad SAW. Namanya ialah Ka’ab bin Zuhair. Beliau adalah seorang penyair yang hebat dan berperanan sebagai penghina Nabi Muhammad SAW di dalam syair-syairnya. Alhamdulillah, setakat ini, kita masih belum melihat artis tanah air yang menghina golongan ulama’.



Sehingga sampai pembukaan Mekah, Baginda SAW melarang umat Islam membunuh sesiapa ketika itu. Mereka masuk ke Mekah secara beramai-ramai. Tetapi Baginda SAW menghalalkan darah beberapa orang, antaranya Kaab bin Zuhair. Ini kerana penghinaannya terhadap Nabi Muhammad SAW sangat keterlaluan.



Tetapi, ketika pembukaan Mekah ketika itu, beliau datang bertemu Nabi Muhammad SAW menyatakan hasratnya untuk kembali kepada Islam dan Baginda SAM menerima taubatnya. Setelah itu, artis ini menjadi seorang yang terpuji dan syair-syairnya banyak memuji kemuliaan Nabi Muhammad SAW dan Islam.



Inilah beberapa peristiwa yang sedang terjadi hari ini. Golongan artis sedikit demi sedikit akan terbuka hati mereka untuk menerima Islam. Mereka merasakan ia adalah satu jalan kembali, dan memang benarlah, orang yang tersesat pasti rindukan kebenaran. Selama ini, orang mendakwa bahawa dakwah Tok Guru Nik Aziz tidak berkesan.



Mereka berkata begitu kerana menuduh penampilan Tok Guru sebagai “kuno”, dan mesej dakwah tidak dapat disampaikan. Tetapi hari ini bagaimana? Adakah golongan artis pergi berjumpa orang-orang yang memburukkan Tok Guru ini? Sebaliknya, mereka (artis) sendiri yang datang kepada Islam!



Salam Perjuangan

Dr Fikrah (http://drfikrah.blogspot.com)


7 comments:

  1. Di Zaman Nabi Muhammad s.a.w, tidak ada Parti Politik!PAS ikut siapa berpolitik nini?

    ReplyDelete
  2. MasyaALlah MArt ni, dia baca sejarah tak? Nabi adalah pemegang tampuk pemerintahan MAdinah, selaku ketua negara, dan selepas nabi, maka digantikan dengan khalifah-khalifah ar-rashidin. Nabi berjaya menjadikan Madinah sebagai kota pentadbiran Islam. Apa maksud tadbir? Siasah? Apa cara Malasysia nak membentuk siasah islam? pentadbiran islam? selepas diistihar demokratik, maka malaysia perlu mengadakan pengundian bagi rakyat memilih kerajaannya, mmg la ini tidak berlaku di zaman Nabi kerana cara kondisi hidup dulu yang berlainan, dimana Islam gah sekali sampai tidak perlu dipilih2..tapi kita sekarang menghampiri zaman jahiliah, dimana siapa yang mengenal intan dan kaca musti tahu memilih kerajaan mana yang layak mendominasi! Jengkel sungguh si Mart ini! Baca juga sejarah Hamas, politik Islam di palestina, yang berjaya melahirkan shahid2nya, islam tiu menyeluruh, bukan pada ibadah sahaja! Islam termasuk bersosial secara islam, berekonomi cara islam, mentadbir cara islam., bukan islam sekular atau islam hadhari! Banyakkan bacaan anda..jangan bermain dengan ilmu! kelak sendiri tercela.!

    ReplyDelete
  3. ambik ngko.. nak menympuk sangat kihkihkih

    ReplyDelete
  4. sukung ape yg kak nora ckp...tu la.. dengar sokmo ape yg diorg ckp, telan je ape yg diorg bg... smpikn x leh wat comparison sendri sal mende tu pn... len kali byk membaca ye anda...

    ReplyDelete
  5. Mart,
    dulu skolah sampai darjah brp?
    dulu cikgu ngajar ko buat ape?
    mak hntr sampai pintu skolah, baru mak ko paling ko lari g hisap gam eh?

    g skolah smula mart ye...
    sian budak ni...

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Politik Rasululullah bukan politik demokrasi.Demokrasi adalah dari yunani dan merupakan perancangan yahudi didalam menguasai dunia.Umat Islam hari ini ramai yg tertunduk kpd politik ini sehingga merasakan ianya boleh diislamkan.Jelas kpd kita politik demokrasi melahirkan perpecahan sesama kita baik didalam parti mahupun berlainan parti.Masing2 merasakan parti beliau yg terbaik.

    ReplyDelete

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily