Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Saturday, January 17, 2009

Kuala Terengganu perlihatkan kekalutan kompenan BN

Oleh Intan Abdullah

PILIHAN RAYA kecil bukanlah pertandingan antara calon tetapi ianya menguji kekuatan antara parti yang diwakili calon berkenaan.

Ianya merupakan medan bagi menguji parti-parti yang bertanding dalam menghadapi isu-isu semasa dalam senario politik negara yang sentiasa bergolak mutakhir ini, pasca pilihan raya umum ke-12.

Faktor calon merupakan faktor sampingan dalam sesuatu pilihan raya, dan dalam konteks pilihanraya kecil di Kuala Terengganu, faktor peribadi calon iaitu antara Wan Ahmad Farid Wan Salleh daripada BN dan Mohd Abdul Wahid Endut yang mewakili PAS, sebaliknya lebih menarik perhatian.

Kedua-duanya mempunyai kekuatan masing-masing, namun secara realitinya hakikat yang terpaksa diakui banyak pihak bahawa calon yang ditampilkan PAS jauh lebih menyerlah.

Namun, ia bukanlah bertumpu kepada isu pemilihan calon tetapi pilihan yang dibuat itu merupakan satu keputusan bagi menjayakan matlamat pembentukan Dual Party System.

Menjelang Mac 2009, adalah suatu jangka masa yang khusus dan penting dalam merencanakan suasana politik negara.

Dan segala agenda dan perkara yang berlaku dalam perjalanan menuju kepada tempoh tersebut dianggap penting.

Oleh itu, faktor calon adalah terlalu minima berbanding dengan pertarungan untuk merebut pengaruh di antara BN dan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat berada di pihak anonymous yakni dalam rangka perancangan menuju ke Putrajaya.

Melihat kepada kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat biar pun tidak bertanding seperti KeADILan dan DAP, namun mereka tetap berhempas pulas.

Mereka bekerja bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya kecil ini bagi menambahkan lagi keyakinan terhadap harapan rakyat untuk melihat lahirnya pemerintahan baru.

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu merupakan medan ujian sebenar bagi ahli-ahli, penggerak dan pimpinan PAS dalam merealisasikan usul muktamar yang diadakan Ogos lalu.

Kesungguhan jentera Pakatan Rakyat

Kesungguhan yang ditunjukkan DAP dan KeADILan sangat memberi kesan apabila ianya jelas dapat dilihat menerusi komitmen pemimpin mereka yang menjalankan kempen.

Ini merupakan satu lonjakkan besar dalam senario perkembangan politik negara yang tidak berlaku sebelum ini.

Walau apa pun keputusan pilihan raya kecil ini, kesan kerjasama ini menjadi bukti Pakatan Rakyat boleh melangkah dengan gagah dan bukan lagi pakatan yang rapuh.

Sebaliknya BN kelihatan begitu celaru dengan masalah dalaman yang belum selesai, sepertimana yang ditunjukkan oleh pemimpin MCA dalam satu majlis baru-baru ini.

Kita boleh lihat dengan jelas kedudukan antara pemimpin-pemimpin kanan MCA yang terlalu jauh manakala Chua Soi Lek tidak kelihatan pada pilihan raya kecil ini.

Ia membuatkan ada yang beranggapan seolah-olah Chua dinasihati agar menghilangkan diri daripada kempen kali ini.

Hal tersebut nyata menyinggung masyarakat teochew yang merupakan kumpulan Chua Soi Lek, dengan sikap yang ditunjukkan kepada Chua.

Hubungan antara parti dalam BN iaitu antara MCA, MIC dan Gerakan kelihatan dalam suasana yang tidak selesa.

Punca kepada kekeruhan antara Umno-MCA adalah apabila terdapat pihak yang menyebarkan petikan ucapan ahli parlimen Umno dalam perbahasan dewan rakyat yang membuli pemimpin MCA dan Gerakan.

Sebagai contoh, ahli parlimen Sri Gading mengacau Timbalan Menteri Penerangan ketika memberi penjelasan mengenai isu siaran berita cina di televisyen.

Ia adalah kegelisahan BN kerana mereka memikirkan pertolongan mereka dalam kempen ini seolah-olah mereka berkempen bagi memberi kemenangan kepada Umno dan bukan BN.

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu bukan pertarungan antara orang-orang Terengganu kerana ia adalah merupakan lambang kepada senario semasa di seluruh negara.

Jika BN tumbang di Kuala Terengganu, ia akan menjadi petunjuk kepada Pakatan Rakyat dalam usaha menuju ke Putrajaya.

Oleh yang demikian, pilihan raya ini bukanlah isu calon BN dan PAS, tetapi ia merupakan isu penentuan perjalanan politik arus perdana untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13. - mj _

3 comments:

  1. PAS semakin kalut apabila Karpal singh memberi kata dua kepada PAS ketika mereka hangat berkempen di Kuala Terengganu.

    ReplyDelete
  2. tak ada apa yang PAS kalutkan .. yang kalut UMNO ada la ..kenyataan karpal dah diulang entah berapa puluh kali .. hari ni tan seng giaw yg balas kata cina terima hudud .. kemudian timbul balik isu kg baru ... kalau umno pegang kuasa pun, bukan boleh halau pun.. tengok aja la setinggan kat KL ni..setinggan melayu habis dah diroboh, setinggan cina jentik pun tidak .. buta perut sangat la kalau tak nampak setinggan cina sebelah highway dekat susur nirwana-seri petaling ..

    ReplyDelete
  3. aku baru perasan tranungkite jadi blog hari ni.. cuma nak tanya, mcm mana nak tukar blogspot.com tu terus ke .net ? nmpk best lak guna alamat pendek mcm tu ...tak yah tulis pepanjang

    ReplyDelete

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily