Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Tuesday, April 14, 2009

Arus Perjuangan Baru

Oleh Anwar Ibrahim

Terik matahari dan hari bekerja buat warga Bukit Selambau tidak menghalang mereka untuk menghadiri acara perasmian Pusat Khidmat Bukit Selambau. Hadir sama ialah YB Ahmad Kasim, YB Dato Rashid Din, YB Senator Zamry, Yb Gobala dan mantan naib presiden PPP Dato V. Nadarajan.

Majlis ini juga menyaksikan YB Manikumar melafazkan ikrar untuk berkhidmat demi rakyat tanpa mengira sempadan kaum, agama dan perbezaan fahaman politik. Arus perjuangan baru untuk bangsa sangat diperlukan di saat politik lama masih tegar dianuti oleh segelintir walaupun diberi bungkusan baru. Saya mengucapkan semoga berjaya kepada rakan-rakan yang masih bersama-sama dengan proses pembungkusan semula tersebut.


Saya mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penduduk Bukit Selambau kerana memilih Perubahan dan kerana memilih PKR.

Acara kedua pagi tadi membawa saya ke jamuan rakyat di Pekan Bukit Selambau. Hidangan yang maseh panas dari kawah sangat menyelerakan. Majlis kesyukuran yang serba sederhana ini hendaknya diberkati Allah S.W.T.

Dari Bukit Selambau saya menuju ke Permatang Pauh, mengambil kesempatan menziarahi rakan seperjuangan yang sedang terlantar di Hospital Seberang Jaya. Kelihatannya hospital ini sesak dan perlu ada langkah segera dari kementerian kesihatan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yg selesa. Janganlah pula kerana Permatang Pauh sekarang di tangan Pakatan Rakyat pihak kementerian mengabaikan kesejahteraan semua.

Pada sebelah petangnya akan ada mesyuarat bahagian dan perhubungan negeri. Kemenangan pilihan raya kecil tidak boleh dijadikan alasan untuk pendokong PKR leka dan enak diulit khayal. Usaha penerangan serta pemantapan tekad juga iltizam perjuangan perlu diperhebat. Ahli parti perlu diingatkan rasuah dan gagal melaksanakan tanggungjawab hanya akan mengundang kekalahan. Kita tidak perlu kepada mereka yang sengaja menghampakan amanah rakyat.

ANWAR IBRAHIM


- dari Anwar Ibrahim Blog.

16 comments:

  1. Harap YB Manikumar dapat terus bekerja untuk rakyat

    ReplyDelete
  2. Pilihan rakyat telah jelas memperlihatkan kehendak nya,PR kini telah mula menapak kukuh dalam minda masyarakat.Walau pun PR sebelum ini digayang dengan berbagai label,namun rakyat kebanyakan telah melihat dengan kewarasan pemikiran pada yang hak dan benar.

    ReplyDelete
  3. zekbi

    Mari pakat sokong PKR kerana...!
    1. Kaum india akan dapat macam- macam sebagaimana dihajati..!UNTUNG
    2. Kaum cina akan dapat dapat macam- macam kerana konsep sama rata spt kuasa politik..!UNTUNG.
    3. Kaum MELAYU akan serah sisa - sisa politik yang masih ada di tangan UMNO..!

    ReplyDelete
  4. Orang Melayu jadi director Carlsberg???? Apa ke jadah ni?????
    http://anakperelihblog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. PKR adalah perjuangan suci,,,PAS adalah perjuangan suci tapi ANwar Al-Munafik yang kerap berbohong adalah penghalang kepada kejayaan PKR...Generasi MUDA PR malu dengan telatah ANwar al munafik....biar menentang BN secara professional dan bermoral....bukannya berjanji dan membuat drama...ANwar ALmunafik menjadikan kami penyokong PR sebagai badut....dah la menipu kami 16sept, kemudian 26 sept dan kemudian kata ada masaalah sebab Pak Lah tak mau buat sidang parlimen...so lani dah ada sidang palimen kenapa tak nak buat usul tak percaya...buat lar...

    ANWAR patut suruh duduk diam...kami golongan muda bukannya bodoh macam badut...kami begitu percaya 16sept kemudian sekarang kami percaya bahawa ANwar adalah Munafik.....kaki bohong....BUat BN jgn seronok...kami tak sokong BN...kami akan jatuhkan BN tapi bukan diketuai oleh ANwar al munafik yang gila kuasa...

    Hidup PR...Bebaskan dari ANwar al munafik yag bukan pun ahli PKR

    ReplyDelete
  6. "Acara kedua pagi tadi membawa saya ke jamuan rakyat di Pekan Bukit Selambau. Hidangan yang maseh panas dari kawah sangat menyelerakan. Majlis kesyukuran yang serba sederhana ini hendaknya diberkati Allah S.W.T."

    Diberkati Allah s.w.t? Sama-sama Islam bergaduh merebut dunia diberkati Allah s.w.t?

    ReplyDelete
  7. Tak kena gaya PRK dalam siri jelajah seluruh negara akan singgah kat Penanti sat.jom pakat heboh kat sana.Kalau SPR kata line clear….PRK kat Penanti biaqpilah One Alone in Malaysia kata dah boring PRK ni.Banyak fulus habis.wang besar wang besar tak ketahuan berapa banyak kehabisannya.

    Harapan tok lepas ni,siri jelajah PRK akan singgah di kawasan BN pulak.Lebih adventure dan mendebarkan.siap dengan lakonan pelagak ngeri lagi.

    Ada kedengaran khabar angin Fairus nak join UMNO tapi tok tak berapa yakin.kalau dia nak masuk UMNO,tentu cara yang sama digunakan oleh tok wakil changkat jering dan behrang ditirunya.

    Biarlah ia menjadi rahsia,cuma tok nak peringat sikit,kalau line clear kat Penanti,Bloggers jangan tunggu lagi.Kita mulakan kempen.Tok-tok wakil PR boleh buat siri ceramah sempena kemenangan di Bukit gantang dan Kuala Terengganu.Dah kira teori domino,satu persatu PRK dimenangi PR.UMNO-BN gigit jari dan tak kering gusi buat press statement nafikan kereputan kerajaan Persekutuan yang diperintahnya.

    Tok bimbang akan berlaku serangan virus ultra kat bloggers PR seperti yang dialami Tranungkite.net.Anggaplah kita kura-kura tengah berlumba dengan arnab yang sombong.

    Tok sempat jugak belek paper tentang negeri pasir dua butir.tok tak nak komen keputusan mahkamah tentang kuasa speaker.tok yakin bulan mei ini dun negeri akan bersidang.eloklah tok wakil perangatkan kembali kes dua tok wakil yang terlibat rasuah tu dan yang terbaru kes salahguna kuasa tok wakil changkat jering.

    Menteri Pasola akan kehilangan 2 tok wakil bebas yang mesra UMNO.PR kena ikhtiarkan lagi 2 atau 3 orang lagi tok wakil UMNO agar boikot sidang DUN.Kalau dapat sepuluh budak hitam macam kat negeri Terengganu lagi bagus.senang kita nak bubarkan dun negeri pasir dua butir dan adakan pilihanraya.

    Rakyat tengah memerhatikan kita.kali ni jangan ada calon tangkap muat.biar yang berkaliber.kelakuan menjolok mata tok wakil umno di Terengganu dan Perlis yang berperang sesama sendiri elok dijadikan panduan kepada kita semua untuk kuatkan lagi PR.

    Manalah tahu.hilang negeri pasir dua butir,dapat pulak terengganu dan perlis.yabedabedoooooo.ayam tak patuk itik tak sudu.sambal belacan campur budu.najib diam terkedu

    ReplyDelete
  8. laawak kawan dengan zaman sekarang nie...

    ReplyDelete
  9. emm fairus ni satu hal actually dia ni kureng sikit buat keje so anwar suruh turun lah bagi org lain lak :)

    ReplyDelete
  10. Minta anwar buar program puas puas, serata negara dan serata dunia kerana Bulan Julai nanti Saiful Bukhari Azlan akan menunggu di Mahkamah Tinggi!!!!

    ReplyDelete
  11. Mart,

    Aku pening la ko punya pemikiran...

    Kita mmg sama2 islam, tapi yg Islam sebelah sana taknak menjunjung Quran, Islam tu dalam masjid je, tak pun time ada org mati...

    so macamana la org Islam sini nak berbaik2 dengan org Islam sana??? Tuan Guru nik aziz dah cakap, kalau UMNO terima Islam (iaitu meletakkan Islam dan undang2nya di atas perlembagaan Malaysia), PAS bubar!!! Jadi jelas lah, setakat ni UMNO yang Islam tu taknak terima lagi hukum hakam Islam.

    pelik jugak kenapa org UMNO ni ingat diorang terima Islam sedangkan UMNO sendiri cakap hukum Allah itu tidak sesuai? Otak org UMNO lagi terer ke dari Allah dan Nabi Muhammad?

    ReplyDelete
  12. terlebih dulu aku nak mengucapkan syukur kehadrat allah kerana memakbulkan permintaan aku, apa permintaan aku? permintaan aku ialah adalah kiranya cerdik pandai dalam malaysia menghack web sampah tranungkite, kerana tranungkite dah terlalu sarat dengan cerita palsu, fitnah dan penghinaan terhadap Allah dan Rasulnya, Alhamdullilah termakbul juga permintaan aku ini, harap lepas ni web masternya pula akan menerima nasib yang sama.

    ReplyDelete
  13. Dear All,

    this is an extract of a report by an independent journalist which shows that the Election Commission is just PRO BN! If you support this report, please cut and paste on every group in all BLOGS and place in this world. Thank you.

    "The same views have been echoed by no less than the Election Commission (EC). Plus, the EC has openly supported proposals by some BN leaders such as Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Mukhriz Mahathir and Tan Keng Liang to prevent "unnecessary" elections. These include suggestions for stricter laws, and penalties for elected reps or their parties should an elected representative resign for reasons other than what's stated in Article 48(1) of the Federal Constitution."

    http://www.thenutgraph.com.my/funding-democracy-the-bn-way

    ReplyDelete

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily