Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Saturday, May 11, 2013

Demo di hadapan bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)


Suara Rakyat adalah suara keramat.. Dulu semasa saya belajar, "SUARA MAHASISWA SUARA KERAMAT" adalah slogan pembakar... Gelombang kebangkatan rakyat tak boleh dihentikan. Rakyat terus dan terus bangkit untuk MERUBAH!! Kalau tak kita siapa lagi.

Semalam beberapa NGO mengadakan perhimpunan di hadapan bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Putrajaya bagi menyerahkan memorandum menuntut agar pengerusi suruhanjaya itu, meletak jawatan berhubung dakwaan berlaku penipuan dalam keputusan pilihan raya umum ke-13.



Perhimpunan yang bermula pada jam 2.30 petang itu dihadiri kira-kira 50 orang yang diketuai oleh Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang.

Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard. Dua lagi NGO ialah Gerakan Mahasiswa 13 (GM13) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).


Sambil membawa dua buah replika keranda bewarna hitam dengan tulisan SPR serta sepanduk bertulis "PRU 13 adalah yang paling kotor" mereka turut melaungkan "Tukar SPR" dan "Anak muda mahukan keadilan".






No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily