Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Saturday, January 24, 2009

Bila Allah menjadi tuhan universal?

Sensetif menulis tajuk sebegini, tetapi sekarang ini usaha-usaha menjadikan Allah bukan lagi Yang Haq makin menular. Kelemahan kepimpinan negara dalam soal menjaga agama telah diambil kesempatan oleh meraka yang cuba mengambil hak mullak ini.

Sensetif umat Islam telah diketepikan dengan sewenang-wenangnya dan jika tidak ada ketegasan akan menjadi suatu yang malang tak perlu ditangisi lagi di masa-masa mendatang.

Berita mengenai penggunaan Allah oleh akhbar Herald perlu diambil perhatian serius. Akhbar ini pernah membuat komen terhadap TKO dalam isu Islam.

Bernard Dompok rayu Herald dibenar guna Allah


PENAMPANG 23 Jan. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok merayu Kementerian Dalam Negeri membenarkan Herald Catholic menggunakan tulisan Allah dalam edisi terbitan bahasa Malaysia sehingga mahkamah membuat keputusan.

Katanya, perkara itu telah dibawa ke mahkamah dan semua pihak harus membiarkan sistem keadilan negara menentukan sama ada Herald Catholic harus berhenti menggunakan perkataan Allah atau sebaliknya.

Beliau menjelaskan, Herald hanya merupakan organisasi kecil dengan kira-kira 14,000 pembaca di negara yang mempunyai kira-kira dua juta penganut Kristian.

"Apa yang saya faham daripada peguam, Herald harus dibenar diterbitkan seperti yang diterbitkan sebelum ini sehinggalah mendapat keputusan mahkamah.

"Adalah tidak wajar bagi Kementerian Dalam Negeri mendahului apa sahaja kemungkinan keputusan mahkamah. Herald harus dibenar diterbitkan dalam format asal, menggunakan apa sahaja bahasa yang telah digunakannya sehinggalah mahkamah membuat keputusan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan saguhati kepada pelajar cemerlang di Sekolah Kebangsaan St. Theresa di sini hari ini.

Menurutnya, tindakan Kementerian Dalam Negeri melarang Herald menggunakan perkataan Allah, adalah terlalu tergesa-gesa.

Katanya, penggunaan perkataan Allah diterima secara meluas sebagai merujuk kepada tuhan dalam bahasa Malaysia, bahasa Indonesia serta di dunia Arab.



Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin....

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin antara yang menjadi sasaran penulis siber kerana ketidakpuas hati terhadap beliau yang tidak menjiwai hasrat dan cita-cita Pakatan Rakyat.

Blog khas mengkritik secara berkala telah diwujudkan. Kepimpinan KeAdilan perlu peka dan mengambil tindakan segera agar perkara ini tidak berlanjutan. Soal betul atau tidak adalah perkara kedua, setiap luahan para blogger perlu diambil perhatian yang serius kerana kita perlu komitmen mereka.

Malaysiakini.com ada memberitakan perkara ini dan saya merasai ada kaitan rapat dengan apa yang ditulis oleh penulis-penulis internet.

PKR P Pinang gugur Mohd Fairus dari jawatan timbalan pengerusi
Jimadie Shah Othman Jan 23, 09 11:06am


PKR Pulau Pinang membuat rombakan drastik dalam jawatankuasa perhubungan negerinya dengan menggugurkan dua daripada tiga timbalan pengerusinya, termasuk Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin.

Seorang lagi timbalan pengerusi PKR negeri yang digugurkan ialah exco kerajaan negeri, Law Choo Kiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BukitTambun.

Tempat Mohd Fairus digantikan oleh Dr Mansor Othman manakala Law digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Tan Hock Leong.

Bagaimanapun Mohd Fairus dilantik sebagai ahli jawatankuasa jemputan.

Manakala Datuk Zahrain Mohamed Hashim kekal sebagai pengerusi PKR negeri dan Adun Batu Uban, S Raveentharan kekal sebagai timbalan pengerusi negeri.

Jawatan ketua Pemuda PKR negeri yang kosong sebelum ini diisi ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.

Mustafa Kamal kekal

Mustafa Kamal Mohd Yusoff mengekalkan jawatan setiausaha perhubungan negeri, manakala Mohamed Fauzi Noordin kekal sebagai penolong setiausaha.

Dua lagi penolong setiausaha merupakan muka baru iaitu, Lim Boo Chang dan M Nyanasegaran.

Mustafa Kamal menggantikan exco kerajaan negeri, Abdul Malik Kassim dalam satu rombakan yang dibuat selepas pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos tahun lalu.

Manakala Diong Chong Mee dilantik sebagai timbalan ketua Wanita negeri.

Ketika dihubungi hari ini, Zahrain berkata, mesyuarat perhubungan negeri memutuskan bahawa semua exco kerajaan negeri dari PKR, tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti di peringkat negeri.

Katanya, ia melibatkan jawatan pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha dan ketua penerangan.

Mantap prestasi

Menurutnya, rombakan itu bertujuan untuk memantap prestasi jawatankuasa perhubungan negeri.

"Ia dilakukan supaya exco dapat memberi fokus kepada urusan kerajaan negeri," tambahnya.

Bagaimanapun, perubahan drastik mencetuskan andaian bahawa ia ada kaitan dengan prestasi Mohd Fairus yang dikritik oleh banyak pihak, termasuk mendapat teguran ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas mengenainya, Zahrain berkata ia tiada kaitan dengan isu tersebut, sambil menyifatkannya sebagai satu spekulasi semata-mata.

"Saya tidak ada menerima aduan rasmi berhubung perkara itu," katanya.

Beliau mengakui ia adalah keputusannya tetapi telah dipersetujui oleh semua pihak, termasuk Anwar sendiri.

Tidak puas hati

Sementara itu, Bernama memetik Zahrain melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan kerajaan negeri yang tidak berbincang dengan PKR terutamanya mengenai pelantikan penjawat sesuatu jawatan, umpamanya, langkah Ketua Menteri Lim Guan Eng melantik bekas
pemimpin Gerakan Datuk Lee Kah Choon sebagai Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif embaga investPenang, iaitu badan pelaburan kerajaan negeri.

"Kita hanya dimaklumkan oleh Ketua Menteri mengenai perkara itu tetapi tidak dibawa berbincang. Jadi, kita mahu supaya beliau ambil kira kedudukan wakil ari PKR," katanya.

Pada mesyuarat malam tadi, PKR bersetuju supaya jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan juga Majlis Perbandaran Seberang Perai, ahli majlis serta pegawai daerah disandang oleh orang politik.

Zahrain berkata PKR merancang mengadakan majlis makan malam secara besar-besaran pada Mac ini untuk mencari dana parti dan juga akan menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina di Dewan St Anne di sini pada 1 Februari ini.




Menutup Bangkai Gajah...

Rumah mayat terpaksa diserbu, gambar diambil dan disebarkan di internet. Laman Malaysia Today dan TKO menyiarkannya. Selepas itu berita mengenai isu A. Kugen saspek curi kereta mewah menjadi tumpuan rakyat.

Setiap kes mesti didedahkan secara terinci di internet barulah kerajaan akan bertindak secara adil dan saksama. Itu budaya kerajaan kita. Selagi boleh tutup, tetap mereka akan menutupnya, bagaikan menutup bangkai gajah...

Kematian Kugen diklasifikasi kes bunuh - Peguam Negara

PUTRAJAYA 23 Jan. - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengklasifikasikan kematian A. Kugen, 22, yang sebelum ini disahkan mati semasa dalam tahanan polis Selasa lalu akibat jangkitan paru-paru berair sebagai kes bunuh.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Abdul Gani menerusi panggilan telefon pagi ini.

Sehubungan itu, menurut Murugiah, polis telah menjalankan siasatan rapi dan mereka yang disyaki melakukan jenayah itu dijangka didakwa di mahkamah minggu depan.

"Peguam Negara telah memaklumkan bahawa kejadian yang menimpa Kugen diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

"Proses siasatan sedang berjalan lancar dan kemungkinan besar orang yang terlibat dalam kes itu didakwa di mahkamah minggu depan," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memaklumkan bahawa laporan bedah siasat oleh hospital terhadap Kugen menunjukkan dia meninggal dunia disebabkan jangkitan paru-paru berair.

Sehubungan itu, polis menolak dakwaan pihak tertentu sebelum ini yang mengatakan kematian mangsa adalah akibat didera semasa dalam tahanan reman.

Kugen yang merupakan suspek kumpulan samun dan curi kereta mewah direman sejak 15 Januari lalu bagi membantu siasatan.

Dia bagaimanapun disahkan mati empat hari kemudian selepas muntah-muntah pada pukul 11.30 pagi di Hospital Serdang.

Ditanya sama ada suspek yang bakal didakwa membabitkan anggota polis, Murugiah menjelaskan, beliau sendiri tidak pasti dan menyerahkannya kepada polis untuk menyiasat.

Beliau menambah, dua orang doktor yang melakukan bedah siasat ke atas mayat Kugen juga akan dipanggil polis untuk memberikan keterangan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan keluarga mangsa supaya bersabar dan menunggu hasil siasatan polis.


Kes Sumbang Mahram

Seorang sahabat yang terlibat dengan Unit Disiplin & Kauseling di Sekolah-sekolah Pantai Timur telah mendedahkan satu angka yang cukup menakutkan. Kes disekolah-sekolah biasanya di"kapetkan" atas arahan orang 'atasan' di sekolah atau Jabatan Pelajaran dengan alasan tidak mengaibkan.

Statistik menunjukkan hampir setiap minggu mesti ada satu kes baru. Mangandung dan melahirkan anak hasil perbuatan daripada keluarga rapat yang sebahagiannya adalah diharamkan berkahwin (mahram).

Saya tak ada statistik tepat untuk dipapar di sini, kerana maklumat ini secara spontan. Walaupun apa pun saya rasa petikan ini boleh membawa maksud yang diungkap oleh sahabat saya....

Tertuduh sumbang mahram buka langkah seribu sejurus dihukum penjara 23 tahun, 30 sebatan.
23/01/2009 6:13pm

SHAH ALAM 23 Jan. - `Terperanjat` mendengar hukuman penjara 23 tahun dan 30 kali sebatan yang dijatuhkan sebagai balasan merogol anak kandung, seorang bapa hari ini melompat keluar dari Mahkamah Sesyen di sini dengan harapan dapat meloloskan diri.

Tindakan spontan bapa berusia 39 tahun melompat keluar sejurus hukuman dijatuhkan Hakim Hasbi Hasan. Tindakan tertuduh menimbulkan suasana panik di dalam mahkamah.

Pada mulanya, lelaki yang bertubuh kecil telah melompat kandang tertuduh sebelum melanggar pintu keluar di bahagian tepi mahkamah. Tanpa memandang kiri dan kanan, dia melompat pula palang besi ke bawah tebing setinggi dua setengah meter kira-kira jam 4.30 petang.

Tidak patah semangat, dia sekali melompat turun ke kawasan tapak pembinaan yang dipenuhi dengan besi cerucuk tanpa menghiraukan keselamatannya.

Namun tindakan pantas dua anggota polis yang mengejar sambil menjerit tangkap! tangkap! beberapa kali ke arah beberapa pekerja di kawasan projek pembinaan bangunan tambahan mahkamah itu, telah membantutkan hasrat tertuduh.

Dalam kejadian, tertuduh berjaya ditangkap dengan bantuan pekerja pembinaan yang terus mengikat tangannya dengan tali.

Terdahulunya, selepas mendengar rayuan lelaki yang mempunyai dua rekod jenayah lampau, Hasbi menjatuhkan hukuman penjara 23 tahun, 30 sebatan bagi ketiga-tiga pertuduhan.

Dia mengaku melakukan perbuatan sumbang mahram ke atas mangsa yang berusia 13 tahun enam bulan pada pukul 12 tengah hari , 2 Mac 2008 di rumah mereka di Gombak. Ketika itu, isterinya tiada di rumah kerana menghadiri majlis kenduri.

Tertuduh mengaku mengulangi perbuatannya pada pukul 8 pagi, 14 Mac tahun yang sama ketika isterinya tiada di rumah.

Sementara dalam kejadian ketiga, mangsa dirogol ketika ibunya pergi membuat pemeriksaan perut di sebuah klinik kerana mengandung. - Utusan.

Berapa sen harga Melayu di akhirat?

Banyak kali saya mendengar kuliah Tuan Guru Nik Abdul Aziz bertanyakan soal di atas. TG Nik Abdul Aziz yang terkenal dengan ilmu mantiknya selalu membuatkan kita berfikir. Agak sukar bagi mereka yang kurang memahami dalek Kelantan untuk menghayati maksud sebanar yang ingin disampaikan.

Satu perbandingan yang mudah diucapkan oleh TG Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan kuliah peranan Rasul yang saya rasa cukup baik untuk dimegertikan oleh sesiapa sahaja yang mendengar, bagaimana seorang 'pomen' (juru teknik kereta) dihantar oleh tuan kereta untuk membaiki sebuah kereta pelanggannya yang rosak.

Pelangan tak setuju dengan pomen ini kerana membuka bahagian kereta, lalu pomen itu mengatakan "aku dihantar untuk membaiki".

Perbandingan ini sama juga dengan Rasul di hantar oleh Allah untuk membetulkan manusia, tetapi manusia tak setuju dengan Rasul...

Saya tak nak panjang... saya sertakan petikan Siasah dalam satu lagi demensi TG Nik Abdul Aziz.

Melayu tiada nilai di akhirat nanti, kata Nik Aziz

KUALA TERENGGANU, 23 Jan: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru masyarakat supaya mengubah istilah daripada membela Melayu kepada memperjuangkan Islam.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan berapakah nilai Melayu di akhirat kelak.

“Membela Melayu, berapa sen harga Melayu di akhirat? Allah tidak tanya di akhirat nanti, awak Melayu atau Cina. Tapi hendaklah membela Islam bukan memperjuangkan Melayu tapi memperjuangkan Islam,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Ceramah Perdana Sempena Meraikan Kemenangan Calon Pakatan Rakyat Pilihan raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, di sini, malam semalam.

Turut menyampaikan ceramah ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Justeru beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, jadi tidak usahlah disebut ketuanan Melayu sebaliknya sebutlah ketuanan Islam.

“Selagi sebut ketuanan Melayu, hidup Melayu, hidup Melayu, Cina nak letak di mana, India nak letak di mana?” tanya beliau. Tetapi, katanya kalau disebut ketuanan Islam, ada juga Cina dan India yang beragama Islam.

Ini, jelasnya kerana orang Arab pun tidak semestinya dapat memasuki syurga.

"Bapa saudara nabi bernama Abu Lahab adalah orang Arab. Tapi dinyatakan dalam Quran, Abu Lahab akan masuk neraka kerana tidak memperjuangkan Islam.

”Jadi sebagi bapa saudara nabi, orang Arab yang faham bahasa Arab, yang faham Quran pun tak masuk syurga, apa lagilah orang Melayu yang tak faham bahasa Arab dan Quran,” ujarnya.

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily