Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Sunday, May 05, 2013

Penamaan Mukhriz Sebagai MB atas Desakan Tun Mahathir??

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir akan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat menubuhkan kerajaan di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), esok.

Perdana Menteri berkata Mukhriz, calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk memimpin negeri Kedah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjayakan perancangan transformasi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkara itu malam tadi, tidak sampai 24 jam keputusan PRU13 dan disebut sebagai langkah "mencantas lebih awal". Secara diam sokongan kepada  ketua perhubungan Umno Ahmad Bashah Nd Hanipah sebagai bakal menteri besar Kedah adalah lebih tinggi kerana Ahmad Bashah sudah 4 penggal menjadi YB.

Menurut sumber, Dato' Seri Najib terpaksa menyebut perkara ini kerana desakan daripada Tun Mahathir sendiri, walaupun ada ke mungkinan kenyataan ini boleh membawa kesan buruk kepada pengundi.

Kedudukan PAS di Ayer Hitam menjadi makin kukuh kerana sebelum ini PAS telah mendapat majoriti 506 undi pada PRU12 lalu.

Dengan penggumuman tersebut, PAS adalah lebih selesa kerana dipercayai kumpulan anti-Mukhriz (orang-orang Ahmad Bashah) pasti akan mem buat Mukhriz kalah untuk memastikan kedudukan Ketua Penghubungan UMNO lebih selesa dalam politik UMNO di Kedah.

Apa akan terjadi sama-sama kita lihat keputusan PRU nanti.

No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily