Penulis blog kontroversi pro-Umno Papagomo hari ini ditahan oleh polis. Laporan ini telah disahkan pihak PDRM menerusi laman twitter anggota keselamatan tersebut. Blogger Pro Kerajaan itu ditahan bersama seorang lagi individu yang dikenali sebagai "King Jason". Perkara itu dimaklumkan oleh pihak polis melalui pesanan Twitter hari ini kata Bandut Rakyat. Sebab penahananya setakat ini belum dinyatakan.
Bagaimanapun, sebelum ini dilaporkan terdapat laporan polis dibuat terhadapnya oleh seorang pembaca Shahrizad Mohd Diah atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berhubung isu Melayu dan Cina.
Free Malaysia Today menulis laporan itu dibuat oleh Jamilah Baharuddin di balai polis Simpang Tiga dan kemudiannya di Sungai Maong di Kuching.
Petikan Free Malaysia Today adalah seperti berikut:-
KUCHING: A Sarawak PKR’s women wing member today lodged a police report against blogger Papagomo and a reader – Shahrizad Mohd Diah – for allegedly calling on all Malays to riot against the Chinese for voting for the opposition.
The report was filed by Jamilah Baharuddin at the Simpang Tiga police station. Later she filed another report at the Sungai Maong police Station.
She was accompanied by Simon Siah, a lawyer and a PKR youth wing vice-chairman, and Patricia Ainon Daweg, a PKR member.
Jamilah alleged that the postings came from Papagomo, a well-known pro-Umno blogger, and Shahrizad Mohd Diah, a financial adviser who also claimed to be a managing director of MD Property Development Sdn Bhd.
Shahrizad allegedly suggested that on May 13, the “Malays should rise, riot and kill all Chinese bastards in Malaysia, and slaughter them like slaughtering pigs.”
“This is the only way,” he had allegedly said in a comment posted on Papagomo’s blog.
Papagomo in his posting allegedly said that Chinese in DAP ‘wajib ditendang’ (kicked) even though if it means bloodshed.
Jamillah said that she being a Malay was shocked to read such statements coming from the two persons.
“I am sure other Malays do not share their statements,” she said, pointing out that “we cannot blame the Chinese for supporting the opposition”.
She called on the police authorities to immediately take action against the duo for allegedly inciting the Malays to riot on May 13 as a pre-empt action.
Jamilah also urged the people to remain calm.
‘Stop the idiotic talk’
“As the prime minister said, we need to work on a national reconciliation process to heal the racial and political divisions that have sparked in the wake of GE13.
He also urged the police to investigate the blogger and his reader for making seditious remarks.
Bloggers arrested
In a latest development, the police today said that they have arrested bloggers Papagomo and King Jason over their insensitive articles.
“We will not rest until those who spread lies and post racial messages are detained… we expect to make more arrests soon,” Federal Commercial Crime Investigation Department director Syed Ismail Syed Azizan told a press conference in Bukit Perdana today.
The police also tweeted that a police report was lodged today an Utusan Malaysia report that contained elements of sedition.
It also said that the case was being investigated under Section 4(1)(c) of the Sedition Act 1948.
Berita Tambahan:
Papa Gomo, King Jason ditahan polis
7 Mei 2013
SHAH ALAM - Dua blogger, Papa Gomo dan King Jason ditahan oleh polis dipercayai berhubung tindakan menyiarkan sentimen berbaur perkauman menerusi blog masing-masing.
Perkara itu disahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi satu kenyataan twitter yang dikeluarkan kira-kira sejam lalu.
"Papagomo dan King Jason ditahan untuk siasatan polis," bunyi mesej twitter itu.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung tiga entri King Jason menerusi twitter yang dipercayai menfitnah PDRM pada jam 6 petang, semalam.
"Dia (King Jason) dipercayai memberi komen berbaur hasutan dan membangkitkan kebencian orang awam terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan PDRM," katanya pada sidang media di pejabat JSJK, Bukit Perdana, Kuala Lumpur hari ini.
Syed Ismail berkata, polis menahan lelaki berusia 38 tahun itu di Jalan Kota Raja, Kampung Jawa, Klang, tengah hari tadi dan turut merampas sebuah komputer riba, telefon bimbit dan dua kad memori.
Sejurus polis menahan King Jason, polis menahan Papa Gomo di Danau Kota, Setapak petang tadi.
"Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai memberi kenyataan berbaur perkauman dan boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara di twitter," katanya.
Menurutnya, polis juga merampas dua buah komputer riba, tiga telefon bimbit dan dua buah kad memori.
"Kami akan memohon reman terhadap kedua-dua individu terbabit bagi membantu siasatan berhubung kenyataan fitnah dan hasutan mereka.
"Kami juga memberi amaran kepada orang ramai jangan membuat komen di laman sosial yang boleh menggugat kententeraman awam," katanya.
Beliau berkata, anggota dari bahagian Jenayah Siber, JSJK melalui strategi 'Royal Malaysia Police Integrated Media Action Plan' (RMP Imap) memantau dan mengenal pasti beberapa lagi individu yang cuba membangkitkan isu perkauman atau hasutan.
"Kami akan memberkas mereka setelah maklumat mengenai mereka diperoleh.
“Kami juga menasihatkan pengguna media sosial dapatkan fakta dan maklumat tepat sebelum memuat naik ke blog atau mana-mana media sosial," katanya.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta 4 (1) Hasutan dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Dalam perkembangan lain Syed Ismail berkata, polis telah membebaskan penulis blog Milosuam dengan jaminan polis pada 4 Mei lalu.
"Kami akan menyerahkan semula kertas siasatan kepada peguam negara untuk tindakan selanjutnya," katanya.

No comments:
Post a Comment