Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Sunday, May 26, 2013

Menghakis legasi Ustaz Azizan di Kedah telah mula??



Mummy Rokiah dalam tulisannya menyebut "Begitu juga di Kedah usaha-usaha penyucian legasi bekas MB juga sedang berlaku. Hakikat kejayaan mantan MB Kedah Ustaz Azizan membangunkan KUIN harus diterima dan ini merupakan legasi Ustaz Azizan. Tindakan-tindakan politik semberono yang tidak bijak dan tidak diplomasi itu telah mengakibatkan penyingkiran Rektor KUIN kerana terperangkap dalam jerangkap percaturan pegawai-pegawai tadbir negeri yang mempunyai agenda yang lebih besar dengan memperalatkan orang-orang politik."

Sikap politik dendam ini dilihatnya sebagai suatu yang tidak sihat dalam politik orang-orang Melayu di mana UMNO bersikap pendendam.


Jenayah di Malaysia Tak terkawal??


Kedudukan indeks jenayah keganasan makin meningkat dan tak terkawal. Hampir setiap hari berlaku kes bunuh, serangan bunuh, pergaduhan kmpulan kongsi gelab dan ganster. Institusi kepolisan harus dibaik pulih daripada menjadi 'mangsa dera' UMNO dan kepimpinannya kepada tugas-tugas asal menjaga keselematan negara dan ketenteraman awam.
 
Jenayah menjadi tidak terkawal kerana ketirisan polis daripada membuat fokus kepada politik melebihi jenayah. 
 

Azmin akhirnya mengaku salah. Adakah Ini menjawab isu sebenar??



Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akhirnya mengakui kesilapan isu kelewatan pembahagian kerusi dan penentuan calon sehingga menyebabkan ia bertindih dengan calon-calon daripada parti sekutunya, PAS.

"Saya ambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap isu kelewatan pembahagian kerusi yang telah berlaku," katanya.
 

Betul Ke Ada Perjanjian Anwar & Najib??


Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) dalam edisi semalam (24/5/2013) melaporkan Jusuf mendedahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Malaysia. Perjanjian bertulis ini dibuat antara Najib dan Anwar pada April iaitu menegah daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen dan menerima keputusan pilihan raya ke-13.

Penjanjian ini adalah apa yang dicadangkan sendiri oleh Anwar.
  

Puluhan Ribu Manusia Banjiri Padang Timur, Amcorp Mall


Pelbagai amaran dan ugutan kepada Masyarakat tentang larangan perhimpunan. Ada juga cuba 'menyalahfahamkan' maksud Pemuda PAS tentang perhimpunan agar ada sedikit keraguan untuk mengoyahkan perhimpunan ini, tapi ribuan penyokong dengan berpakaian warna hitam membanjiri Padang Timur, Amcorp Mall bagi menjayakan himpunan Suara Rakyat 505.

Pelbagai lapisan masyarakat yang berbilang kaum hadir tanpa sebarang rasa takut atas dasar menyuarakan rasa hati. Mereka yang hadir secara bersantai dengan berpakaian yang ceria (warna hitam) dan tidak kurang juga yang membawa isi keluarga.
 

Saiful Bukhari Telah Menjadi Suami


Sekadar nak ucap tahniah kepada pasangan Saiful Bukhari dan Nik Suryani yang telah melangsungkan perkahwinan mereka di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) sekitar jam 3.30 petang Sabtu. Dua kali saya tulis pasal Saiful dalam blog ini.

Saya sama seperti apa yang Prof. Agus tulis mengharapkan perkahwinan ini menamatkan semua lipatan sejarah yang banyak 'mengotori' politik Malaysia sehingga rakyat menjadi kucai kacir, media massa menjadi haru biru. Politik seks dan lucah pula bermaharaja lela.

Terbaca Tulisan Aku Juga Bukan Belaci PKR


Tulisan daripada Pemuda PAS Gombak adalah urutan daripada beberapa kepimpinan PKR menyerang secara terbuka kepada Presiden PAS atas beberapa kawasan yang bertindih. Saya rasa perlu ada penjelasan isu sebenar kenapa semua ini berlaku supaya kita adil dalam membuat sesuatu penilaian.

Tulisan Syarham Humaizi boleh di baca di sini (Aku Juga Bukan Balaci PKR)

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily