Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Sunday, May 19, 2013

Zahid Sindir Hishamudin??


Beberapa blog UMNO menulis tentang tindakan Zahid Hamidi dilihat sebagai sindiran tajam kepada Dato' Hishamuddin Hussein kerana dilihat sebelum ini sangat 'lembik' dalam membuat tindakan kepada kebangkitan rakyat.

Kerajaan tidak akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang mahu mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertindak secara tegas. kata Zahid.

Calon UMNO Dun Selising Meninggal Dunia - Al Fatihah

Ketua Pemuda Umno Bahagian Bagan Serai, Sharudin Ahmad (Juga calon Dun Selising) yang koma sejak dua hari lalu meninggal dunia di Hospital Taiping akibat jangkitan kuman pada jam 8.40 malam Sabtu.

Doktor mengesahkan beliau mengalami jangkitan kuman dan keadaannya semakin kritikal apabila kuman merebak ke jantung dan buah pinggang. Sharudin pertama kali bertanding di DUN Selinsing tewas kepada penyandang Husin Din (PAS) dengan majoriti 809 undi.

Khairy Jamaluddin mulai dikritik oleh blogger UMNO pasal Kementerian BN

Beberapa penulis blog UMNO marah betul dengan kenyaatan Khairy Jamaluddin (KJ) pasal KEMENTERIAN BN. Antaranya menyebut:-

Tak perlu bersandiwara..semua tahu..Kementerian Belia untuk bangunkan Belia..bangun dan majukan sukan melalui Sukan Teras sebagai sukan yang d utamakan.

Apa yang KJ nak jelaskan d atas sana..kenyataan beliau seolah-olah selama ini Kementerian Belia atau apa saja Kementerian yang ada semuanya 100% staff atau pekerjanya sokong dan dokong BN ? Kerajaan yang selama ini memberi segalanya kepada kakitangannya ?


Lagi Pasal Sikap Keterbukaan Mukhriz MB Kedah Baru!!!


Tak sampai 100 hari kerajaan baru Kedah tak benarkan stadium dan padang Sultan Abdul Halim digunakan untuk perhimpunan 'Blackout 505'. Kalau guna tempat awam, kata PR tak minta stadium. Ini semua kerja nak menyusahkan sahaja.

Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar hari ini merayu supaya Mukhriz membenarkan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan berkenaan di Stadium Sultan Abdul Halim.

Mukhriz Nak Tutup Semua Pusat Hiburan Di Kedah Dalam Masa 100 Hari??

Kerajaan Negeri Kedah telah mengagihkan tugas melaksanakan Aku Janji Barisan Nasional (BN) Kedah kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik semalam, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata, sebagai contoh isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) telah diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Datuk Tajul Urus Mat Zain untuk menyelesaikannya.

Mukhriz berkata, kesemua anggota Exco perlu menyediakan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap tahun bagi memudahkannya menyelaraskan hasil kerja yang dibuat sekali gus dapat menunaikan Aku Janji BN Kedah.

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily