Terjumpa Facebook Minta Azizan Letak Jawatan. Facebook ini baru lagi, maknanya selepas PRU-13. Saya mungkin 'kurang cerdik' letak jawatan apa? Menteri Besar ke? Hangpa dok gaduh nak dia letak jawatan akhir Allah terima doa hangpa semua.. Apa lagi boleh buat kenduri kesyukuranlah.
Letak Jawatan Persuruhjaya PAS Kedah?? Tahu tak jawatan itu adalah hak mutlak Presiden. Kalau galak sangat nak suruh letak jawatan, pi lah jumpa presiden senya-senyap. Tak payah heboh satu Malaysia (dunia..).
AnakKedah007 yang melancarkan Facebook ini menulis "Pada kami beliau mesti bertanggungjawab akan kekalahan negeri KEDAH... Jadi kita lihat siapa yang nak follow kami membuat reformasi ini"
Alasannya bahawa PAS hanya kalah di Kedah sahaja tidak di negeri-negeri lain dan Azizan harus bertanggungjawab.
Saya pun tulis artikel pasal "Jika Gagal Letak Jawatan" tapi bagi saya nak buat facebook atau blog semata-mata nak desak individu tertentu untuk letak jawatan itu bukan cara PAS. Paling mudah saya buat perbandingan ialah Terengganu juga mengalami nasib yang sama seperti PAS Kedah.
PAS Terengganu tak terus pecat semua pimpinan lama seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Dato' Harun Taib, Dato' Abu Bakar Chik, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Wan Mustalib. Memang pada masa itu banyak serangan yang dilakukan di internet memburuk kepimpinan PAS Terengganu.
Sebagai seorang yang matang dan berada dalam perjuangan Islam, kita harus sabar, meneliti dan menghayati situasi dalam keadaan 'mata hati celik'.
PAS Terengganu mengatur perubahan secara baik, peralihan kuasa dilakukan dengan teratur dan tersusun. Yang tua tak akan tongkat langit!! Yang muda jangan gelojoh..
Akhirnya PRU-13 PAS Terengganu membariskan gabungan 50-50 golongan tua dan muda serta 50-50 golongan ulama dan profesional. 4 orang tua di Terengganu dikeluarkan.. Kan molek tu!!!
Kedah pun macam tu. Tak payahlah gaduh-gaduk di internet... buruk sangat perangainya!
Note:
Ni link facebook https://www.facebook.com/AzizanSilaLetakJawatan
Jangan pula engkau orang pi like... kalau tidak menyesal aku bagi link!!
Bukan salah PAS, salah org melayu..konon..konon takut cina perintah. Kalau dah takut ikutlah arus...kalau cina dah xsokong BN kita pun tolak BN...maka dalam PR 'balance' cina & melayu. Minda melayu terus me..layu.
ReplyDeletebetul..setuju anony may7.8.35...kalo tiupan perkauman UBN lah juara...tgk skrg -UNITED BANGLA,MYNAMR,NEPAL,INDON,FILIPINO.NATIONAL ORGNZN...(UBNMFO)BUKAN BANGSA@ETHNIC KE?MMG UMNO BN BNAGSAT!!!
ReplyDeleteDah banyak contoh kegagalan tamaddun Islam kerana perpecahan ummah, tidak taat kepada pemimpin dan ada agenda kepentingan diri. Jadikan kekalahan sebagai langkah mempersiapkan diri untuk cabaran PRU14. Jangan nak letakkan kesalahan pada seorang saja.... musuh2 sedang bertepuk dan bersorak bila ada tanda2 ketidakpercayaan orang2 bawahan/penyokong. Ingatlah tujuan utama adalah menolak kezaliman dan kerosakan yang pernah di lakukan oleh BN.
ReplyDeletejangan terlalu emosi sangat..kita kena banyak bersabar..kalah jangan sampai kita hilang pertimbangan akal yang waras..yang penting jangan putus asa dalam mencari kemenangan..kemenangan akan muncul jua.lambat cepat bukan soalnya.yang penting terus istiqamah dalam perjuangan.
ReplyDelete