Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Saturday, January 24, 2009

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin....

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin antara yang menjadi sasaran penulis siber kerana ketidakpuas hati terhadap beliau yang tidak menjiwai hasrat dan cita-cita Pakatan Rakyat.

Blog khas mengkritik secara berkala telah diwujudkan. Kepimpinan KeAdilan perlu peka dan mengambil tindakan segera agar perkara ini tidak berlanjutan. Soal betul atau tidak adalah perkara kedua, setiap luahan para blogger perlu diambil perhatian yang serius kerana kita perlu komitmen mereka.

Malaysiakini.com ada memberitakan perkara ini dan saya merasai ada kaitan rapat dengan apa yang ditulis oleh penulis-penulis internet.

PKR P Pinang gugur Mohd Fairus dari jawatan timbalan pengerusi
Jimadie Shah Othman Jan 23, 09 11:06am


PKR Pulau Pinang membuat rombakan drastik dalam jawatankuasa perhubungan negerinya dengan menggugurkan dua daripada tiga timbalan pengerusinya, termasuk Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin.

Seorang lagi timbalan pengerusi PKR negeri yang digugurkan ialah exco kerajaan negeri, Law Choo Kiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BukitTambun.

Tempat Mohd Fairus digantikan oleh Dr Mansor Othman manakala Law digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Tan Hock Leong.

Bagaimanapun Mohd Fairus dilantik sebagai ahli jawatankuasa jemputan.

Manakala Datuk Zahrain Mohamed Hashim kekal sebagai pengerusi PKR negeri dan Adun Batu Uban, S Raveentharan kekal sebagai timbalan pengerusi negeri.

Jawatan ketua Pemuda PKR negeri yang kosong sebelum ini diisi ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.

Mustafa Kamal kekal

Mustafa Kamal Mohd Yusoff mengekalkan jawatan setiausaha perhubungan negeri, manakala Mohamed Fauzi Noordin kekal sebagai penolong setiausaha.

Dua lagi penolong setiausaha merupakan muka baru iaitu, Lim Boo Chang dan M Nyanasegaran.

Mustafa Kamal menggantikan exco kerajaan negeri, Abdul Malik Kassim dalam satu rombakan yang dibuat selepas pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos tahun lalu.

Manakala Diong Chong Mee dilantik sebagai timbalan ketua Wanita negeri.

Ketika dihubungi hari ini, Zahrain berkata, mesyuarat perhubungan negeri memutuskan bahawa semua exco kerajaan negeri dari PKR, tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti di peringkat negeri.

Katanya, ia melibatkan jawatan pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha dan ketua penerangan.

Mantap prestasi

Menurutnya, rombakan itu bertujuan untuk memantap prestasi jawatankuasa perhubungan negeri.

"Ia dilakukan supaya exco dapat memberi fokus kepada urusan kerajaan negeri," tambahnya.

Bagaimanapun, perubahan drastik mencetuskan andaian bahawa ia ada kaitan dengan prestasi Mohd Fairus yang dikritik oleh banyak pihak, termasuk mendapat teguran ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas mengenainya, Zahrain berkata ia tiada kaitan dengan isu tersebut, sambil menyifatkannya sebagai satu spekulasi semata-mata.

"Saya tidak ada menerima aduan rasmi berhubung perkara itu," katanya.

Beliau mengakui ia adalah keputusannya tetapi telah dipersetujui oleh semua pihak, termasuk Anwar sendiri.

Tidak puas hati

Sementara itu, Bernama memetik Zahrain melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan kerajaan negeri yang tidak berbincang dengan PKR terutamanya mengenai pelantikan penjawat sesuatu jawatan, umpamanya, langkah Ketua Menteri Lim Guan Eng melantik bekas
pemimpin Gerakan Datuk Lee Kah Choon sebagai Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif embaga investPenang, iaitu badan pelaburan kerajaan negeri.

"Kita hanya dimaklumkan oleh Ketua Menteri mengenai perkara itu tetapi tidak dibawa berbincang. Jadi, kita mahu supaya beliau ambil kira kedudukan wakil ari PKR," katanya.

Pada mesyuarat malam tadi, PKR bersetuju supaya jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan juga Majlis Perbandaran Seberang Perai, ahli majlis serta pegawai daerah disandang oleh orang politik.

Zahrain berkata PKR merancang mengadakan majlis makan malam secara besar-besaran pada Mac ini untuk mencari dana parti dan juga akan menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina di Dewan St Anne di sini pada 1 Februari ini.




No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily