Kota Damansara sebelum ini adalah kerusi PAS pada PRU11 Mohd Ariff Mohd Yusof (PAS) bertanding dan pada PRU12 kerusi itu dipinjamkan kepada PKR dan ditandingi oleh Pengerusi PSM, Dr Mohd Nasir Hashim atas tiket PKR. PSM dibantu bertanding atas tiket PKR pada pada pilihan raya umum 2008 itu kerana ketika itu pendaftarannya masih belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Pas juga yang membantu untuk mengerakkan seluruh jentera kempen dan bilik gerakan di kawasan Dun berkenaan bagi menangkan Dr Mohd Nasir.
Pada PRU13 PAS minta kerusi itu, tetapi oleh kerana kerusi itu telah dimenangi oleh PKR maka PKR berkeras mahukan kerusi berkenaan, sama seperti Parlimen Kuantan yang dipanjamkan kepada PKR dan kebetulan PRU1999 PKR memang kerusi itu dan sukar untuk PAS nak ambil balik kerusi berkenaan terutama kerusi yang dimenangi.
Situasi sama juga berlaku di Perlimen Dungun, Terengganu kerusi asal adalah kerusi PAS dan PAS bercadang untuk mencalonkan Dr Mutaruddin (bekas ahli parlimen UMNO) tetapi saat akhir ada masalah maka PAS tawarkan kerusi itu kepada PKR dengan syarat PKR mesti meletakkan calon kepimpinan. Kerusi itu dicadangkan kepada Azmin Ali oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi tetapi Azmin ingin bertanding di Selangor. Kerusi itu diberikan kepada Shamsul Mohd Arip, tetapi Shamsul kalah lebih teruk daripada Dun PAS yang menang.
Ini kena tanya Abdul Rahman Setpol Anwar Ibrahim sebab apa Mazlan boleh bertanding BEBAS?? |
Pada PRU13 PAS nak semula kerusi berkenaan dan PKR tak setuju akhirnya pada PRU13 bertanding 3 penjuru dan AJK PKR Dungun, Mazlan Harun bertanding atas tiket bebas. PAS tak bising pun walaupun PKR tikam belakang di Terengganu!!!
Berbalik semula Kota Damansara... PSM bergaduh dengan PKR dan ada beberapa masalah berlaku. PSM membuat kenyataan pada 5 April 2013 dan disiarkan di akhbar utama. Baca petikan di bawah:-
Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu bertanding menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.
"Kita masih belum buat keputusan sama ada untuk menggunakan lambang PKR atau mana-mana parti dalam PRU-13. Perkara itu kita akan bincangkan dalam mesyuarat PSM esok," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Nampak tak isunya Dun Semenyih dan Kota Damansara yang menjadi masalah pertindihan. Kalau orang ada akal akan dengar baik-baik kata Presiden PAS, kita bertanding di kawasan menjadi masalah DEMI MENYELAMATKAN PAKATAN RAKYAT.
Saya sebut sejarah, saya sebut senario supaya pembaca faham kenapa perkara ini berlaku. PRU bukan kerja mainan, gerakerja perlu dibuat lebih awal sebab itu bila PAS buat keputusan PAS akan terus dengan keputusan bagi memastikan gerakerja berjalan dengan baik.
Saya rasa tidak menjadi salah untuk PAS ingin semula Dun berkenaan kerana jentera kerja PAS di situ kuat berbanding dengan parti PR lain, lagi pun PSM 'celang c elup' dengan PKR dan demi memastikan kerusi PR terjamin PAS perlu buat keputusan segera.
Tapi malangnya antara kelemahan yang berlaku Majlis Presiden Pakatan Rakyat lambat membuat keputusan.
Lagi pun Azmin Ali sendiri mengaku kesilapan PKR dalam hal ini semasa Kongres Nasional Keadilan ke-9 (rujuk di sini). Takkan Khalid Samad kata kesilapan Presiden PAS?? Mana satu nak pakai ni?
Semua yang saya tulis ini takkan Khalid Samad tak tahu!!!
Habis kenapa Khalid nampak beriya-iya masih nak salahkan PAS?? dan ditujukan penulisan itu kepada Presiden??
Soal calon Dr Mohd Nasir lebih baik. Adakah kalau PAS letak Mohamad Sabu kerusi itu akan diberikan kepada PAS? Itu bukan persoalan, isunya tapak itu sepatutnya menjadi hak milik siapa?? Adakah pembahagian mengikut apa yang dipertandingkan pada PRU1999??
Sudah pasti PKR yang untung kerana isu pada masa itu berbeza dengan isu sekarang dan PAS banyak memberikan kawasan dan tenaga kerja kepada PKR pada PRU 1999. Tidak adillah PKR 98 kerusi sedangkan PAS hanya 62 kerusi... Kita bercakap soal rasional bukan emosi dan bukan mainan sentimen pada media sosial dan melabel itu dan ini.
PAS ada wadah perjungan sendiri, PKR pun sama, begitu juga dengan DAP. Kita ada kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Kita tidak ada kerjasama dengan PSM?? Kenapa itu Khalid Samad boleh jawab sebab dia kepimpinan PAS.
Kalau sama rasanya elok Khalid masuk PSM.. Saya tak kata keluar PAS masuk PKR nanti ada labelkan saya geng UG, geng tarbiyyah PAS Terengganu. Ini satu lagi bangang dalam penulisan sikit-sikit UG sikit UG sedang yang menulis itu tak mengerti apa yang dia tulis sekadar menjadi burung kak tua kepada 'onar' menyebut UG atas dasar emosi tanpa kajian menyeluruh... Perangai begini sama dengan cara pemikiran UMNO sikit-sikit bengkrap, sikit-sikit huru hara!!! Stupid!!
Dalam kita menyebut jatuh kepada BN kepada kita fokus PAS sahaja sedangkan DAP sendiri ada membuat perkara yang lebih buruk menyebabkan Dun Damak PR kalah. Sila baca artikel saya sebelum ini. (rujuk di sini)
Itu luahan saya kepada luahan Khalid Samad. Ada 3 lagi isu yang belum saya luahkan... rasanya saya sambung kemudian.
Sebab utama iblis dilaknat oleh Allah ialah tidak mahu sujud kpd Nabi Adam
ReplyDelete- iblis dgn sikap & sifat ego nya , kerana lebih hebat (rasa) , dijadikan dpd api
- iblis antara makhluk Tuhan yg baik (asalnya) , kerana ego , keras kepala , merasa besar kepala , sombong , besar diri
- kerana itu Allah swt melaknat iblis
Situasi nya seakan2 sama & serupa dgn PAS dlm PRU13 5mei lalu
- ego
- keras kepala
- besar kepala
- besar diri
Pemimpin tak reti jaga mulut
Pimpinan lemah
Pemuafakatan tak terurus
Wallahhu'alllam
comment yg diterima (kitabantai.info)
ReplyDeleteKhalidJumaat, 31 Mei 2013 7:24:00 PG GMT+8
Salaam,
Minta pencerahan.
Pada 2004, PAS bertanding di Kota Damansara dan PKR di Paya Jaras. Pada 2008, bukankah KD ditukarkan dengan Paya Jaras?
Maknayna, KD bukan dipinjamkan, tetapi digantikan dengan Paya Jaras?
Kedua, bila Dr. Nasir diberi watikah utk bertanding atas PKR, bukankah itu bermakna dia adalah calon yg diturunkan oleh PKR? Beza dgn Semenyih. Dimana, calon PSM bertanding atas tiket PSM. Di Semenyih yg lawan PSM adalah PKR, bukan PAS.
Sebenarnya PAS tak de kena mengena dgn KD. Ianya bukan kerusi PAS.
Lagi satu. Sebenarnya Khalid Samad tidak pernah bersama IRC, Seingat saya, semasa dia belajar di UK, dia bersama SUARA Al-ISLAM.
SUARA Al-ISLAM tidak sependapat dgn IRC dan sering berbalah. Begitu juga SUARA Al-ISLAM sering berdebat dgn kumpulan sosialis dan kominis di student union UK.
Harap semak fakta supaya tidak menjadi fitnah.
UlitMayang, sebelum komen telah membuat rumusan dengan iblis seolah-olah orang yang dituju itu (presiden PAS) telah dirasuk iblis..
ReplyDeleteTuan tak faham apa yang dibincang, hanya Khalid tahu apa yang dibincang oleh Majlis Presiden... kenapa Khalid tak tulis semuanya sekali?? Itu tuan kena telefon Khalid.
Soal bukan besar kepala soalnya ada masalah besar antara PSM dengan PKR di situ. Tuan kena study dan dapatkan maklumat. PAS datang kemudian!!
Wasalam blogger May.
ReplyDeleteBetul ada pertukaran antara PKR dan PAS bukan di Paya Jaras malah seleuruh Malaysia, 5 Parlimen PAS mahu tanpa pertukaran dan ada lagi maklumat sy tak boleh detaikan di sini. Sebab tak ada satu sistem pembahagian kerusi yang jelas dalam Pakatan Rakyat sebenarnya. Panjang kalau kita bahas perkara ini. Hanya PKR dan PAS kena rasional dengan tenaga kerja setempat bukan berkeras atas tapak sahaja. Kena lihat realiti cawangan, tenaga kerja dan situasi masyarakat.
Dr M. Nasir diberi watikah last minit itu pun selepas PKR mengalah (pening kepala.. tanya Azmin Ali). PSM bertading atas dua keadaan dan situasi satu sendiri diluar Pakatan Rakyat dan satu lagi bersama Pakatan Rakyat.
PAS tak boleh terima perkara ini. Kedudukan Selangor adalah cukup bahaya sebelum PRU13 sebab kita tak tahu samada PR boleh kekal atau tidak di Selangor. Jika PSM sebelah kaki sahaja di dalam PR adalah bodoh kita membiarkannya sebab jika kedudukan 50-50 calon boleh dibeli oleh BN @ UMNO. Memang kita kata tidak tapi banyak pengalaman lalu telah menunjukkan bahaya.
PAS mengambil tidakkan berkeras.. Ini mungkin ulit kata dirasuk syaitan dan iblis.
Soal tak ada kena mengena salah sebab PR bukan kuat kerana satu parti, tuan kena faham maksud kerjasama. PAS banyak mengorbankan diri dalam menjayakan PR itu kena teliti dan kaji.
Khalid memang tak ada kaitan dengan IRC, rasanya tak timbul soal dia IRC atau Suara Islam. Sebab tuan cerita perkara lama sedangkan Khalid kalau tuan kenal jauh drp apayg tuan kenal dulu. Sama juga dengan Saari Sungip (Abu Urwah) jadi sy tak akan bahas pasal itu.
Saudara assistant..
ReplyDelete1] fakta: dr nasir xbelot lepas pru12 dan Dari sahsiah perjuangan n peribadi beliau x Akan belot
2) fakta: pembahgian kerusi pru13 jika tempat menang maka status quo kekal maka xde sebab nk kata Dulu tu kerusi pas, jika ya sekali pun kenapa x Bagi balik paya jaras?
3) fakta: tiada Surat watikah rasmi pas pusat bertanding Kota damansara, pas subang n selangor pun xtahu. Surat adalah sign direct Dari hj hadi
4)PKR memang akn kekalkan pencalonan dr nasir all the while sebab tiada per tunjuk akn Ada calon lain untuk Kota damansar akn dipilih Oleh azmin
5) arahan Dari mt pas supaya pas withdraw Dari calonan Kota damansara tidak dipatuhi malah kempen ditingkatkan lg dan kempen dr nasir disabotaj terang2.. Malah Su agong sendiri turun untuk bg penerangan tp tidak dihirau
Ini yg buatkn ramai org pertikaikan tindak tanduk hj hadi dlm hal ni... Harus ingat yg hj hadi bukan nya maksum yg tidak blh dipertikai n dikritik
Kes semenyih n jelapang lain sebab PKR n dap memang nk bertanding dan Tak nak beri laluan kpd PSM so itu Isu lain.
pas memang parti dok sedor diri perasan jentera kuat, kuat tapi dok menang pon setelah lebih 50 tahun, masih dok sedor diri, kalau pas rasa kuat sangat kluar jer dari PR, bolehlah president pas yang ceredik tolol tu letak din ayam dan geng UG di semua kerusi,
ReplyDeletetarbiyah pas konon,, karut dan gile kuasa sapa kaloh krusi hok terang2 menang
tak perlu tegakkan benang basah
ReplyDeletehj hadi kena minta maaf
dari segi strategi, salah dan kalah
dari segi etika, mmg confirm salah
jgn bodek presiden
kalau salah, beritahu kata salah
Belum saya tulis perkara yang disebut oleh Khalid Samad Hubungan PAS sama PAS menjadi tegang, sudah nampak komen Anonymous dengan melabel sesama sendiri menggunakan bahasa yang kotor dan jijik itu sebenarnya adalah penyakit dalam PAS.Isu Kota Damansara hanya 'kambinghitam' (pinjam hujah Khir Toyo)
ReplyDeletegila duit, gila kuasa, gila kedudukan, itu yg aku nmpak dlm politik malaysia ni, bla bla bla bla je byk, panjang plak tu, pahtu salah sana, salah sini, rakyat pening, bengong, jadi bodoh, walaupun mmg dh bodoh, btambah bodoh lg bila diperbodohkan oleh ahli2 politik yg bijak mmperbodohkan rakyat dimana sememamngnya rakyat mmg bodoh, segelintir je rakyat yg cerdik,
ReplyDelete