
KOTA KINABALU, 5 Muharram 1438H, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui lagi RM750,000 wang tunai selepas membuka tiga peti simpanan bank milik isteri seorang daripada suspek yang ditahan di Sabah baru-baru ini.
Perkara itu disahkan Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, sebentar tadi.Selain wang tunai, sejumlah barangan kemas turut ditemui dalam peti terbabit di dua bank di Kota Kinabalu, namun nilainya belum dapat ditaksirkan.
Sebelum ini, SPRM merampas RM2.5 juta wang tunai dalam sebuah peti besi milik timbalan pengarah.
Kelmarin, kedua-dua suspek ditahan kerana disyaki mengumpul kekayaan lebih RM50 juta sejak enam tahun lalu menerusi penyelewengan projek secara agihan kepada ahli keluarga mereka.
Mereka didakwa menyalahgunakan kuasa dalam agihan projek pembangunan infrastruktur dikendalikan jabatan bernilai lebih RM3.3 bilion yang disalurkan Kerajaan Persekutuan sejak 2010.
Kedua-dua mereka masing-masing berusia 51 dan 54 tahun direman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu petang semalam.
No comments:
Post a Comment