Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Saturday, May 11, 2013

Coretan anak Dato Basri Mat Akil..... Pasal Ustaz Azizan

 

Ini kisah yang aku janji nak cerita.. Ayah aku, Dato' Paduka Hj Ahmad Basri, Pengurus bola Kedah yg dikenali ramai, meninggal dunia pada 15 Julai 2008...

Ustaz Azizan adalah antara orang pertama yang sampai ke rumah Ibu ku dan mengarahkan agar ruang disusun bersesuaian utk dikunjungi ramai orang, dan gambar yg tak bersesuaian agar diturunkan dari dinding.

Terpegun adik adik aku dgn kunjungan itu.. Kemudian baru lah MB Kedah ini ke hospital melihat jenazah bapa aku yang masih di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.. Aku pula masih di Mesir dan sedang berusaha mencari flight pulang ke Kedah.. Sungguh prihatin MB Kedah ini, walaupun Ayah aku adalah orang UMNO..

Satu kisah lagi berlaku di tahun 2010...

MB Kedah dan beberapa EXCO termasuk pegawai kanan Kedah Civil Services, serta pengurusan Insaniah berkunjung ke Jeddah dari Mesir. Ada di kalangan rombongan nya adalah org UMNO kawan Ayah aku yg telah bisikkan kpd Ustaz Azizan bahawa anak Dato Basri ada bekerja di Jeddah.. Maka aku ditelefon oleh seorang staf konsulay bahawa MB Kedah nak jumpa aku..

Bila mengadap Ustaz Azizan ketika beliau sedang mempengerusikan mesyuarat, maka beliau bertanya aku, "Mak dan adik adik ok ka di Aloq Setaq? Rumah mak tu mungkin diambil utk besarkan jalan Sultanah, kalau terpaksa diambil, jangan lah marah.. Pampasan akan dikira sebaik mungkin. Dok balik Aloq Setaq dak? Balik noo, jengok jengok..

Ayah dah tak dak.. Tak pa, mai dok, saya nak tanya bab pelancongan.. Awat Arab banyak di Langkawi saja.. Apa usaha yang Kerajaan Negeri boleh bantu untuk Arab mai Tanah Besar Kedah.. Aloq Setaq Gunung Jerai dll..."

Terpegun kakitangan konsulat melihat seorang bergelar YAB MB Kedah menghentikan mesyuarat utk bertanya hal kpd seorang anak Kedah yang dianggap semua nya macam anak anak dia juga..

Ustaz Azizan mmg mulia akhlak nya.. Dan mmg dia keras sikit.. Org Kedah kata perongoih sikit.. Elok la tu.. Kalau lembik sgt org boleh pijak kepala.. Takut bini atau biar anak menantu balun projek...

Kini Ust Azizan bukan lagi MB... Malah bergelut antara hidup mati.. Kaki dah kudung sampai paras lutut.. Tak boleh dah nak berjalan sendiri mcm dulu.. Itu pun jika sembuh..

Doakanlah agar Allah swt mekanjutkan usia beliau.. Kini rakyat Kedah dah sedar betapa murni nya hati para ulamak yg ikhlas bekerja untuk rakyat. Sanggup Ust Azizan memberi nasihat kepada Mukhriz yg masih muda.. Demi agama bangsa dan negara..

Doa aku adalah untuk semua kita rakyat Malaysia.. Berlaku adil lah sesama kita.. Ingat lah hidup ini hanya sementara..

Sekian.. Terima kasih kerana membaca..


Saya tertarik dengan kata-kata Ustaz Hadi, "Kepala Otak" (Bahasa Terengganu bermaksud akal) Dr Azizan yang diperlukan untuk menjana Jamaah Islam dan perjuangannya di Kedah!!

No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily