Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Tuesday, May 07, 2013

Kita Tak Kalah, Hanya Belum Menang!



Pesan TGHH tadi di Rusila :
Kalau kita kalah, kita kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan. Memang ada perjuangan ada kalah ada menang. Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran. Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa ia ini kerajaan Allah s.w.t

Akhbar New Zealand Pun Kondeng Najib!



Akhbar New Zealand dalam laporannya menyebut bahawa pencapaian Najib adalah yang terburuk dalam sejarah BN. Seperti Abdullah Ahmad Badawi, Najib sepatutnya berundur dengan pencapaian yang sangat buruk. Akhbar itu juga menyebut Najib lemah dalam menangani isu, terutama kehendak masyarakat Cina.

Katakan TIDAK Kepada Perkauman, Katakan TIDAK Kepada UMNO @ BN!!



PAS hari ini menggesa pihak berkuasa supaya berhenti memerangkap rakyat Malaysia daripada mencetuskan provokasi perkauman selepas akhbar Utusan Malaysia menerbitkan artikel perkauman “Apa lagi Cina mahu” di muka hadapan hari ini.

Apa Cina Mau??


Utusan Malaysia muka depan dengan judul "Apa Lagi Cina Mahu?" yang antaranya menyebut, pelbagai pihak menyifatkan apa yang berlaku dalam pilihan raya umum kali ini sebagai pengkhianatan orang Cina dan tidak boleh dimaafkan.

Bodoh betul Utusan ni;
Cina mau harga petrol turun, kereta murah, jenayah turun, rasuah dihapuskan, kos sara hidup yang rendah... bla bla bla!! Tak kan tu pun tak boleh fikir.

Terkini - Papa Gomo Pemfitnah Tegar Ditahan Polis!!

 

Penulis blog kontroversi pro-Umno Papagomo hari ini ditahan oleh polis. Laporan ini telah disahkan pihak PDRM menerusi laman twitter anggota keselamatan tersebut. Blogger Pro Kerajaan itu ditahan bersama seorang lagi individu yang dikenali sebagai "King Jason". Perkara itu dimaklumkan oleh pihak polis melalui pesanan Twitter hari ini kata Bandut Rakyat. Sebab penahananya setakat ini belum dinyatakan.

Bagaimanapun, sebelum ini dilaporkan terdapat laporan polis dibuat terhadapnya oleh seorang pembaca Shahrizad Mohd Diah atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berhubung isu Melayu dan Cina.

Suara Minta Najib Undur Sudah Kedengaran



Saya menerima masej ini dalam facebook group tertutup GERAK GEMPUR UMNO. Masej ini ringkas dan dipercayai bertujuan untuk mengumpul rakan-rakan umno yang bersependapat tentang masa depan UMNO. Saya suka untuk berkongsi dengan pembaca dalam blog ini berkenaan maklumat yang saya perolehi dalam groups tertutup cybertropper UMNO tersebut.

Masej berkenaan ialah:-

Kenyataan Rasmi Badan Perhubungan PAS Terengganu berkenaan Keputusan PRU-13


Ramai yang bertanya saya kononnya ada partisyen di Terengganu yang mana PR sepatutnya menang dengan keputusan 17 kerusi dan  BN 15. Dalam hebahan itu TG Haji ABdul Hadi meminta untuk solat hajat dan Sultan tangguh perlantikan MB.

Saya kata semuanya tak benar, tapi masih ada lagi yang tak percaya, malah ada blog menyiarkan kenyataan berkenaan hebahan berkenaan.

Kenyataan yang rasmi yang saya petik daripada facebook Timbalan Persuruhjaya PAS Terengganu 1 adalah seperti berikut:


UMNO Kalah Kerana Calon PAS Rasuah Pengundi - Tergolek Aku Gelak!!!

Orang kuat Dr. Rozaidah ada menulis dalam facebook. Saya rasa baik untuk di'share'kan dengan pembaca. Mana tahu ada yang putus usus!! (kerana gelak!)

Dia orang tulis "Selesai PRU13...syukur alhamdulillah Barisan Nasional masih memerintah Malaysia...walaupun ampang tewas tetapi 3 3 calon BN Ampang N20 Datuk Baderisham Hj Jolly, N19 Mohamad Nadzim & P099 Parlimen Ampang Datuk Dr Rozaidah Talib bersama team kempen telah melakukan yang terbaik untuk pengundi...kami terima keputusan dengan hati yang terbuka , kami redha & pasrah dengan kehendak Allah...

sekurang-kurangnya calon2 kami tidak mengamalkan rasuah spt calon N20 pas Lembah jaya yg sogok wang kepada pengundi RM200 untuk warga emas & RM 100 pengundi muda...

Saifuddin Abdullah Nak Masuk PKR??



Sebentar tadi saya terima SMS dari kenalan lama UMNO "TOTOK" (dulu kini dan selamanya..) bahawa malam ini ada "Private Dinner" antara Saifuddin Abdullah dengan seorang pimpinan PKR di Tropicana Golf Country Resort.

Saya tanya balik "nak keluar UMNO ke?" Dia jawab entahlah.

Siapa sebenarnya yang KALAH dalam PRU13?

 
Siapa yang sebenarnya kalah dalam pilihan raya kali ini? Kalau ikut kiraan kerusi BN dapat 133 manakala PR 89. Kalau diambil kira kerusi di semanjung  BN hanya 86 sahaja (22 Sabah dan 25 Sarawak) Manakala PR pula ialah 80 (Sabah 3 Sarawak 6)
 
Sebenarnya kiraan kerusi tidak menepati kehendak rakyat Malaysia, sebab ada kerusi yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai manakala ada yang sedikit. Kalau ikut peratus penduduk yang mengundi BN dan PR kita dapati BN hanya memperolehi 46.8% manakala PR 50.3%. Yang selebihnya adalah sokongan kepada BEBAS.

Anwar bersedia jika Lim Kit Siang menjadi Ketua Pembangkang



“Sekarang pun saya ada beritahu kepada DAP, saya tidak... tidak ada masalah sebenarnya kalau YB Lim Kit Siang jadi ketua pembangkang. Kelayakan dia, pengalaman dia, saya boleh tumpu kerja-kerja lain,” kata Anwar kepada pemberita.
 
Anwar sebenarnya tidak keberatan sekiranya Penasihat DAP Lim Kit Siang menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen memandangkan parti tersebut mendapat bilangan kerusi paling banyak di Dewan Rakyat berbanding PKR dan PAS.

PRU-13 Orang Cina Benci Orang Melayu??


"Tsunami Cina" itu alasan kambing hitam Najib untuk menutup kelemahan UMNO, kelemahannya kalau nak banding dengan Pak Lah. Pak Lah nampak lemah dalam petadbiran tapi dia berbaik dengan semua orang termasuk pembangkang.

Saya ambil satu kawasan P100 PANDAN, Selangor yang mana majoriti penduduknya berubah setiap PRU untuk 3 PRU iaitu 2004, 2008 dan 2013 sebagai asas perpincangan untuk melihat pola sokongan pengundi Cina dan Melayu di kawasan berkenaan.
 

Facebook Mendesak Azizan Letak Jawatan??



Terjumpa Facebook Minta Azizan Letak Jawatan. Facebook ini baru lagi, maknanya selepas PRU-13. Saya mungkin 'kurang cerdik' letak jawatan apa? Menteri Besar ke? Hangpa dok gaduh nak dia letak jawatan akhir Allah terima doa hangpa semua.. Apa lagi boleh buat kenduri kesyukuranlah.

Letak Jawatan Persuruhjaya PAS Kedah?? Tahu tak jawatan itu adalah hak mutlak Presiden. Kalau galak sangat nak suruh letak jawatan, pi lah jumpa presiden senya-senyap. Tak payah heboh satu Malaysia (dunia..).

181 Google Tricks Yang Boleh Menjimatkan Masa Anda



Dalam hampir tiga tahun, Google telah membangunkan produknya dan Google menawarkan ciri-ciri baru untuk kemudahan orang ramai. Banyak cara dalam produk ini membantu dalam kerja harian di internet. Google juga memberikan banyak tips untuk menjimatkan masa.

Saya sempat mendapatkan senarai 181 tips yang berbeza yang boleh membantu kita untuk menjimatkan masa dalam penggunakan produk google.

52 Gmail Shortcuts yang patut anda tahu


Ramai pengguna e-mel memilih GMAIL sebagai alternatif. Dulu orang guna HOTMAIL, tapi selepas Microsoft beli hotmail, mereka beralih kepada YAHOO. Setelah GMAIL diperkenalkan gmail lebih disukai kerana dia lebih mudah "User friendly"

Klik gambar di bawah ni, ada 52 tips/shortcuts yang boleh membantu anda dalam mengendalikan GMAIL. Gambar tu panjang, jadi kelik molek.. sesetengah paparan view gambar tidak ada kemudah zoom.. pandai-pandai ajust he he
 

2 Karung Kertas Undi SPR di Jumpa Tercampak Daripada Heli?


Penduduk menjumpai 2 beg kertas undi dicampak dari heli oleh SPR!!!!
Apa pula alasan SPR nanti?

Banyak sangat cerita-cerita meragukan dalam Pilihan Raya kali ini. Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak menerima keputusan pilihan raya kerana SPR tidak telus dan tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Beri PAS Terajui Selangor, Kata Hassan Ali, Biar Betol!!

Tadi kawan saya dr Selangor call. Saya joke.. ada yang lebih sedih drp BN @ UMNO kerana tak boleh tawan Selangor. Dia tanya siapa. Saya kata Hassan Ali... dia ketawa, ...kenapa?? Kata saya, kalau dia masih dalam PAS pasti satu lagi kerusi dia menang menyebabkan PAS paling banyak menang di Selangor... Sudah tentu cita-citanya menjadi Menteri Besar tercapai!

Kalau Hassan Ali berkecuali, saya rasa simpati saya masih ada kalau tak banyak pun 10%. Tapi bila dia berada di pentas bersama UMNO, hilang semua simpati saya. Malah saya mula marah..

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily