Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Tuesday, April 14, 2009

Punca undi Melayu kepada PAS merosot

Oleh : tulahan

Dua tiga hari ini, media massa dan media maya memperkatakan tentang kemerosotan undi PAS di kalangan pengundi Melayu di PRK Bukit Gantang. Pengarah JPN Perak Hj. Asmuni Awi memberitahu undi PAS merosot dari 47 % semasa PRU 12 kepada 43 % semasa PRK Bukit Gantang.

Hampir semua peti undi Melayu mencatatkan penurunan sokongan pengundi Melayu kecuali tiga UPU dalam DUN Kuala Sepetang iaitu Sg. Limau (Hujung Matang), Kg. Jaha dan Kg. Menteri.

Pelbagai alasan dikemukakan penganalisis politik semasa membincangkan isu ini. Penulis mengariskan tiga faktor yang menyebabkan kemerosotan undi Melayu kepada PAS. Hj. Asmuni menyatakan, daripada 2000 pengundi luar PAS hanya sekitar 700 orang sahaja yang balik mengundi.


Pengundi luar tidak pulang mengundi kerana tarikh mengundi jatuh pada hari bekerja iaitu hari Selasa. Bagi yang tinggal jauh, mereka terpaksa mengambil cuti selama dua atau tiga hari semata-mata untuk balik mengundi.


Jelas, peranan SPR berjaya mengurangkan undi PAS melalui penetapan tarikh mengundi pada hari bekerja. Namun, pengundi luar bukan hanya pengundi PAS, umno pun ada ramai pengundi luar. Kenapa pengundi luar umno boleh balik mengundi?.


Di sinilah kegagalan jentera pilihanraya PAS dalam memastikan pengundi luar PAS balik mengundi. Sekiranya benar kenyataan Hj.Asmuni, maksudnya ada sekitar 1300 lagi pengundi PAS yang tidak balik mengundi.


Ramai yang memberi pandangan, kemerosotan undi PAS disebabkan kempen umno " Nizar derhaka" dan 'Nizar boneka" berjaya mempengaruhi pengundi Melayu. Penulis bersetuju dengan pandangan ini, namun apakah yang menyebabkan pengundi Melayu boleh terpengaruh dengan tuduhan umno ini?.


Sekali lagi kegagalan jentera pilihanraya PAS menjawab balik dan menafikan tuduhan umno ini. Mengapa ini berlaku?.


Dimaklumi selepasa diisytiharkan kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang. Jentera umno telah memulakan kempen turun ke kampung-kampung menyebarkan tuduhan " Nizar derhaka" dan 'Nizar boneka" walaupun belum tahu calon umno dan PAS.


Umno kumpulkan orang kampung buat ceramah, sebarkan risalah, pergi rumah ke rumah. Semua kempen mereka bertumpu kepada tuduhan " Nizar derhaka" dan 'Nizar boneka". Orang kampung telah disumbatkan dengan tohmahan ini sehingga mereka mula percaya dan terus percaya.


Bagaimana dengan jentera PAS?. Jentera PAS diakui telah digerakkan sejak sebelum hari penamaan calon. Namun begitu, jentera PAS Kawasan dan PAS tempatan tidak dibekalkan dengan bahan kempen yang boleh menjawab tuduhan umno ini.


Jentera PAS Kawasan yang turun mengerakkan UPU tempatan tidak berani mengeluarkan risalah sendiri kerana sudah ada arahan yang melarang. Semua bahan kempen hanya boleh dikeluarkan oleh Jentera Operasi Penerangan Induk.


Muslimat yang turun merayu undi dari rumah ke rumah bergerak tanpa ada bahan kempen. Muslimat tidak mampu menjawab bila ada soalan " Nizar derhaka" dan 'Nizar boneka".


Memang ada PAS Kawasan dan tempatan yang merungut kerana kelewatan bahan kempen tapi apa kan daya. Kuasa mengeluarkan bahan kempen bukan pada mereka. Akhirnya, sebelum hari penamaan calon pengundi Melayu sudah ramai yang terpengaruh dan percaya dengan tuduhan
" Nizar derhaka" dan 'Nizar boneka".


Sehari selepas penamaan calon, barulah keluar risalah " umno derhaka" dan " umno gadai tanah Melayu". Risalah yang dikeluarkan selepas hari penamaan calon sebenarnya kurang berkesan kepada orang kampung kerana terlalu banyak bahan kempen dari kedua-dua parti yang masuk ke rumah mereka. Mereka tidak sempat dan tidak ada masa membacanya.


Umno tidak akan berjaya mempengaruhi orang kampung percaya kepada tuduhan mereka, jika jentera PAS cepat menjawab tuduhan mereka.


Sepatutnya, PAS mengucapkan terima kasih kepada Bloggers Network yang sentiasa memberikan jawapan kepada tuduhan umno di media internet sejak dari awal lagi. Sekurang-kurangnya, pengundi Melayu bandar, muda dan kelas pertengahan sedar tentang pembohongan umno ini.


Faktor ketiga yang menyebabkan undi PAS merosot adalah kerana sogokan RM oleh umno kepada pengundi Melayu. Pengundi Melayu di kampung telah dihujani dengan RM bermula dari tarikh kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong.


Orang kampung telah dibawa ikut rombongan ke Langkawi, Cameron Highlands dan lain2. Bukan sahaja tambang, hotel dan makan free, dapat pula sagu hati RM 200 seorang. Pemuda kampung di bawa berkursus, juga dapat RM 200 seorang.


Melalui surat Bahagian umno Bukit Gantang kepada Ketua Cawangan umno yang tersebar, setiap rumah ahli umno diberikan RM 1000. Pemuda, wanita dan puteri yang bertugas dibayar RM 100 sehari setiap orang sepanjang kempen.


Mereka yang guna kereta bertugas dibayar RM 100 , motorsikal RM 50 setiap hari sepanjang kempen. Pengundi atas pagar ditawarkan sehingga ratusan ke ribuan RM mengikut pengaruh pengundi itu.


Faktor inilah penyebab utama undi PAS merosot. Memang PAS kempen " bagi duit ambil, pangkah tetap bulan", tapi bagi pengundi Melayu yang terima RM ini mempunyai pandangan lain.


Bagi mereka apabila diberi RM ini, mereka rasa dihargai dan cara nak ucap terima kasih kepada umno adalah pangkah BN. Bukan senang dok di kampung boleh dapat ratusan hingga ribuan RM. Faktor inilah juga yang menyebabkan undi PAS menurun di kubu kuat PAS seperti Changkat Ibol dan Kampung Cheh.


Secara keseluruhan, umno masih mengamalkan gaya politik lama semasa berkempen di PRK Bukit Gantang. Pengundi disogok RM, pinjaman TEKUN, bantuan Jabatan Pertanian, jalan kampung ditampung.


Pengundi diugut akan dipulau dalam kawasan kubu umno. Poster dan bendera bulan dibuang, dibakar, dihumban dalam parit. Bendera umno dan BN dibakar oleh mereka sendiri, kemudian tuduh orang PAS bakar.


Pengundi dihalang dari mendengar ceramah PA, pasang karoeke kuat2 semasa ceramah PAS. Gantung bendera BN di rumah pengundi atas pagar supaya perayu undi tidak pergi ke rumah tersebut.


Umno masih guna media massa sebanyak-banyaknya mengutuk PAS dan berkempen untuk BN. Perasaan benci kepada kaum lain ditiup kepada pengundi Melayu terutama semasa ceramah umno di kampung.


Cara politik lama ini masih tidak diubah, walaupun teraju utama umno dan BN sudah berubah. Sungguhpun begitu, pengundi Melayu bandar, Cina dan India sudah tidak terpengaruh dengan kempen politik gaya lama ini. Gaya politik lama ini, bagaimanapun masih diterima pengundi Melayu luar bandar terutama di kubu-kubu umno.


Walaubagaimanapun, terdapat peti undi Melayu di kubu umno yang bukan sahaja mengekalkan undi PAS, malah meningkat lagi undi PAS dan mengurangkan majoriti BN. Antaranya, UPU Sungai Limau dan Kg. Jaha yang diletakkan dibawah PAS Kawasan Parit Buntar.


Undi PAS meningkat 41 undi dari 118 kepada 159 dan mengurangkan majoriti BN dari 98 kepada 42 undi di UPU Sungai Limau. Undi PAS meningkat 2o undi dari 78 kepada 98 dan mengurangkan majoriti BN dari 62 kepada 52 undi di UPU Kg. Jaha. Mengapa undi PAS meningkat di sini?.


Peningkatan ini berlaku kerana PAS Parit Buntar dengan bantuan UPU tempatan memastikan pengundi luar PAS balik mengundi. 90 % pengundi luar PAS di kedua-dua UPU balik mengundi.
Pengundi Melayu di sini juga cepat menerima jawapan balas tuduhan " Nizar derhaka" dan 'Nizar boneka" melalui usaha PAS Parit Buntar dan UPU tempatan.


Bagaimanapun, sogokkan RM kepada pengundi atas pagar di kedua-dua UPU ini terutama malam terakhir menghalang peningkatan undi PAS lebih tinggi lagi.


Kemerosotan undi Melayu kepada PAS perlu diberi perhatian serius oleh pimpinan PAS Perak. Memandangkan PAS banyak bertanding di kerusi lebih 80% pengundi Melayu, pimpinan PAS Perak mesti melakukan beberapa tindakan perlu bagi meningkatkan sokongan orang Melayu kepada PAS.


http://tulahan.blogspot.com/

14 comments:

  1. Melayu ni kira boleh makan kira ok lah.Soal sape betul salah tarak peduli janji ade 'benda' untuk perut kira cukup le. Dari dulu mentaliti melayu hanya kepada kebendaan,sebabtu melayu mudah dibeli.

    Melayu hiburan lebih penting dari memikir akan masalah negara. Sebabtu kerajaan tak mahu ramai melayu yang kaya raya nanti susah nak dibeli.

    Kerajaan tahu undi melayu ni nilai nya kekadang hanyalah sekampit beras 5 kilo aje. paling kuat basikal.

    Aku dah tengok dari kecil lagi bagaimana orang melayu kekadang boleh dibeli debgan sekotak rokok.

    Aku harap orang melayu boleh berubah dan berani membuat perubahan. Kita jadikan negara ni di perintah oleh orang yang beriman. UMNO perlu dikeluarkan dari politik Malaysia.

    Nanti kita rakyat akan tahu apa yang sebnarnya terjadi pada negara dan hasil maksumnya selama ini.

    ReplyDelete
  2. Budaya MELAYU macam tu.... ALLAH dah jadikan bangsa melayu macam tu....
    JOB TO DO
    TINDAKAN:PARTI ISLAM SEMELAYSIA
    Kempen tema: ISLAM JATI DIRI KU
    Program Dakwah: Sebar risalah & Penerangan & Diskusi.
    Plan A : Semua Ahli PAS wajib menyampaikan risalah walaupun sehelai sahaja.
    Plan B : PEMIDATO TERBAIK MALAYSIA(Anjuran: Negeri Pakatan Rakyat). Event terbesar. Hadiah Tunai RM50,000.00
    Plan C : Lu fikir la sendiri

    ReplyDelete
  3. majlis ilmu mmg susah nak lawan majlis karaoke dan majlis offer duit.

    terutamanya partisipan daripada orang melayu yang kurang iman, kurang ilmu pengetahuan dan kurang moral hasil didikan UMNO berpuluh tahun.

    ReplyDelete
  4. salam....
    mmg betul undi melayu utk pas hanya 43%....dan untuk bn ader 57%....tapi hujah utk menafikan dakwaan ini adalah...

    1. undi melayu yg diperolehi oleh umenopaus itu adalah undi dari pak cik pak cik dan mak cik yg karat umenopaus....dan menjadikan utusan meloya dan berita hairan serta tv3 suku dan radio televisyen umno sebagai sumber berita dan maklumat.depa ni percaya 100% kepada media pengampu ubn.

    2. ramai pengundi yg bekerja di luar kawasan bukit gantang tidak dapat pulang ke kampung utk membuang undi....mereka ini adalah golongan muda yang menyokong perubahan dalam negara....aku pasti jika dilihat statistik pembuangan undi utk saluran yg mewakili umur 25 - 40 tahun adalah kurang...kerana bekerja di luar dan tidak berkesempatan utk pulang membuang undi samada kerana tidak mendapat cuti atau kerana kesempitan wang....

    3. golongan pengundi melayu yg duk atas pagar bnyk mengundi umenopaus...sebab golongan ini melihat pada projek projek mee segera yang di buat oleh umenopaus bila menjelang prk....hangpa pi la sendiri tgk jln matang road....satu jln mini tar melalui estet sawit....di tarkan sepenuhnya setebal sejengkal....dari simpang halt sampai la ke jln keluar di tepi masjid kuala sepetang....golongan atas pagar ni bukan peduli siapa pemimpin yg depa sokong...janji pemimpin tu bleh bagi jln, letrik, air, baja, kain pelikat, kain batik, gula sorang dua kilo, anak ayam sorang 30 ekor, makanan ayam sorang seguni, maggi 2 bungkus dan macam macam lagi.....

    jgnlah umenopaus berbanggga kerana mendapat undi daripada golongan 1 dan 3 di atas....kerana pakcik n mak cik tu...nanti akan berubah jugak insyaallah setelah ditarbiyah oleh anak anak masing masing yg dah sedar....dan golongan ketiga tu....sampai bila umenopaus ader duit nak labur bagi kat depa...labur skit nyer bnyk tapi...kalah jugak.....aku dgr sampai 14 juta

    aku salah sorang dari PAS parit buntar yang bertugas di UPU sg limau...mlm pertama ceramah kelompok di kg jaha....ubn sewa set PA sistem utk karaoke...lebih kurang 60 meter dari pentas ceramah PAS....yg duk karaoke di situ...anak muda belasan tahun yang cempera dgn karaoke....penonton n pendengar plak....ketua kampung JKKKP, org org tua tak dak gigi pun sengih tgk cucu depa duk melalak.

    salam

    ReplyDelete
  5. Satu lagi sebab... penurunan berlaku kerana dahulu ada Ahli UMNO mengundi PAS kerana protes dan kali ini mereka setia dengan UMNO... sebab itu jumlah undi PAs menurun...

    ReplyDelete
  6. Orang Melayu jadi director Carlsberg???? Apa ke jadah ni?????
    http://anakperelihblog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Macam ni la pembangkang...macam - macam alasan dia ada kalau undi dapat sikit, pengundi tak balik la, pengundi sakit perut la tak dapat ngundi, hujan leabat la..! nasib baik menang kalau kalah mesti ada isu undi hantu...! bila nak sedaq diri dan insaf tak tau...?
    kau India dan kaum cina dah tau apa nak dapat kalau undi PR.. Melayu apa apa dapat.. kena bagi lagi ada la...!
    Anak Perelih...sapa melayu yg jadi director carlsberg tu..habaq mai..! Lantak dia la..anak bini dia yang makan duit tu..! itu yang hang sebuk..macam hang tu baguih sangat..! piraah..

    ReplyDelete
  8. Kalau pemikiran mcm zekbi ni mmg lah melayu sampai bila pun tak kan maju, aku org selangor bertugas di DUN terong masatu, DUN terong ni adalah kawasan solid umNO, bila kita kempen rumah ke rumah mmg masyarakat DUN terong ni masih ketinggalan dari segi komunikasi, nak kata internet berapa rumah je yg ada. klu Kempen umNO tu kat TV 24 jam sehari masuk kerumah mereka dah cukup untuk meracuni pemikiran pengundi disitu. umNO mmg suka kalau orang melayu ni miskin dan rendah pelajarannya sebab org mcmnilah senang dibeli dan diperkotak-katikkan. Apa pun dgn perjuangan PAS yg istiqamah insyaALLAH golongan pengundi lama ni akan disedarkan akan penipuan umNO rasuah selama ini.

    ReplyDelete
  9. PAS menang kerana faktor DS Nizar. Penurunan undi adalah faktor Hj Asmuni Awi! Seseorang yang ada sebab yang sedikit untuk mengundi PAS pasti akan mengundi UMNO selepas berhadapan Hj Asmuni Awi. Jika ada PRK lagi di Negeri Perak selepas ini sila lantik orang lain yang lebih berkaliber! suka atau tak suka, itulah kenyataannya!

    ReplyDelete
  10. umno bleh bawa balik pengundi luar sebab guna duit kerajaan

    ReplyDelete
  11. zekbi ni memang BN... jadi BN selama-selamanya buta perut. Janji boleh dapat duit. Tak apa... Pakatan Rakyallah yang menilai kerja buat kita. Biar Allah yang menghukum Zekbi ni.

    ReplyDelete
  12. Melayu tak mau dah PAS Sesat ni.. hitam dah.. ptuii

    ReplyDelete
  13. Kekuatan Parti PAS bukanlah terletak pada Islam.Perjuangan para nabi yg memperjuangkan aqidah tiada lagi dalam kamus parti PAS.Yang ada hanya politik jatuh menjatuhkan, sebab itulah ketika undi merosot maka dikatakan undi2 org2 islam amat rapuh dan boleh di beli sedangkan ketika menang mrk mengatakan orang2 Islam Perak sudah menerima perjuangan PAS.(sila baca harakah)

    Orang2 Islam dihina atas agamanya bagaimana munkin aqidah boleh berubah setiap tahun2 begitulah jadinya bila Islam dipolitikkan atas dasar demokrasi.Umat Islam akan terus terpinga2 memikirkan mencari jalan penyelesaian sedang kan Al Quran dan hadist didepan mata tak pernah dikajinya.
    Yang dikajinya hanyalah berita2 politik dan terus disumbat ketelinga pendengar2 agar terus beremosi setiap tahun sedangkan aqidah dan solat langsung tidak menjadi pokok perjuangan.

    Keseriusan didalam memperbetulkan aqidah dan solat hanya menjadi bahan ketawa seolah2 ianya tak penting yg penting jatuhkan kerajaan dengan berita2 sensasi dan memeningkan2 para pembaca.

    Maka jangan terkejut ketika anda mendapat pujian keesokan harinya anda kan mendapat kehinaan.

    ReplyDelete
  14. Ni muaz said ngan ku2 bertam ni pun satu. DAHLAH JAHIL BODO SOMBONG PLAK. DMANA PERJUANGAN UMNO? NAK KATA PEJUANGKAN MELAYU TERANG2 DAH FAIL. NAK KATA PEJUANGKAN ISLAM BANYAK PEKARA YANG QURAN SURUH DTENTANG, BANYAK JUGA PERKARA QURAN TEGAH D HALALKAN UMNO.APA ADA NGAN UMNO HANYA RASUAH DAN BEREBUT HARTA NEGARA. SAPA SESAT SEKARANG NI.

    ReplyDelete

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily