Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Saturday, May 04, 2013

Penyalahgunaan Kuasa Pemerintahan Penjawat Awam AADK

Tidak kira parti mana pun yang memerintah, kami warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan terus mendokong misi dan visi Jabatan selaras dengan kehendak kerajaan dan rakyat Malaysia.

AADK adalah sebuah agensi yang terlibat secara lansung dalam mencegah seseorang dari terlibat dengan dadah,merawat dan memulih penagih dadah,mencegah penagihan semula serta membanteras bekalan,pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Mari kita lihat sedikit sebanyak profil KP AADK.Amat meyedihkan bilamana Hjh Zuraidah menduduki jawatan Ketua Pengarah AADK,rombakan besar-besaran di lakukan beliau.Dek kerana tidak puas hati dengan dua tiga orang pegawai kanan,seluruh pegawai di Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan telah di aniaya.

Pegawai di tukar sesuka hati tanpa lansung mempedulikan kebajikan pegawai dan keluarganya.Tapi apa nak diherankan, anak sulungnya sendiri pun sanggup di buang keluarga dek kerana tidak sukakan lelaki pilihan anaknya itu, apatah lagi para pegawainya.

Sudah tentu beliau takkan merasa bersalah jika menukar para pegawainya sesuka hati mengikut telunjuk dua tiga orang kanannya termasuklah Wan Addenan iaitu Pengarah Pencegahan bersama 2 orang kuatnya bergred S32 dan S44.

Dalam tempoh pemerintahan Hjh Zuraidah ini jugalah,peningkatan jumlah pegawai yang meletakkan jawatan dapat dilihat.Secara lansung ini amat merugikan agensi memandangkan bukan sedikit peruntukan wang kerajaan yang telah dibelanjakan untuk memantapkan diri seseorang pegawai AADK. 

Pastinya statistik pegawai yang meletakkan jawatan boleh diperolehi drpd Bahagian Khidmat Pengurusan yang kini di ketuai oleh orang kuatnya ketika beliau berkhidmat di Mosti dahulu. Kami pernah terbaca isi kandungan sebuah dakwaan 'bekas orang dalam MOSTI’ semasa di Mosti dahulu dan apa yang jelas dan nyata ialah persamaan tindak tanduk Hjh Zuraidah ketika di mosti dahulu dan kini dilakukannya di AADK.

Beliau suka mengambil tindakan menukar pegawainya tanpa mempunyai rasional yang kukuh dan sentiasa berniat jahat.Beliau juga suka berbelanja besar dan sentiasa mahu di lihat amat hebat di mata anak buahnya.Bayangkan jika hadir program @ mesyuarat di hotel-hotel mewah,pening kepala pengarah aadk negeri yang menjadi 'tuan rumah' utk menyediakan telekung solat berwarna pink,selipar utk di gunakan di hotel yang berwarna pink,epal fuji yang terbaik dan segala mcm perkara lg.Tau lah akibatnya jika pengarah aadk negeri tidak mampu menyediakan keperluan dan permintaannya yang bersifat luarbiasa ini.
Beliau memperkenalkan produk perkhidmatan Cure & Care (C&C) yang dapat dilihat sebagai syok sendiri dan menjadi tertawaan agensi lain yang turut sama terlibat dalam tugasan berkaitan dadah. Produk dan perkhidmatan ini yang jika di lihat dari luar amat menarik dan bagus tetapi pada hakikatnya amat busuk di dalam.Kebajikan para pegawai lansung tidak dijaga dan hanya mengambil berat masalah para penagih dadah sahaja.Ya benar, pegawai AADK telah di bayar gaji untuk melaksanakan arahan dari masa ke semasa namun jika kebajikan lansung tidak di jaga,apakah nilai kerja yang telah dilaksanakan itu.
Hjh Zuraidah sangat hebat dalam berpolitik.Mengalahkan menteri yang bertanding Parlimen pula. Khabarnya beliau telah melabel Pengarah AADK negeri yang kononnya anti-kerajaan (BN) dan meletakkan pegawai kepercayaannya untuk menerajui perjalanan program sempena PRU13 ini.Pegawai bergred S32 dan S48 yang memang org kuat UMNO di hantar ke AADK Selangor untuk menjadi penyelaras program-program yang dilaksanakan AADK agar selari dengan perjalanan kempen politik Barisan Nasional.Bagi kami,ini secara langsung telah menghina JASA dengan mengambil alih tugas mereka.Peruntukan Bahagian Pencegahan yang bertujuan mendidik masyarakat mengenai bahayanya dadah telah di gunakan untuk tujuan lain. 
Secara tidak lansung,penyokong umno/barisan nasional sendiri malu dengan tindakan ini yang dilihat lebih sudu dari kuah. Pegawai bergred S41 pula telah di hantar ke negeri Kedah untuk memantau perjalanan program Pencegahan/Barisan Nasional.Apa yang dilakukannya juga amat menjengkelkan.Seorang Pegawai bergred S44 pula telah di hantar ke negeri Sarawak.Pegawai berasal dari sarawak ini di hantar pulang ke negerinya untuk menjalankan kerja2 politik Barisan Nasional.Pegawai ini amat bijak dalam memberi idea namun sebenarnya pelaksanaan amatlah minimum.

Pak Menteri pastinya boleh ternganga jika mendengar lontaran idea yang dikeluarkan oleh pegawai ini.Akan tetapi,idea tanpa pelaksanaan amatlah tidak berguna untuk apa tujuan sekalipun.Pengarah AADK WPKL khabarnya sangat hebat berpolitik.Ke hulu ke hilir di lihat bersama calon Barisan Nasional.Sudah menjadi amalan demokrasi untuk rakyatnya memilih pemimpin yang di sukai,akan tetapi jika hanya sebelah pihak sahaja boleh..demokrasi apakah?! 
Pengarah AADK KL dikatakan telah menemui Raja Nong Chik untuk meminta peruntukan bagi menjalankan sebuah program kepada Orang Kena Pengawasan (OKP).Program ini mensasarkan seramai 300 org yang mengundi di Parlimen Raja Nong Chik.Khabarnya program ini akan berjalan pada 4 hingga 5 Mei 2013 di Bangunan MAYC.Para peserta akan di kumpulkan di suatu tempat sebelum di bawa ke bangunan MAYC untuk di brainwash pentingnya mengundi BN pada Pru kali ini.Agaknya berapa banyak Pengarah AADKL telah kaut utk melaksanakan program ini? Agaknya jugalah, berapa banyak peruntukan duit Bahagian Pencegahan yang digunakan utk melaksanakan program ini? itu belum dikira berapakan peruntukan untuk membayar elaun lebih masa para pegawainya...

Beliau juga khabarnya pernah mengugut para Ketua Pegawai AADK di dalam KL supaya segera meletakkan jawatan jika tidak berminat dengan tugas yang diberikan olehnya. Ini lah sebenarnya gerak kerja yang di mahukan oleh Zuraidah.Core Business AADK telah lama di tolak ketepi bagi memuaskan nafsu berpolitiknya.Penagih dadah semakin bertambah setiap hari,AADK semakin galak berpolitik.Melalui sumber dalaman yang boleh dipercayai,telah beratus-ratus nama pegawai yang dikatakan tidak menyokong UMNO/BN telah sampai ke dalam pengetahuannya.
Unit Khas yang ditubuhkan yang diketuai oleh PRO AADK bersama anak buahnya telah menjalankan pemantauan ke atas akaun Facebook pegawai AADK untuk melihat kecenderungan politik.Pro yang pada suatu masa dahulu dilihat mesra pembangkang kini telah beralih arah mengikut telunjuk Hjh Zuraidah.
Daripada beratus-ratus senarai nama pegawai AADK tersebut,beberapa nama telah di panggil mengadap pegawai atasan serta turut juga dihubungi melalui telefon dengan diberikan amaran agar tidak terus menyokong pembangkang atau dikenakan tindakan ditukarkan tempat bertugas dengan tujuan memisahkan pegawai dari keluarga tercinta.
Kami amat berharap tindak tanduk Hjh Zuraidah ini segera di hentikan atau berkemungkinan berhadapan dengan tindakan luar kawal pegawai AADK terhadap pengurusan sedia ada.
Sesungguhnya kami warga AADK amat menyayangi kerjaya kami yang mulia ini dalam membantu penagih dadah mendapatkan pemulihan yang terbaik demi masa depan mereka khususnya dan masa depan negara amnya...

9 comments:

  1. Senang aje tuan, letak jawatan, lepas tu kerja dengan dengan kerajaan negeri kelantan. Tak keje AADK pun tuan boleh cegah dadah kalau nak. Belajar lah berterima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba menegakkan benang basah..yg tak betul pon disokong.kesian lu bai.bila orang tegur, lu taknak terima.

      Delete
  2. Sekarang AADKWPKL tgh.buat solat hajat,suruh Dato'KP laknatullah ni mampos cepat2!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn mudah2 melaknat orang, walao tak setuju.baik didoakan semoga AADK dpt KP BARU

      Delete
  3. AADKWPKL patut tukar pengarahnya tu,ot xnak bayar,suruh cuti ganti,ptuih!!!

    ReplyDelete
  4. sms terakhir dari mantan kita yg kemas punggah barang ari cuti sebab tak sambung..macam lari dari rumah jer..kui kui kui

    Ask semua Pengarah2 Negeri, CCXC, Klinik CXC, CCCC dan pegawai kanan AXXX, Sebagaimana tuan/puan sedia maklum saya akan bersara wajib pada 9hb Mac 2014.

    Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih pd semua Pengarah yg telah memberi kerjasama selama mana saya menjadi Ketua Pengarah AXXX selama hampir 4 Tahun.

    Saya ingin menyusun jari sepuloh memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan dan kesalahan baik yg berlaku dgn sengaja atau tidak di sengajakan sepanjang bergaul dan bertugas di AXXX sebagai KP .

    Teruskan perkhidmatan yg cemerlang dan sentiasa berusaha lebih gigih dalam meningkatkan perkhidmatan kpd rakyat dan klien.
    Saya juga igin menyampaikan penghargaan kpd Pengarah Bahagian dan pegawai kanan aadk yg tidak jemu2 membantu dan melaksanakan tugas dgn baik. Special thanks to Hj Ixx, Zaxx, Jxx, Zaxx, Zxxxx, Sxxx, Rxxx, Drxxxxt, siti zxxx, Zxx, Uxxx, Sxxx, Sxx, Axx,Hxx, Txx, Sxx, Axx, Shxx,Shxx, dan semua yg sentiasa memberi terbaik pd AXXX. You all will always be in my mind. Please do keep in touch. Semoga Allah melindungi all of you. Give your best to AXXX.

    ada sesape nama orang kuat tak disebut di sini? sila nangis sekarang...Minta maaf pon pada geng2 je

    ReplyDelete
  5. AADK dah dapat KP baru, dengar khabar KP baru seorang yang baik hati, merendah diri, pemurah dan sentiasa istiqamah dalam memperjuangkan AADK. Saya doakan AADK terus cemerlang di bawah pimpinan KP baru...InsyaAllah..

    ReplyDelete
  6. hahhaaa...kami di utara ni masih lg seksa dgn konco dia yang masih tinggal...terseksa jiwa dan mental juga disebabkan nak naikkan nama..yg plg seksa pegawai la..negeri lain takde la buat kije gila mcm kat sini..g kije hepi je tapi kami nak dtg pun sgt tak hepi rasa tertekan tambah pula kena turn jumpa pegawai yang bakal kena maki bakal diperkotak katikkan..tujuan utama utk kurangkan jumlah penagih tp di sini tekankan benda lain..

    ReplyDelete
  7. Sekarang ini pula wujud berat sebelah.. Ujian urin pada yang tertentu je.. Kenapa tak buat ujian urin pada semua staff??

    ReplyDelete

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily