Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Saturday, January 17, 2009

Takbir PAS/Pakatan rakyat menang majoriti 2,631 undi

Oleh SP

Keputusan terakhir PAS 32,883 undi manakala BN 30,252 undi dan Bebas 193 undi serta hilang wang pertaruhan (tak boleh bantu fakir miskinlah...)

keluar mengundi ialah 79.73 peratus iaitu 63,967 daripada 80,229 pengundi yang berdaftar.

Pilihan ke-12 sebelum ini Haji Razali memperoleh 32,562 undi, manakala Haji Mohamad Sabu 31,934 undi dan Maimun 685 undi.

* Berkat Istikarah Tuan Guru, keputusan ulama, Solat Hajat kaum muslimin, doa mereka yang dizalimi usaha gigih Pakatan Rakyat pelbagai kaum adalah intisari kemenangan.

Esok saya berpuasa menyatakan kesyukuran kepada Ilahi...
Rehat dulu...

37 comments:

  1. TAKBIRRRR... MARILAH KITE SAME2 BUAT SUJUD SYUKUR BERAMAI-RAMAI. SEMOGA KEMENANGAN INI DIBERKATI. AMIN...

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah... Mudah-mudahan kemenangan ini diberkati Allah S.W.T dan kita sama2 berdoa agar Yang Esa memberi balasan kpd mereka2 yg ingkar drpd suruhanNya. Takbir!!

    P/S: umno jatuh terkelepet kali ke 3..

    ReplyDelete
  3. Finally!Terbukti Rakyat Malaysia dan Kaum Melayu Am nya,sudah semakin cerdik,cuma Munawir dan yg seangkatan dgn nya yg masih tidak cerdik²,selamat bermimpi dan terus bermimpi la Pakcik Munawir.Moga Tuhan mengampuni dosa mu.
    Kepada pembaca pro PAS semua,sila lawati blog Munawir ni,baca apa dia tulis,kalau perlu "flag",flag kan aje blog dia ni..

    http://airasiana.blogspot.com/2009/01/hudud-ps.html

    ReplyDelete
  4. uala Terengganu 17 Jan — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu hari ini yang disifatkannya sebagai mencerminkan amalan demokrasi yang masih segar di negara ini.
    Timbalan Perdana Menteri berkata, kemenangan calon Parti PAS, Wahid Endut pada pilihan raya itu membuktikan tiada manipulasi daripada segi perjalanan demokrasi di negara ini.
    “Tak tempang dari segi amalan demokrasi di negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil itu di sini hari ini.
    ADUN wakaf mempelam itu menang dengan majoriti 2631 undi pada pilihan raya kecil itu.
    Wahid memperoleh 32,883 undi, sementara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Faridh mendapat 30,252 undi dan calon Bebas 192 undi.
    Sambil mengucapkan tahniah kepada Wahid, Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata BN menghormati keputusan rakyat memilih Wahid sebagai anggota Parlimen kawasan itu.
    “Seperti mana yang kita telah nyatakan dari awal lagi, bahawa kita akan hadapi laluan sukar dalam pertandingan ini,” katanya.
    Mengambilkira undi BN yang semakin menurun, Najib berkata BN akan mengkaji kelemahan perikatan itu dan memperbaikinya.
    “Kita bersedia buat perubahan yang perlu supaya dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN,” katanya sambil menambah, walaupun PAS menang kerusi Parlimen itu, namun kedudukan anggota Parlimen pembangkang tidak akan bertambah kuat. Kerajaan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan tidak akan tergugugat. Kami akan terus bekerja untuk rakyat!

    ReplyDelete
  5. Apabila ALLAH mengkehendaki sesuatu itu terjadi ia pasti akan terjadi...

    ALLAHUAKBAR...

    ReplyDelete
  6. Tahniah kepada pengundi2 KT, semoga Allah swt memberi hidayah untuk kita terus istiqamah hingga PRU akan datang, dan akan datang dan akan datang - gelombang rakyat, insyaallah, takbir

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah......TakbirX3
    Kemenangan yg memang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.
    Nampaknya TV3/4 dah tak siar liputan pilihanraya KT nie!

    ReplyDelete
  8. Bijak culaan PAS, beberapa hari sebelum ngundi lagi dah ramal akan menang majoriti lebih 2000. Hahahaha... org tgnu dah semakin cerdik, duit yg ditabur semua balun tapi tetap undi PAS.

    ReplyDelete
  9. "Kuala Terengganu 17 Jan — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu hari ini yang disifatkannya sebagai mencerminkan amalan demokrasi yang masih segar di negara ini."

    Demokrasi yang segar ke...

    Strategi yang tak menjadi, sebab hantu - hantu tak dapat keluar mengundi.

    Aku rasa kita patut pahatkan dalam sejarah kerana baru hari aku dengar dalam seumur hidup aku pegawai polis (guna kuasa) hantar pengundi ke tempat mengundi. Siapa ek yang penting sangat tu sampai pegawai polis tu kena iring dia ke tempat mengundi.

    Selain dariitu,Fru siap tunggu kat tempat pembuangan undi.

    Ini ke yang diaktakan demokrasi. Kalau ikut apa yang aku belajar demokrasi hanya akan berlaku apabila rakyat bebas untuk membuat pilihan.

    Tapi kalau dah sampai letak trak fru depan pusat mengundi apa ke jadahnya.Itu strategi untuk menakutkan pengundi.

    Camna pun, ALLAH telah membuktikan bahawa dengan perancangan yang rapi kebenaran pasti akan menjelma jua.

    Takbir....

    ReplyDelete
  10. Munawir Bin Haji Hassan said...

    10 ribu banyak lagi!!Harap bersabar. Selalunya saat akhir memihak pada BN.
    January 17, 2009 9:09 PM
    iskh..iskh..munawir, munawir kau tak tahu malu malu ke...maseh nak mencacai lagi,..PAS dah menang ,Alhamdulillah syukur..isnin nak puasa sunat ...

    ReplyDelete
  11. Salam,
    Tolong mana-mana tok guru bagi fatwa sikit statement BN yang sering mengatakan "bila PAS menang, amalan demokrasi masih sihat di negara ini". "Bila BN menang, BN betul, bekerja untuk rakyat". Pengikut BN terutama UMNO masih tak nampak ni...
    BN tak perlu analisa lagi kerana kali ke-3 pun masih tersungkur. Sebenarnya rakyat kini tidak lagi boleh dicucuk hidung macam lembu, rakyat adlah manusia yang berakal dan berfikir berlandaskan panduan Allah.
    Amal tanpa ilmu bahaya, nanti sesat susah

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah ! Walaupun serangan virus memecah TKO hingga artikel saya tidak keluar tetapi kemenangan akhirnya milik PR !

    Pengundi Kuala Terengganu nampaknya sudah berani berubah dan setelah 2 kali kecundang BN pastinya tidak senang duduk.

    Untuk PRK akan datang kita bagi betul-betul biar PR menang bergaya secara hatrik. Harapan PR untuk memerintah sekarang bukan lagi omong-omongan dan mimpi di siang hari.

    Insya-Allah, lebih banyak tawaran-tawaran istimewa akan diberi oleh BN ! Tunggu dan lihat !

    ps : Kesian juga kerana BN dah banyak berhabis untuk PRK P36 ini.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. MAHA SUCI ALLAH...SEGALA PUJI BAGI ALLAH...ALLAH MAHA BESAR...MARILAH KITA SAMA2 MEMANJATKAN SYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA MENGURNIAKAN KEMENANGAN YANG AMAT KITA HARAPKAN INI,ALLAHUAKBAR!!! HIDUP PAS!!!HIDUP HAMAS!!!HIDUP MALAYSIA...HIDUP PALESTIN...ISLAM PASTI MENANG!!!

    ReplyDelete
  15. hidup pas!!!! biar selama-lamanya...

    ReplyDelete
  16. UMNO dan NAJIB perlu pilih batu NISAN mereka mulai sekarang.
    UMNO sudah tidak releven dengan sikap angkuh NAJIB bakal PERDANA menteri banyangan BN dan UMNO.

    Konon nya NAJIB lah bakal PM tapi adakah NAJIB akan terus di hormati?

    Pengarah pilihanraya UMNO/BN itu sudah luntur pengaruhnya dan geliga nya. jika pilihanraya ini Najib sudah kalah macam mana nk fikir kan srategi Negara jika bergelar PM kelak?

    ReplyDelete
  17. Dengan kemenangan ini, sekali lagi rakyat menunjukkan isyarat bahawa UMNO sudah tidak relevan lagi. Sepanjang 10 hari ( tidak rasmi ia lebih lama daripada itu ) UMNO cuba memberitahu rakyat bahawa PAS tidak relevan, tidak mampu memberi kekayaan kepada rakyat, Pakatan Rakyat adalah mimpi Anuar Ibrahim terpaksa akur dan menelan segala pahit dan maungnya pilihan rakyat ini. Sogokan kebendaan dan kekayaan (pembangunan) kepada semua lapisan masyarakat di Terengganu nampaknya tidak berhasil, malah menambah malu dan aibnya UMNO serta gerombolannya.
    Baca seterusnya di ataspagar.com

    ReplyDelete
  18. Lain kali jangan terlalu takbur.. Ingat ALLAH Maha Berkuasa. Walau macam mana pun perancangan kita, tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Ingat kisah tentera Jalut dan Thalut. Dimana tentera yang berjumlah 70 orang berjaya mengalahkan ketumbukan tentera berjumlah 70,000 orang.

    Jangan ingat kita berkuasa, kita boleh melakukan apa yang kita suka. Kepada sesapa yang tak sedar-sedar lagi tu.. bangunlah dari fantasi korang. Sesungguhnya BN sudah tidak relevan lagi di Malaysia ini....

    Tahniah MP baru Kuala Terengganu....ALLAHUAKBAR

    ReplyDelete
  19. Siapalah kita ini sebagai hamba Allah yang menadah tangan memohon bantuanNYA bagi menzahirkan kemenangan ini. Sesungguhnya kepadaMU Ya Allah kami akan dikembalikan. Shukur Ya Allah di atas anugerah ini.

    ReplyDelete
  20. BN salahguna kuasa, sepanjang tempoh berkempen, keluarkan surat pada kakitangan kerajaan dan guru2 untuk hadir kursus yang ntah aper-aper tetapi diugut supaya sokong kerajaan. nah.. terimalah kekalahan kerana salah guna kuasa, padan muka. Allah lebih berkuasa dari kamu.

    ReplyDelete
  21. takbirrrrrrrrrrrrrrrrrr.......

    ReplyDelete
  22. Tahniah kepada YB MAWE(mengambil sebutan KM Pulau Pinang). Suara rakyat menentukan segalanya. Tahniah kepada pengundi-pengundi KT yang berani mengekalkan jumlah undi dan menambah jumlah undi drp PRU 12 untuk calon PAS.

    Hakikatnya, ini adalah kemenangan untuk penduduk KT secara keseluruhannya. Kita semua wajar bersetuju, yang menang tidak menjadi abu dan yang kalah bukan menjadi arang. Sama ada abu atau arang, rakyat daripada semua lapisan memerlukan YB dan parti politik yang benar-benar berjuang untuk kepentingan rakyat tanpa ras, bangsa, agama, kepercayaan dan budaya.

    Masyarakat Malaysia perlu mewarnai politik secara lebih matang, demokrasi dan bebas menentukan nasib mereka tanpa ugutan dan paksaan bahkan rasuah. Suasana politik akan datang dan seterusnya semestinya berdasarkan kepada keupayaan, kebolehan dan kemampuan individu dan badan politik tertentu.

    Perdebatan terbuka dan berani berdepan dengan rakyat mengutarakan pandangan dan apa yang hendak diperjuangkan itu lebih praktikal daripada menghentam mana-mana pihak lawan atau mendabik dada lebih baik dengan perantaraan di sebalik media elektronik dan massa. Semua parti politik termasuk UMNO wajar belajar untuk memahami politik dan aspirasi rakyat sekarang.

    Pada saya, pemimpin UMNO masih berfikiran mendatar dan menganggap rakyat masih boleh dicucuk hidung dan ‘bodoh’.

    Walau bagaimanapun, saya mengharapkan para pengundi yang mengundi sesuatu parti politik mestilah berdasarkan maklumat-maklumat yang jelas, tepat dan bertanggungjawab agar benar-benar puas dan lega.

    Tahniah kepada pimpinan Tok Guru. Mudah-mudahan Tok Guru YB Presiden PAS dan Tok Guru YAB MB Kelantan teguh dengan medan jihad dan dakwah ini. Sahabat-sahabat dalam Islam dan semua teman yang 'non muslim' memerlukan pemimpin yang lebih bertanggungjawab untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara Malaysia.

    Terima kasih kepada semua pengundi yang telah keluar mengundi. Mereka yang tidak keluar mengundi tidak menghargai nilai demokrasi untuk memilih kepimpinan negara. Anda semua mempunyai hak, tetapi anda telah mengabaikan tanggungjawab anda. Adakah cara lain untuk memilih pemimpin yang lebih bertanggungjawab?

    Politik tidak kotor. Politik tetap bersih jika semua menghargai proses demokrasi berjalan mengikut undang-undang dan peraturan.

    Zali

    ReplyDelete
  23. Tahniah PAS. BN kalah kerana perlantikan menteri besar dibuat bukan kehendak rakyat. Padan muka Menteri Besar. Sultan yang melantik MB pun turut senyum lebar.

    Jayabdih

    ReplyDelete
  24. payohnya nak jupe web ni....lepas PRK baru jumpa

    ReplyDelete
  25. Selepas ini kita ke Pensiangan Sabah, Kita menangkan Calon Pakatan Rakyat... Ayuh Penyokong PR bekerja keras...

    ReplyDelete
  26. alhamdulillah.....satu demi satu ketumbukan BN jatuh...

    ReplyDelete
  27. Kemenanangan PAS yang sedikit ini hanya akan menguatkan kedudukan PAS sebagai parti PAK TURUT dalam PR. Karpal Singh akan terus memberi kata dua dan akan keluar dari PAKATAN RAPUH sekiranya PAS masih dengan prinsip perjauangan yang berdolak-dalih.

    ReplyDelete
  28. Elok la tu Pak Munawir oiii.... tak habis2 dengan mencacai... Dapat projek agaknya mamat ni.....

    ReplyDelete
  29. "Kita pernah kalah dulu (Permatang Pauh) tetapi kita akan sifatkan ini sebagai satu pengajaran yang harus kita timba hikmah dari kekalahan ini (di Kuala Terengganu) untuk kita mengorak langkah ke hadapan dengan lebih positif lagi," katanya.

    "Ia satu tamparan kecil, tetapi hakikatnya ialah BN masih berkuasa di Terengganu,BN masih lagi memerintah Kerajaan Malaysia. Majority Rakyat Malaysia mahukan kita terus berkhidmat untuk mereka dan kami akan terus berkhidmat seperti biasa."

    ReplyDelete
  30. Ahli-ahli Pas amat memahami bahawa antara parti itu dengan DAP ia ibarat minyak dan air yang sama sekali tidak boleh bercampur.

    Apatah lagi sejak dulu lagi, pemimpin- pemimpin kanan Pas sentiasa menolak sebarang kerjasama dengan DAP.

    Malahan pada sidang akhbar sebelum pilihan raya umum lalu, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan tegas menyatakan ‘‘Pas dan DAP tidak akan mempunyai kerjasama sampai bila-bila.’’

    Tetapi kini keputusan pilihan raya umum seolah-olah mengubah pendirian Pas, bagaimana mungkin Pas boleh duduk semeja di Perak dan Selangor semata-mata kerana sebuah kekuasaan?

    ‘‘Ini yang kami keliru, pemimpin Pas sepatutnya mengisytiharkan bahawa mereka menyokong pakatan pembangkang tetapi tidak akan bekerjasama dengan negeri yang diperintah oleh DAP,’’ kata seorang lagi pemimpin parti itu di sebuah negeri di utara.

    Hakikatnya, DAP awal-awal lagi sudah menunjukkan tidak ikhlas mereka untuk berkawan dengan Pas apabila meminta wakil rakyatnya di Perak tidak menghadiri majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar.

    Walaupun arahan itu kemudiannya ditarik balik, tetapi isyarat yang diberikan oleh DAP adalah jelas bahawa mereka tidak ikhlas untuk terus bersama Pas dalam pakatan pembangkang.

    Bagi DAP, dalam soal kerjasama dengan pembangkang, Pas hanya layak menjadi pak turut dan bukannya menerajui pakatan itu.

    Oleh itu, mereka sudah tentulah tidak akan bersetuju kalau Pas memegang jawatan utama di negeri yang ditawan oleh pembangkang.

    Di Perak contohnya, adalah jelas DAP memperalatkan Pas demi mempertahankan kemenangan pembangkang.

    Walaupun hakikatnya tidak bersetuju dengan keputusan jawatan Menteri Besar disandang oleh Pas namun DAP tiada pilihan.

    Pada hari ini, sebaik sahaja PAS menang di KT, Hj Hadi dengan sepantas kilat mengatakan kemenangan ini adalah petunjuk yang perkahwinan partinya dengan DAP tidak menimbulkan masalah kepada beliau. Jalan Ke Putrajaya baginya semakin hampir dan hudud akan dilaksanakan tanpa apa-apa halangan walaupun Karpal Singh sudah berkali-kali mencelah. Adakah PAS akan menjadi parti dominan dalam PR selepas ini atau terus menjadi Pak turut dan Boneka semata-mata ??Sama-sama kita lihat siapa yang kena.

    ReplyDelete
  31. teringat kata kata Tuan Guru Nik Aziz...."pada pilihanraya KT nie....TAKDA SEBAB NAK PILIH UMNO"
    mana yang faham..baguslah...tp ramai lagi yang tak reti2 lagi...Takbir,Takbir,Takbir...Bulan Mengambang Penuh Di Kuala...

    ReplyDelete
  32. binawer ni otak udang ke otak kerang...ish ish ish buat malu org melayu jer, patutla 50 thn asyik kena tipu ngan natang umno jer.!

    ReplyDelete
  33. Dahlah, yang dah kalah tu, sudahlah jangan dok kata alasan itulah, alasan inilah. Yang menang teruskan perjuangan. Jangan kutuk, maki kawan kite yang sorang tu, dah memang uri umno tertanam kat johor, liat sikit nak terima gelombang perubahan. Walau makin ramai rakan2 songkok tinggi dah pakai kopiah putih. Biarkan lunchai terjun dengan labu2nya. Berdoalah semoga beliau peroleh hidayah.

    ReplyDelete
  34. Umno Laknatullah kalah gara2 ketandusan pemimpin,..bygkan TPM or bakal PM ada unsur2 pembunuh yg dikaitkan ngan mendiang Altantuya

    ReplyDelete
  35. alhamdulillah.
    kebenaran telah dapat menewaskan kebatilan dengan izin ALLAH.

    insyallah kemenangan untuk PR akan berterusan.

    ReplyDelete

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily