Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Wednesday, May 15, 2013

Tak ada kaitan politik, hanya lawak aje!!!




Tak ada kaitan politik, hanya lawak aje!!! Saya melihat dari segi teknik pembuat video ini dan sinikalnya yang agak tinggi. TERGOLEK orang suka lihat video ini... tahniah. Kalau saya buat video ini sudah pasti yang akhir tu keluar NAJIB atau ROSMAH... mesti likenya makin tinggi!!

Rupanya Najib di Tipu oleh CyberTropper UMNO!!


Sebelum pilihan raya umum ke-13, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tersenarai sebagai pemimpin politik yang ke-11 paling popular di dunia dan yang pertama di Malaysia berdasarkan laman pemantau internet "Sosialbakers".

Najib ketika diminta mengulas tentang pemantauan itu berkata "11 itu nombor kegemaran saya... hari ini mungkin lebih tinggi" kerana followernya di twitter kini 1.5 juta.

Berita digemburkan oleh media UMNO untuk menunjukkan kehebatan NAJIB!

Senarai Penuh "Kabinet Berimbang" atau Kabinet Rambang, Mana orang-orang PERKASA??


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan barisan Kabinetnya yang baru dengan memasukkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin sebagai Menteri Belia dan Sukan manakala P Waythamoothy pemimpin Hindraf sebagai Timbalan Menteri.

Ramai yang mengulas selepas pengumuman ini sebagai 'kabinet berimbang' tapi bagi saya ini adalah kabinet "rambang" pasal seorang pemimpin Hindraf telah di RASUAH politik secara tidak bermaruah bagi memastikan BN meneruskan pemerintahannya. HINDRAF telah gadaikan maruahnya!!

Bila lihat gambar ini Macai-macai UMNO Meroyan Giler!!


Dulu semasa berada dalam gerakerja PAS, paling pening bagaimana nak menarik masyarakat Cina untuk memahami PAS. Memang kita 'skip' Cina dalam culaan.. Kita kira tak ada harapan kerana orang cina cukup 'fobia' dengan PAS, malah kalau tengok orang pas pakai lebai mereka sudang mula curiga.

Kajian Warna Terhadap Waktu Solat


Banyak kali terbaca tulisan Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim dalam beberapa kajiannya tentang solat. Dr Fatimah bersama dengan Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok, seorang bukan Islam telah membuat kajian ini menjadi lebih terserlah tanpa 'bias' agama.

Kajian beliau telah diperluaskan lagi dengan beberapa kajian pengukuhan tentang bertapa pentingnya solat menjaga kesihatan.

Tuesday, May 14, 2013

Kisah Bekas Axion di Kantin Sekolah

Ini bukan cerita pasal axion boleh membersih dakwat kekal. Bukan nak berkempen pasal sabun pencuci pinggan mangkuk... tapi kisah yang cukup menyedihkan.

Kisah ini diceritakan oleh seorang ibu melalui facebook untuk dikongsikan bersama... Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.

Atas Nasihat dan Pandangan TG Nik Aziz sedia terus pegang Mursyidul Am Pas

Setelah pertemuan dengan Presiden PAS secara tertutup, pemberita bernama cuba mengorek maklumat secara rambang. Daripada berita bernama hari ini, beberapa maklumat dalam perbincangan tersebut boleh difahami.

Antara lain Bernama melaporakan bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia untuk terus memegang jawatan Mursyidul Am Pas walaupun tugas itu amat berat, dan dalam keadaannya yang uzur.

"Saya bersedia memegang jawatan itu jika saya diperlukan oleh parti.

Kisah Dr Gary Miller Masuk Islam

Manusia yang menentang, akan menjadi pejuang setelah kesedaran dihayati. Saya ambil kisah ini untuk rakan-rakan cyber saya dikalangan "penganut UMNO". Saya harap mereka mencontohi Dr Gary Miller. Kaji dan dalami perjuangan Islam, kemudian kaji dan dalami perjuangan PAS. Anda pasti akan menemui sesuatu yang belum pernah anda rasai selama ini.

INI salah satu cerita yang telah mengubah kehidupan seorang mubaligh kristian pakar matematik serta mendalami ilmu teologi (ketuhanan) Kristian dari Kanada bernama Dr. Gary Miller.

Dr. Miller atau nama Islamnya, Abdul-Ahad Omar mengakui kekagumannya dengan ayat-ayat al-Quran itu yang dianggap sebagai satu keajaiban. Selain membicarakan persoalan duniawi dan ukhrawi manusia dalam segala aspek kehidupan, Dr. Miller turut "terkesima waima" dirinya seorang yang suka mencari bukti secara saintifik dan logik, disebabkan latar belakang dan pendidikannya.

Mat Sabu: 7 Kerusi untuk dia seorang??


Ini bukan 7 kerusi Dun atau Parlimen, tetapi Haji Mohamad Sabu telah diberikan 7 kerusi untuk duduk semasa satu ceramah setelah dia sakit akibat dilanggar oleh pihak PDRM semasa kes nak mennggkap beliau dahulu.

Disebalik Solat Hajat & Bacaan Yasin Mukhriz


Semalam di masjid Zahir Alor Setar, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menunaikan solat hajat dan bacaan Yasin berjemaah bersama jemaah memanjatkan doa untuk kesejahteraan dan kesihatan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Mukhriz anak Mahathir ini kadang kala mengimani solat. Ada kala bersama dengan jamaah masjid. Ada sikit kelainan dengan bapak dia!!

Apa Nak jadi Dengan Air Asia?


Semalam dalam Bernama TV mereka buat adegan "cium mulut". Ini mesti Anuar Ibrahim salah. Puak-puak UMNO yang kecam LGBT macam mana? Tony Fernandes ni kawan Anwar ke kawan Najib? KAH KAH.. Tapi bagi UMNO semuanya tak apa asal ekonomi Malaysia Maju.

Islam menurut Ustaz Kazim Elias. Apa komen anda pula?



Haji Zainol Abideen (blog Mahaguru58) dalam satu tulisan menyebut Banyak perkara dibongkar oleh Ustaz Kazim tentang penyelewengan PAS terhadap umat Islam bila mereka menggunakan pelbagai taktik dan indoktrinasi untuk 'brain wash' para pengikut mereka untuk menjadi taksub dan memuja memuji tokoh2 parti mereka seperti Nik Aziz, Hadi Awang dan lain lain!

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Mahu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Terus Tugas Sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta bekas menteri besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat terus kekal memegang jawatan pesuruhjaya PAS negeri. Permintaan ini atas dasar Perubahan kepimpinan Kelantan yang dilihat sangat drastik kadang kala boleh membawa sedikit ketidak seimbangan.

1 Bangla. Apa kata PM Bangladesh!



Paling 'power' dalam kenyataan Sheikh Husina Perdana Menteri Bangladesh ialah "a friendly country to muslims and easily get the citizenship there for many of her supporters working in Malaysia already got it " .

Monday, May 13, 2013

Semalam tak lulus SPM, Hari ini ada kes rasuah, Tapi Jadi EXCO Terengganu juga


Semalam saya dedah seorang EXCO UMNO di lantik oleh BN Terengganu tak lulus SPM. Bagaimana nak keluar negara untuk bincang pasal pelaburan? Saya dedah dengan orangnya sekali.

Hari ini ada seorang lagi, yang kes tak bayar hutang.. dan ada kes polis dan melibatkan mahkamah juga dilantik menjadi EXCO. Orangnya di sebelah utara Terengganu.. Cari sendiri dulu nanti kita dedah semuanya maklumat dengan fail-fail mahkamah sekali....

Lawak Sambut Hari Ibu 13 Mei 2013


Atas dasar sambutan Hari Ibu. Najib dan Anwar minum semeja.. Kelik gambar untuk lihat perbualan mereka..

13 Mei Hari Persaudaraan


Dua perkara yang saya sangat suka keluar daripada mulut Ustaz Nasruddin Hassan, Ketua Pemuda PAS Pusat yang juga ahli Parlimen Temerloh ialah bila dia nak ajak calon BN yang tewas Dato' Saifudin bersama memajukan Temerloh dan Hari Persaudaran.

"Detik 13 Mei selayaknya dihadapi dan diingati sebagai "Hari Persaudaraan" kerana mengambil iktibar dari kesan api fitnah perkauman yang keterlaluan.

Ramai Lelaki Sekarang Dayus? Benarkah?



Nabi bersabda lelaki dayus tak 'berbau' syurga. Ramai dikalangan kita mungkin tidak berapa faham istilah dayus... Kadang dalam bahasa Melayu dayus semacam erti penakut, sedangkan maksud dalam Islam berbeza.

Saya rasa petikan di bawah ini menarik untuk direnungi bersama. Jangan kita bercakap Islam tetapi dalam tak sedar kita termasuk dalam golongan ini.

Projek Tawan Kelantan 23 tahun gagal!!


Projek menawan semula Kelantan telah gagal. Selama 23 tahun melibatkan 3 Perdana Menteri. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan Kelantan jatuh semula kepada UMNO @ BN tapi semuanya tidak berhasil walaupun hampi berjaya semasa Pak Lah menjadi PM.

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily