
Untuk memastikan PAS terus berada pada landasan yang betul dan bertepatan dengan zaman, Kita mahu sistem tarbiyyah parti disemak semula secara menyeluruh dan segera untuk dikaji keberkesanannya terutama misi melahirkan kader-kader dan kepimpinan masa depan.
PAS memerlukan anjakan "Revolusi ke 2" dan keberanian untuk melahirkan kepimpinan parti yang menepati acuan perjuangan kita sendiri. Satu penilaian semula secara objektif terhadap elemen-elemen terpenting dalam jemaah seperti akhlak dan sahsiah kepimpinan, kerahsiaan parti, kekuatan ukhuwwah, wala’ terhadap kepimpinan dan disiplin serta pengurusan parti. Kita merasakan semacam terhakisnya elemen-elemen terpenting yang disebutkan tadi yang lambat laun menjadi api dalam sekam yang memusnahkan perjuangan kita.