
PETALING JAYA: Bekas setiausaha politik Tan Sri Muhyiddin Yassin Datuk Shahruddin Md Salleh dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Presiden PPBM mengumumkan pelantikan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Perlantikan Shahruddin yang merupakan Adun Jorak menjadikan PPBM memiliki tiga kerusi, selepas Parlimen Pagoh (Muhyiddin) dan DUN Ayer Hitam (Datuk Seri Mukhriz Mahathir).
Jawatan terakhir beliau adalah Naib Ketua Umno Bahagian Pagoh. Beliau meletak jawatan pada 4 Julai lepas sebagai membantah pemecatan Muhyiddin dalam Umno.
Shahruddin pernah menjadi setiausaha politik Muhyiddin semasa beliau memegang portfolio Kementerian Belia dan Sukan (1998-1999), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (1999-2004), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (2004-2008) dan Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2008-2009).
Selain Shahruddin, turut dilantik memegang jawatan kanan parti itu adalah Datuk Kamarudin Md Nor sebagai Ketua Penerangan dan Datuk Mohamed Salleh Bajuri sebagai Bendahari Agung.
Kamarudin merupakan bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh dan Adun Semarak bagi tempoh 1997-1999 dan 2004-2008.
Salleh pula sebelum ini terlibat dalam beberapa badan bukan kerajaan dan pernah menjadi pemegang amanah untuk Yayasan Kebajikan SDARA dan Tabung Anak-anak Melayu Pontian.
No comments:
Post a Comment