
Assalamualaikum,,, Rafizi Ramli bergerak terlalu advance sehingga terlepas pandang kepada agama sendiri, itulah hebatnya seorang yang terlalu cerdik, kali ini dia tampil dengan garis merah dalam usahanya untuk PH meletakkan usaha untuk mendekati dan berunding dengan PAS.
Selain itu Rafizi juga kelihatan terlepas pandang dengan kenyataan DAP yang menganggap Adun Likas yang keluar parti sebagai pengkianat sedangkan berdozen ahli Parti Amanah yang bersama sama mereka juga setaraf dengan Adun Likas itu.Kenapa Rafizi tidak terlebih dahulu meletakkan garis kepada Parti Amanah dalam PH sebelum meletakkan garis merah kepada PAS?
Rafizi jelas jelas sudah terlupa kepada hakikat perjuangan PAS yang terlalu jauh dari perjuangan PKR, Rafizi lupa dan terlalu lupa bahawa PAS bergerak sebagai jemaah Islam melebihi parti politik seperti PKR, sebaliknya terus menganggap PAS sama setaraf dengan PKR.
Rafizi lupa langkah kajangnya dulu yang menjadi titik kemusnahan PR dan sebaliknya masih mahu mengajak PAS menyertai PH sambil dengan sombong meletakkan garis merah yang sebenarnya tidak lagi merah kerana jelasnya sekarang garis merah yang Rafizi letakkan itu sudah berwarna hitam.Hujahnya mudah, ketika PAS sedang komited untuk memartabatkan Islam sebagai carahidup, PH dengan sombongnya bergabung dengan lgbt dan puak puak liberal yang lain untuk menganjurkan Bersih 5.0. Bukankah terdapat pertentangan yang jelas antara PAS dan PH di situ dan tak perlu meletakkan apa apa garis kerana ianya sudahpun hitam atau dengan kata kata lain. sudah tidak ada persamaan antara PAS dan PH.Maka sudah tidak ada jalan untuk bergabung dan garis merah Rafizi itu sudahpun out of date.
Kemudian tindakan DAP mengutuk Adun Likas yang keluar parti secara automatiknya terpalik kepada tertubuhmya parti Amanah yang bergabung dalam PH.Kalau Adun Likas dianggap pengkianat kerana keluar parti, bagaimana pula kedudukan berdozen dozen ahli parti Amanah yang keluar PAS itu? Bukankah mereka juga pengkianat dan kenapa DAP boleh bersengkongkol dengan pengkianat? Lebih penting lagi Rafizi sepatutnya mengambil kira perkara ini sebelum meletakkan garis merah kepada PAS kerana secara jelas dan tegasnya PAS tak akan mungkin bersama dengan pengkianat dalam apa jua keadaan.
Rafizi juga macam bagus jer bila mengatakan cakap cakap setengah ahli PKR bahawa PKR tidak akan menang tanpa PAS itu hanyaah spekulasi tetapi tetap tidak menolak untuk berunding dengan PAS dengan meletakkan garis merah.Inilah ungkapan Rafizi yang cuba menunjukkan PKR itu lebih bagus dan menjadi abang besar dalam PH.
Betulkan Rafizi benar benar cerdik?
No comments:
Post a Comment