Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Friday, October 07, 2016

Bagaimana kalau ada MOU antara PAS dan UMNO?



Assalamualaikum,, Ghairah dan semakin ghairah banyak pihak menunggu keputusan PAS bagi menghadapi PRU akan datang. Ada yang mengharap PAS akan bergabung semula dengan parti parti pembangkang bagi membentuk pakatan pembangakang yang kuat bagi menghadapi BN dan Umno.

Ada pula masih teguh dengan pendirian agar PAS bersendiri bagi menghadapi PRU dan Umno nanti.Tetapi ramai yang terlepas pandang kepada satu lagi alternatif yang terbuka di depan PAS sekarang yakni membuat MOU bersama Umno bagi menghadapi PRU mendatang.Kenapa MOU, kenapa tidak bergabung saja dalam BN? Jawabnya mudah bagi yang berfikir secara waras.

PH dan parti Bersatu amat memerlukan PAS untuk membentuk pakatan pembangkang yang kuat sedangkan mereka juga tahu PH ada pengkianat  PAS yang mereka sendiri iktiraf tetapi mereka masih mengharapkan PAS boleh memaafkan penkianatan itu dan bersama mereka.Satu harapan yang tidak logik dan munasabah bagi PAS melupakan semuanya itu sebab perjuangan PAS sudah dijelaskan kepada mereka.PAS bukan mahu kuasa tetapi mahu melihat Islam dimartabatkan.

Sedang semua parti parti pembangkang  yang ada tak satupun berminat dengan Islam, mereka cuma mahukan PAS untuk kekuatan mereka sahaja, Islam bukan agenda mereka jadi kenapa PAS mesti bersatu dengan mereka?

Dalam masa yang sama Umno sudahpun membuktikan mereka bersedia menolong PAS untuk memartabkan Islam bila mana laluan diberi kepada TGHH membuat pembentangan rang undang undang persendirian baru baru ini dan kini kita menunggu reaksi MP Umno kepada perbahasan nanti.Kemungkinan besar MP Umno akan menyokong dan kalau ini berlaku bermakna ada ruang untuk menyokong follow up efford yang bakal diusahakan oleh PAS.

Ini juga bermakna PAS mempunyai lebih ruang untuk memperjuangkan Islam berbanding kalau PAS bersama pembangkang yang secara jelas sudah mengabaikan PAS ketika dalam PR dulu bila menyerahkan Bersih kepada puak liberal termasuk pejuang lgbt.

Ini juga bermakna PAS sudah boleh mengalih pandangan kepada kemungkinan kerjasama dengan Umno bagi menghadapi PRU akan datang.Memberi kemenangan kepada Umno lebih baik untuk terus berjuang untuk Islam berbanding kalau PAS berada dalam kerajaan PH tetapi tidak mampu berbuat apa apa untuk Islam.

Kembali kepada persoalan kenapa PAS tak bergabung saja dalam BN bersama Umno? bagi menjawabnya adalah baik PAS berada diluar kerajaan BN yang komposisinya sama seperti PH tetapi bezanya dalam BN Umno yang lebih suara tapi dalam PH siapa? Jauh lebih baik bagi PAS berada di luar kerajaan dengan kerusi yang kecil tetapi memainkan peranan sebagai penasihat kerajaan dalam hal hal ugama terutamanya dan dalam hal hal kepentingan rakyat jelata.

Dari itu, pilihan yang terbaik bagi PAS ialah mengadakan satu MOU bersama Umno untuk saling tidak bertanding di kerusi yang ditanding oleh salah satu parti.Ini bermakna bagi kerusi yang ditandingi PAS, Umno tidak akan bertanding dan sebaliknya.panduan bagi kerusi boleh diambil dari kedudukan semasa kerusi kerusi yang dimenangi olek kedua dua parti.

Ramai yang terlepas pandang kepada alternatif ini tapi ianya boleh berlaku, ingat politik matang boleh.................




.........
Blog ini hanya 'mirror' artikel daripada laman asal
http://www.tranungkite.net
Sila ke laman asal untuk dapatkan versi penuh....

No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily