Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Saturday, April 29, 2017

Kuasai 60% undi anak muda Dun, parlimen


PENYELESAIAN kepada segala masalah negara seperti keruntuhan politik, kepimpinan, gejala rasuah dan kerosakan akhlak masyarakat adalah dengan kembali kepada Islam.

Perkara itu ditegaskan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, semalam.

“Mesej saya kepada seluruh anak muda di luar sana adalah sebagaimana mesej Rasulullah S.A.W kepada seluruh manusia, “Aslim Taslam” yakni, sebuah mesej berupa ubat yang menyembuhkan penyakit.

“Kerana Islam adalah penyelesaian kepada segala masalah insan di atas muka bumi ini. Kita menyeru kepada anak bangsa dan kaum Melayu untuk bersama-sama dengan bahtera PAS,” serunya.

Beliau turut melontarkan pesanan Kepada bukan Muslim bahawa doktrin Islam bukanlah agama yang memaksa ‘conversion to Islam’, sebaliknya mengajak untuk berfikir kerana keadilan dan kesaksamaan sistemnya dijamin Allah S.W.T.

Ujarnya, jika bukan Islam boleh menerima sistem Barat ataupun Timur, maka tiada sebab mereka tidak menerima sistem Islam sebagai jalan penyelesaiannya.

Menurut beliau, benar sekali tariqud-da’wah yakni jalan dakwah itu memang berliku dan tidak pernah dihampar dengan mawar harum, malah panjang dan jauh.

“Namun jangan sekali-kali kita anggap ketidakupayaan PAS memerintah seluruh negara sejak tahun 1955 sehingga kini menerusi sistem pilihan raya sebagai tanda kita berada di landasan yang silap,” ujarnya.

Tegas beliau, Pemuda bertekad dan berazam untuk mencapai kemenangan bagi membolehkan peranan merealisasikan risalah perjuangan, mendaulatkan Islam dan melakukan islah atau pembaikan.

Untuk itu katanya, Pemuda PAS mesti menggerakkan peranan untuk menguasai 60 peratus undi anak muda di setiap Dun dan Parlimen yang ditandingi.

Ustaz Khalil turut mengajak para pemuda agar berusaha segigih dan seupayanya menambahkan ilmu demi meningkatkan kefahaman Islam, memberati masalah tarbiyah dan meninggikan disiplin.
Juga katanya, supaya membulatkan lagi perpaduan, mengukuhkan ketahanan, memperbanyakkan pengorbanan serta menjaga jamaah dari sebarang pencemaran.

“Dari semasa ke semasa tidak segan silu menyampaikan dakwah kepada sesiapa saja di mana mereka berada. Dalam pada itu, amatlah penting bagi kita yang berada di atas jalan dakwah ini, memelihara keaslian dakwah.

“Memelihara martabat Islam yang di bawa dan memelihara kesucian nama Jamaah Islam yang kita anggotai ini, iaitu PAS supaya parti kita dan Islam yang kita bawa ini tidak menjadi bahan ketawa dan fitnah orang lain.

“Untuk itu, para mujahid dakwah terdahulu telah melakarkan panduan yang cukup jelas lagi berguna untuk kita warisi supaya kita tidak menyeleweng di atas jalan dakwah yang kita lalui ini,” katanya.

Beliau menggariskan tujuh perkara tersebut iaitu menyeleweng dari landasan asal dan kefahaman tentang Islam dan jamaah; tidak mengutamakan aspek tarbiyyah; mendedahkan Jamaah kepada orang luar; mengenepikan Syura dan nasihat yang berguna.

Juga mengutamakan kulit bukan isinya, di mana banyak bertengkar tetapi sedikit kerja; berjalan mengikut kaki tanpa panduan yang sahih; serta cenderung kepada masalah furu’ dan mengetepikan dasar. - HARAKAHDAILY


.........
Blog ini hanya 'mirror' artikel daripada laman asal
http://www.tranungkite.net
Sila ke laman asal untuk dapatkan versi penuh....

No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily