Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Tuesday, May 07, 2013

Anwar bersedia jika Lim Kit Siang menjadi Ketua Pembangkang



“Sekarang pun saya ada beritahu kepada DAP, saya tidak... tidak ada masalah sebenarnya kalau YB Lim Kit Siang jadi ketua pembangkang. Kelayakan dia, pengalaman dia, saya boleh tumpu kerja-kerja lain,” kata Anwar kepada pemberita.
 
Anwar sebenarnya tidak keberatan sekiranya Penasihat DAP Lim Kit Siang menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen memandangkan parti tersebut mendapat bilangan kerusi paling banyak di Dewan Rakyat berbanding PKR dan PAS.
Pada PRU kali ini, DAP mendapat 38 kerusi, manakala PKR 30 dan PAS 21 kerusi. Pada PRU-12 lalu PKR mendapat kerusi paling banyak dan setelah berlaku lompatan daripada YB PKR bilangan kerusi DAP lebih banyak daripada PKR tetapi DAP masih meminta Anwar menjadi Ketua Pembangkang.

“Dulu pun bila kerusi DAP mengatasi PKR setelah beberapa lompatan berlaku, saya menawarkan diri untuk undur menyerahkan tapi kedua-dua parti DAP dan PAS minta saya meneruskan,” kata Anwar menegaskan kenyataan Lim Kit Siang.

DAP semalam membuat kenyataan mencadangkan Anwar terus menjadi Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di Parlimen selepas berakhir pilihan raya ke-13 semalam yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) sekali lagi berjaya memerintah kerajaan persekutuan.

Dalam sidang media di ibu pejabat DAP itu, Penasihat DAP Lim berkata cadangan itu dibuat bagi mengulangi pendirian mereka sebelum ini yang menyokong Anwar sebagai perdana menteri Malaysia jika menang pilihan raya.





2 comments:

  1. Maaf sekiranya komen sy agk p'kaumn.Sebenarnya sy sedih PRU 13 DAP menang kerusi parlimen dgn begitu byk.sy tkut cina akn menguasai kt.hrp Allah pelihara.nape la org melayu masih sokong umno.kalu x undi kt x akn b'pecah.sy x pasti samada org cina ada sokong PAS x.sbb PAS ni bg diorg t'lalu ketat.masakn org melayu Islam x terima PAS apatah lg org agama lain, agak2 fhm x apa yg dp'juang PAS.sy tkut org islam kt sokong cina tp msih rmai pengundi cina sokong sebangsa mereka.x th la.jgn kt keluar perut singa msuk perut buaya.ms tu org cina gelakkn kt, org umno pun gelakkn kt.ya tuhan..ak x th apa lg cr yg t'baik tuk mnegakkn agamaMu&m'jg tnahair ku dr t'gadai.berilah petunjuk tuk kmi sume.

    ReplyDelete
  2. memang benar.. PKR diguna-pakai oleh DAP utk bodek PAS..
    sebab DAP nampak sokongan MELAYU (majoriti) dari pengaruh PAS sgt bagus utk mereka (DAP) melebarkan kuasa.

    • DAP berjaya (guru mereka lee kuan yew) dgn 'taktik yahudi' berbaik2 utk kepentingan 'ultra kiasu' mereka..
    • PAS tewas, sayang (sebahagian) golongan ulama' & para ustaz gagal menyatukan Muslim semalaysia, mereka bahkan menghina kerajaan.. (sepatutnya para ulama' sedara komplot ni).
    PAS patut BERSATU dgn UMNO dan jd penasihat agama serta bangkitkan ISLAM BERSAMA - SILATURRAHIM..!!
    • PKR ni musuh dlm selimut.. hanya alat utk DAP sebab tu dia letak Anwar supaya boleh balance Islam (sokongan Melayu) & Sekular (hak mereka nanti bila mereka berkuasa). Anwar penyokong kuat 'LGBT'

    wallahualam

    ReplyDelete

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily