Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Thursday, July 27, 2017

Kecoh selepas klip penyampai berita Iran ‘minum arak’, buka tudung


Seorang penyampai berita Iran mencetuskan kontroversi selepas sebuah klip video menunjukkan beliau meminum arak ketika bercuti di Switzerland.

Azadeh Namdari, pelakon dan penyampai berita di stesen milik kerajaan, dilihat tanpa tudung dalam klip video itu, walaupun sebelum ini giat menggalakkan pemakaian tudung oleh wanita.

Azadeh juga merupakan seorang penyokong kuat chador, pakaian serba hitam yang menjadi pilihan golongan konservatif di Iran yang menutup keseluruhan tubuh wanita kecuali muka.

Bagaimanapun, Azadeh kini berdepan kutukan di media sosial, di mana ramai menyifatkannya seorang hipokrit kerana tidak bertudung dalam klip itu.

Dalam penjelasannya kepada Kelab Wartawan Muda, Azadeh berkata beliau tidak bertudung ketika itu kerana hanya dikelilingi oleh ahli keluarganya.

Bagaimanapun, Azadeh tidak menjelaskan botol arak yang dipegangnya.

Nama Azadeh kini tersebar di Twitter, dengan pelbagai sindiran dimuat naik pengguna.

Antaranya ialah 2 gambar menunjukkan tajuk berita akhbar memetik beliau menyokong pemakaian tudung, dan gambar beliau meminum arak dan tanpa bertudung.

“Inilah apa yang dia suapkan kita, dan ini pula apa yang dia suap sendiri!”

Bagaimanapun, seorang agamawan pro-kerajaan berkata apa yang dilakukan Azadeh menyerlahkan masalah yang timbul sekiranya individu dipaksa berbuat sesuatu yang tidak mencerminkan perwatakan sebenar.

“Masalahnya bukan Azadeh Namdari atau orang sepertinya. Masalahnya ialah ideologi dan sistem yang memaksa seseorang dalam masyarakat menjadi talam dua muka atas sebab tertentu,” menurut kiriman Twitter oleh Abolfazl Najafi-Tehrani.



.........
Blog ini adalah blog sementara untuk Tranungkite Online (TKO)

No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily