Nampaknya Umno-Bn seolah tidak memahami politik perkauman sudah hampir tidak laku lagi di negara ini. Dalam Pilihanraya Umum ke 12 Mac 2008 yang lalu dengan jelas politik perkauman telah terkubu. Kekalahan calon Bn ialah kerana rakyat sudah tidak lagi rasa tertarik untuk menari bersama dendangan lagu politik perkauman (lagu biasa) yang dimainkan oleh Umno-Bn lagi.
Pengundi lebih tertarik dengan isu korupsi, salah guna kuasa, agihan ekonomi yang tidak adil dan harapan baru buat rakyat Malaysia.
Malangnya Umno-Bn seperti biasa memekakan diri (pekak) dan gagal memahami. Selepas tewas banyak kerusi dalam PRU ke 12 lagu perkauman makin kuat dimainkan. Tiba - tiba 'ketuanan Melayu digendangkan'. Kononya hasil dari keputusan PRU 12 Melayu hilang kuasa. Pelik yang banyak kalah ialah kerusi GERAKAN, Mic dan Mca kenapa pula Melayu yang dikatakan hilang kuasa ? Apakah hilang kuasa Melayu apabila kemenangan Dr. Siti Mariah menewaskan calon Mic disambut oleh kaum India sebagai kemenangan Rakyat di Kota Raja ? Apakah hilang kuasa Melayu apabila kemenangan Datuk Kamarul Baharin dan Tan Sri Khalid disambut meriah oleh perbagai kaum sebagai kemenangan rakyat di kerusi tradisi Mic dan Mca di Teluk Kemang dan Bandar Tun Razak ?
Sepatutnya inilah masa jika Umno mahu membincangkan persoalan kekuatan Melayu. Sebaliknya tidak Umno terus mempergiatkan usaha memsabotaj orang Melayu. Ramai yang ditukar kerja, diganggu perniagaan malah bukti jelas seorang AJK keADILan Rembau tidak mendapat pinjaman TEKUN sedangkan dia layak kecuali dia keluar dari keADILan.
Pilihanraya kecil Permatang Pauh menyaksikan Umno menggunakan taktik 'buang undi bukan Melayu dan raih setinggi mungkin undi Melayu'. Taktik ini telah menyebabkan api perkauman Melayu dibakar sepenuhnya. Anwar seharusnya dilabelkan penjual tanah air kepada Cina supaya di tolak Melayu. Melayu Pulau Pinang seharusnya diberikan persepsi betapa Melayu sudah tergadai haknya di negeri yang diperintah DAP walaupun baru beberapa bulan.
Antara tuduhannya ialah Anwar menyerahkan kerusi ketua Menteri kepada cina DAP dan mengkhianati Melayu. Pelik dengan tuduhan ini kerana sebelum Lim Guan Eng , Koh Tsu Kon juga sememangnya bukan Melayu, ternyata Umno bangkrap idea. Pakatan Rakyat menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada Lim Guan Eng (DAP) kerana DAP mendapat majoriti kerusi dalam DUN Pulau Pinang hasil PRU 12 lalu. Itu konsep asas demokrasi menggambarkan pilihan rakyat Pulau Pinang. Malangnya Umno menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada GERAKAN ketika kerusi yang Umno miliki dalam DUN Pulau Pinang melebihi kerusi GERAKAN. Jika Umno mengatakan penyerahan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada bukan Melayu sebagai pengkhianatan kepada Melayu maka Umnolah pengkhianat Melayu Pulau Pinang.
Kempen perkauman melampau Umno di Permatang Pauh ini juga membenarkan seorang Ketua Umno Bahagian (Bukit Bendera) berucap dengan menghina serta membakar sentimen perkauman dengan mengatakan jangan beri peluang kepada orang cina kerana mereka kaum pendatang. Ucapan ini telah disokong oleh ramai kepimpinan Umno termasuk Umno Kepala Batas yang diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia. Selepas perkara ini kecoh GERAKAN telah membuat bantahan seperti biasa Umno akan ketakutan dan akhirnya Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera yang melaksanakan taktik 'buang undi bukan Melayu raih undi Melayu sebanyak mungkin' di Permatang Pauh digantung. Namun walaupun digantung dia masih menjadi penasihat Umno Bahagiannya.
Hasil dari taktik perkauman Umno bukan sahaja bukan Melayu menolak Umno - Bn tetapi Melayu Permatang Pauh juga menolak Umno Bn dengan memberikan kemenangan majoriti besar kepada Anwar Ibrahim.
Mungkin belajar dari taktik yang salah akhirnya jentera Umno - Bn di bawah Najib Tun Razak telah hadir di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu dengan taktik yang sedikit berbeza. Tumpuan khusus telah diberikan kepada pengundi bukan Melayu. walaupun begitu Umno masih tidak boleh memainkan peranan di peti undi bukan Melayu. Berbeza dengan PAKATAN ketiga - tiga parti mampu memainkan peranan besar di peti undi bukan Melayu. DAP menurunkan hampir keseluruhan kepimpinanya, PAS melalui Kelab Penyokong PAS dan keADILan berkampung sehinggakan YB Chai Tong Chai (ADUN keADILan Chua, N.Sembilan sudah ada keluarga angkat di Kampung Cina). Mungkin tertekan dengan itu bukan sahaja Najib malah Abdullah Badawi sendiri terpaksa turun lebih dari sekali menemui masyarakat cina dan bukan Melayu di Kuala Terengganu.
Ingin juga berkongsi di sini ketika bersama berkempen di sebuah kawasan bukan Melayu, che'GuBard ditegur oleh seorang pengundi berbangsa cina dengan mengatakan "bagi I Hudud ok maa.... sapa curi potong tangan...apasal takut...kalau takut jangan curi maaa..."
Terlalu banyak tumpuan jentera Bn terpaksa ditabur kepada pengundi bukan Melayu untuk mengimbangi kempen Pakatan Rakyat. Dalam satu siri kempen menggunakan nama Jabatan Perpaduan dibuat konsert dan ada cabutan bertuah termasuk memberikan motosikal percuma. Najib dalam satu ucapanya 'kemuncaknya' depan masyarakat cina terpaksa menyatakan dia juga membaca buku Sun Tzu The Art of War untuk memahami masyarakat cina. Malak paling lawak Najib menyatakan Tun Razak ialah orang yang pergi ke Negeri China untuk membuat hubungan diplomatik dengan negara cina. Tun Razak memahami orang cina dan maka selaku anak Tun Razak maka dia juga amat memahami orang cina. Kita tidak menafikan mungkin Tun Razak seorang pemimpin yang memahami orang cina tetapi belum tentu anaknya faham kehendak dan masalah masyarakat cina di Malaysia tetapi kalau memahami orang Monggolia mungkin.
Malangnya kempen Umno secara sederhana ini hanya melibatkan jentera rasmi mereka tetapi malangnya jentera tidak rasmi mereka tetap meneruskan kempen perkauman jahat. Bukan sedikit risalah ditaburkan bertujuan membakar sentimen perkauman.
Di jumpai di kawasan Cina 'surat terbuka' merayu undi masyarakat cina kepada Bn kerana jika Pas menang maka makin dekatlah Malaysia dengan undang - undang hudud. Dalam surat terbuka yang berbahasa Cina ini dengan jelas menyebut Hudud ialah undang undang kuno yang dibuat ketika mula Islam dicipta zaman arab kuno dahulu. Sokongan harus diberi kepada Pemimpin Bn yang berjaya mencipta Islam Hadhari iaitu Islam moden yang lebih liberal. Anwar dan PAS dilabel sebagai ekstrimis Islam dan Melayu jika berkuasa akan menindas bukan Melayu.
Malangnya dalam pada masa yang sama di kawasan Melayu bertaburan risalah mengatakan PAS dan Anwar serta keADILan menjual Melayu kepada DAP. Malah secara berani seorang penceramah Umno Perak Hamdan Taha dengan jelas mengatakan orang Melayu harus tolak PAS kerana Menteri Besar PAS Perak beri tanah kepada cina komunis.
Apa salahnya memberikan hak milik tanah kepada keluarga masyarakat cina. tanah yang diberikan hanya sekangkang kera tapak rumah yang sudah di diami lebih lima puluh tahun ? Jika hendak dibezakan dengan anugerah tanah dan membenarkan rompakan wang rakyat oleh kroni seperti Ting Penk King, Ananda Krishna, Vincent Tan ataupun Patrick Lim yang menjadi amat-amat kaya hasil 'rompakan halal' di Terengganu.
Di kawasan Melayu PAS di label 'kluk klek' kerana tidak laksana hudud tetapi di tempat cina diajak tolak Pas kerana nak laksana hudud.... maka siapa yang 'kluk klek'...?
Majalah tajaan Umno dibawah seliaan Umno-Reform.com
turut bersepah di K.Terengganu
Turut dijumpai taburan percuma Majalah Suara Baru terbitan sebuah syarikat kepunyaan ahli MKT Umno. Berapa yang dihabiskan apabila ribuan majalah berharga RM6.00 senaskah ini ditabur percuma di Kuala Terengganu ? Majalah ini penuh dengan sentimen dan hasutan perkauman. Malah di kulit belakang majalah ini tertera sajak yang memberikan 'lensa' agar orang Melayu melihat kaum cina sebagai warisan kongsi gelap yang jahat dan sentiasa hendak merampas hak Melayu. Setelah diselidiki tidak hairan kerana ketua editor majalah ini ialah pengendali laman web Umno-Reform.com sebuah laman milik Umno yang sentiasa berusaha membakar sentimen perkauman.
Dalam bab rasuah juga masih tidak dikurangkan. Itu yang peliknya Umno Bn ini dalam pada ketika kononya perangi politik wang dalam pemilihan Umno tetapi sebaliknya ketika dalam Pilihanraya mereka menggunakan wang untuk meraih undi. Bukan sahaja pengundi wartawan juga dapat 'ang pow' dari jentera Bn kali ini. sila klik sini untuk baca lanjut
salinan laporan Polis yang dibuat seorang wartawan
selepas menerima 'Ang Pow' dari jentera Bn
Bukan sedikit yang ditaburkan di Kuala Terengganu semua Menteri Kabinet dan Menteri Besar turun untuk memastikan kemenangan Bn dengan mengelirukan rakyat. Bukan sedikit tohmahan dan dakyah bertaburan. Bekas ahli komponen Pakatan Rakyat juga digunakan sepenuhnya. Dari isu perkauman, hudud, tuduhan gabungan goyah hinggalah kepada isu Anwar agen Amerika penjual Melayu semua telah digunakan oleh Bn. Hasilnya Wahid Endut menang dengan lebih besar dari majoriti Bn masa PRU ke 12.
Pilihanraya ini seharusnya memberikan Pakatan pengajaran bahawa betapa pentingnya berpakat demi kepentingan rakyat. Isu remeh harus diketepikan. Kepada Bn ia isyarat bercampur adakah ia penolakan calon yang terkenal sebagai Kroni KJ-AAB atau penolakan terhadap Najib yang turut menjadi bahan uatam kempen ? tetapi apa yang pasti ialah politik perkauman telah makin dekat kuburanya di Malaysia ini.
No comments:
Post a Comment