Perhatian...
TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih
Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com
....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN: K.l.i.k. g.a.m.b.a.r. u.n.t.u.k. p.a.p.a.r.a.n. b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...
....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. |
Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa. |
Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru. |
Thursday, May 23, 2013
Zahid Hamidi Tunjuk Taring Lagi. Harakah & Suara Keadilan DiRampas!
Zahid Hamidi nak tunjuk taring, nak tunjuk hebat. Ada orang kata dia buat semua ini adalah nak tunjuk dia sangat setia pada Najib. Adakah Najib gunanya untuk sekat Muhyidin?? Ini adalah politik baru UMNO yang sudah "monopus"! (Nak Mampos!)
Menurut aopa yang disebut oleh Ahmad Faisal pengurus pasaran Harakah bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini bertindak merampas akhbar lidah rasmi PAS, Harakah di beberapa buah negeri di seluruh negara.
Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghaffer ditahan dibawah Akta Hasutan
Mingiky akhbar Pakatan Rakyat, ahli parlimen Batu Tian Chua serta aktivis NGO Asal Bukan Umno (ABU) Haris M Ibrahim hari ini ditahan polis dipercayai ada kaitan dengan program himpunan SuaraRakyat505 Sabtu ini.
Pembantu Tian, Rozan Azin Mat Rasip ketika dihubungi Harakahdaily berkata, bosnya itu ditahan di lapangan terbang LCCT tengahari ini sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan untuk ke Kelantan.
Pembantu Tian, Rozan Azin Mat Rasip ketika dihubungi Harakahdaily berkata, bosnya itu ditahan di lapangan terbang LCCT tengahari ini sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan untuk ke Kelantan.
Peguam, tiga pekerja ladang didapati bersalah bunuh Sosilawati
Pathmanabhan, 41, T Thilaiyagan, 19, R Matan, 20, dan R Khatavarayan, 30, dituduh membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot No 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat pada 30 Ogos 2010.
Pada 13 Oktober pada tahun yang sama mereka dibicarakan atas tuduhan berkenaan. Pada 21 Feb 2010, dua lagi pekerja ladang, K Sarawanan, 20, dan U Suresh, 27, dihukum penjara 20 tahun kerana melupuskan mayat jutawan kosmetik itu dan tiga yang lain.
Imbas Kembali Kehebatan UMNO di Dewan
Terengganu diterajui UMNO atas kehebatan mereka berhujah di Dewan. Ini adalah cara mereka mematah hujah lawan. Orang macam ini patut kekal untuk mewakili rakyat bagi memastikan Terengganu Maju 2020.
Wednesday, May 22, 2013
Presiden PAS di Wawancara TV Luar Negara
Presiden PAS di wawancara TV Luar Negara. Yang saya tahu ini adalah TV5 Günden Yansıyanlar adalah TV di Turki. Kenapa TV Malaysia tak berani nak wawancara Presiden PAS? Mereka bukan sahaja kolot tapi JAHAT dan menyelewengan maklumat dan fakta supaya rakyat jadi bodoh!
Ini adalah perbincangan antarabangsa pasal "Islam coğrafyalarında neler oluyor" iaitu kedudukan geografi dunia Islam dan peranan PAS sebagai sebahagian daripadanya.
Solat Atas Air??
Gambar ini telah meneri like lebih drp 100K. Tak pasti berlaku di mana dan apa sebenarnya cerita atas gambar ini. Yang menarik mereka tetap bersolat.
Ada beberapa kemusyiklan pada gambar ini. Mereka solat berjamaah tetapi tidak mengikut saf yang betul. Kalau jamaah, kenapa pula ada yang solat bersendirian di belakang?
Satu Suku Pendalaman Masuk Islam
Bagaimana cara dan hikmahnya pendakwah di sana boleh membawa Islam untuk satu suku kaum pendalaman. Subahanallah hebat benar..
Masyarakat Cina & India yang ada disebelah kita, hari-hari tegok muka mereka tapi masih belum faham Islam kerana KEJAHATAN & KEBODOHAN UMNO yang merosakkan kefahaman Islam kepada bukan Islam di negara ini.
Betul ke ada kes lebih Teruk Daripada Kugan?
Kematian N Dharmendran dalam tahanan dikatakan lebih buruk daripada kes kematian Kugan (gambar di atas) pada tahun 2009 lalu. Menurut peguam keluarga mangsa N Surendran kedua-dua telinganya dikokot (staple) dan terdapat beberapa tanda pukulan di paha dan belakangnya.
"Terdapat bukti fizikal terdapat pukulan dan deraan di bahagian depan paha dan belakang badan, terdapat tanda pukulan di belakang dan bengkak.
Liong Sik & Khir Toyo Persalah Juvana???
Polis Kuala Lumpur menafikan gambar bergari aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim yang disebarkan di laman media sosial itu berlaku di lokap Balai Polis Jinjang.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, penggunaan gari adalahProsedur Operasi Standard(SOP) badan berkanun itu untuk tahanan kecuali pesalah juvana.
Tornado Landa Oklahama, 91 Mati dan 230 Cedera
Puting Beliung melanda bandar Oklahama dengan kelajuan 200 bpj. Bandar Moore, Oklahama yang mempunyai 41,000 penduduk ranap sama sekali.
Setakat ini 91 dilaporkan mati dan 230 orang cedera. Ini adalah kejadian yang terbesar selepas 3 Mei 1999. Lebih kurang 8000 buah bangunan ranap dan melibatkan kerugian $1.5 billion.
Video ini untuk Kaki Pancing
Ikan boleh masuk sendiri dalam sampan. Tak payah nak kail. Itu baru anak sungai. Saya rasa di negara ini orang tak makan ikan.
Tuesday, May 21, 2013
Sokongan Kepad Adam
Sokongan kepada Adam datang daripada pelbagai lapisan masyarakat. Tak kira tua dan muda. Malah anak muda terutama daripada masyarakat Cina turut menyatakan sokongan.
Saya setuju penulisan dalam Harakahdaily yang menyatakan penahanan Adam Adli meningkatkan (mencetuskan) perpaduan kaum yang lebih tinggi dan padu.
Ini Cara Keselamatan Negara Kita!
Adam Adli tu cuma seorg remaja mahasiswa yg lantang..
xbahaya mane pon sebenarnya..
bukan individu yg mahir dgn senjata api pon..
bukan pengganas berbahaya pon..
tp ke hulu ke hilir dia digari kebelakang..
dilayan seperti TAHANAN PALESTIN..
so polis mcm askar Zionist..?
kalu yer pon TAKSUB GARI..
garilah ke depan..
tp nak buat mcm mane..
polis ni CUMA menjalakan tugas..
digari sbb ikut SOP..
insp. y pukul pekerja hotel dgn pistol hari tu xda plak bergari..?
pengganas sulu xda plak bergari..?
dasar gestapo..
Najib Buat MAGIC lagi...
![]() |
Kelik utk baca! |
Dua2 menteri KDN dahulu & sekarang serupa jer PEMBOHONG, Muhyiddin Yassin & Zahid Hamidi.
Bala Org Terengganu Sokong UMNO. Masjid Pula Runtuh Selepas PRU!!
Selepas sahaja Ahmad Said diangkat menjadi MB Terengganu 2004, kejadian bangunan runtuh menjadi-jadi. Walaupun ada yang kata ini projek Deris Jusoh tapi sedar tak sedar adalah akibat daripada kelancangan Mat Said meruntuh rumah Allah iaitu Masjid Bujal.
Allah pasti akan melaknat sesiapa sahaja yang berbuat jahat terhadap agamaNya. Mungkin bagi sesetengah orang tidak melihat itu adalah amaran Allah s.w.t.
Macam Mana Pengerusi SPR Nak Jawab??
Banyak kali pengerusi SPR berdolak dalih tentang dakwat kekal yang boleh tanggal dengan mudah. Macam-macam alasan yang diberikan. Dakwat kekal berharga RM5 juta untuk 13 juta pengundi yang melibatkan 36 sen untuk sekali calit itu telah memperkayakan 'seseorang' dengan tander ini.
Hari ini akhbar Sinar Harian telah menyiarkan bagaimana seorang pengundi boleh mengundi tempat yang sama dengan memadamkan dakwat kekal. Yang paling hairan di tempat dan saluran yang sama dia mengundi!
Agenda UG telah mula. Awas!
Kata penulis Penarik Beca, "Ustaz gila (UG) dalam PAS jumpa Umno lagi? Tahan teksi jugak ka?" Gambar yang dipaparkan ialah gambar Nik Abdul anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Kenapa marah sangat kepada "pembunuh" Ibrahim Ali di perlimen Pasir Mas ini, saya kurang cakna!
Saya terbaca satu lagi agenda UG, ini mesti dipaparkan semua blog supaya pembaca ambil cakna!
Sunday, May 19, 2013
Zahid Sindir Hishamudin??
Beberapa blog UMNO menulis tentang tindakan Zahid Hamidi dilihat sebagai sindiran tajam kepada Dato' Hishamuddin Hussein kerana dilihat sebelum ini sangat 'lembik' dalam membuat tindakan kepada kebangkitan rakyat.
Kerajaan tidak akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang mahu mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertindak secara tegas. kata Zahid.
Subscribe to:
Posts (Atom)