Perhatian...
TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih
Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com
....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN: K.l.i.k. g.a.m.b.a.r. u.n.t.u.k. p.a.p.a.r.a.n. b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...
....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)
Thursday, July 27, 2017
Ramai tidak setuju Dr. M ketuai pembangkang
KUALA LUMPUR 26 Julai - Majoriti peserta yang hadir dalam Forum ‘Mahathir Ejen Perubahan atau Ejen Pemusnah’ anjuran Kelab Bangsar Utama di sini malam tadi melahirkan kekecewaan dan tidak bersetuju dengan tindakan Pakatan Harapan yang diketuai DAP melantik Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pengerusi pakatan tersebut.
Empat panel jemputan iaitu aktivis pembangkang, Hishamudin Md. Rais; Presiden PAN, Mohamad Sabu; Dr. Michael Jayakumar Devaraj daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Haris Ibrahim daripada Asal Bukan UMNO (ABU) dilihat gagal menjawab soalan mengapa pembangkang perlu bergantung pada bekas Perdana Menteri itu untuk melakukan revolusi dan perubahan.
Seorang peserta yang memperkenalkan diri sebagai Ahmad dan telah mengundi sebanyak dua kali dalam pilihan raya umum mempersoalkan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang dalam pilihan raya kelak, namun mendapat jawapan sinis daripada Hishamuddin.
“Siapa Perdana Menteri itu tidak penting kerana soalan itu soalan bangang, beli lembu pun belum tetapi dah sibuk nak letak lembu di mana,” jawab Hishamudin.
Seorang lagi peserta yang memperkenalkan diri sebagai Haris mendakwa, dia merupakan pengikut tegar zaman reformasi dahulu dan lantang melabelkan kesemua pemimpin pembangkang hari ini sebagai badut kerana tidak belajar daripada kesilapan lalu.
“Kami dah letih nak mendengar badut-badut semua ini menyampaikan ceramah politik. Dahulu kutuk dan hasut kami mengenai Mahathir, kata dia bapa segala kejahatan, tetapi hari ini gembira menjalin kerjasama dengan Maha Firaun itu?
“Dulu kutuk Mahathir, sekarang bekerjasama dengan Mahathir kutuk Najib. Esok lusa turun bekerjasama pula dengan Najib? Tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu!” katanya sebelum meninggalkan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) tempat forum itu berlangsung setengah jam sebelum program itu berakhir pukul 11 malam.
Sementara itu, Michael Jeyakumar yang juga Ahli Parlimen Sungai Siput cuba memberi penjelasan kepada peserta iaitu pembangkang memerlukan Dr. Mahathir untuk mendapatkan undi orang Melayu di kawasan kampung kerana majoriti mereka masih percaya terhadap kepemimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
“Kita nak masukkan Dr. Mahathir sebab sebelum ini kita gagal mengurangkan kekhuatiran orang Melayu yang kebanyakannya bimbang jika pembangkang menang, segala subsidi yang diterima akan ditarik balik,” katanya. Mohamad pula mengakui meskipun Dr. Mahathir menjadi pengerusi dalam pembangkang, barisan kepemimpinan tertinggi lain berperanan seperti diktator terhadapnya.
“Soal diktator atau kuku besi, kami telah mengadakan mesyuarat rasmi dan tidak rasmi berkali-kali, banyak cadangan beliau ditolak oleh kami. Orang muda perlu berfikir luar daripada kotak sebab yang ditimpa masalah hingga masuk ke penjara, didakwa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) gara-gara Dr. Mahathir sebelum ini ialah kami, tetapi kami telah pun memaafkannya,” katanya.
Isnin lalu, Otai Reformis 1998 secara konsensus menolak kehadiran Dr. Mahathir dalam Pakatan Harapan dan berhasrat memboikot kempen parti yang disertai oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
Setiausahanya, Abdul Razak Ismail berkata, penolakan itu dibuat kerana merasakan bekas Perdana Menteri itu bukan calon yang layak untuk dijadikan sebagai pemimpin contoh kepada pakatan tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Bulan Ini
-
▼
2017
(79)
-
▼
July
(19)
-
▼
Jul 27
(13)
- Rani Kulup nafi ditangkap, dakwa tiada selera mahu...
- Mukhriz gagal kaitkan Najib hina mahkamah
- Kecoh selepas klip penyampai berita Iran ‘minum ar...
- Ketua polis anggap insiden PWTC ‘memalukan’, 11 di...
- Pembelian hotel Felda: Reman pegawai kanan syarika...
- Hujah 3 Wanita ‘Nakal’ Rogol Pastor
- Najib perlu hadir jawab di Parlimen
- Ramai tidak setuju Dr. M ketuai pembangkang
- Pas bukan mahu lawan pakatan pembangkang
- Pas seperti kalah sebelum bertanding kata Penganal...
- Sepatutnya tawaran kepada peneroka lebih baik lagi
- Kenapa Atasan DAP Tak Sain Kenyataan Kecam Israel?
- Rafizi mohon sumbangan bayar saman RM300,000 NFC
-
▼
Jul 27
(13)
-
▼
July
(19)
DetikDaily
- Mengapa PAS panik tentang janji peralihan kuasa PH? - 2/18/2020
- Rakyat Menunggu 'Kehadiran ' Anwar - 2/15/2020
- Politik Terlalu Kejam Untuk Dr Maszlee - 1/3/2020
- Serapkan Pemikiran Tok Guru Nik Aziz Dalam Setiap Rakyat Malaysia - 8/20/2019
- Jangan Undi Pemimpin Tak Setia Kepada Parti - 8/20/2019
Free Malaysia Today
- Activist warns of syndicate threat to migrant labour reforms - 4/7/2025
- Secondary cities, far-flung locations: travel trends this Raya season - 4/7/2025
- Aktivis beri amaran sindiket ancam pembaharuan pekerja asing - 4/7/2025
- UK unveils support for tariff-hit auto sector to go green - 4/6/2025
- Diversifikasi pasaran eksport bantu kurang impak tarif Trump, kata ahli akademik - 4/6/2025
Harakahdaily
- Pimpinan PAS WP dalami ilmu pilihan raya - 11/4/2019
- Apabila umat Islam tak kenal musuh - 11/4/2019
- Hari Keluarga PASTI Alor Gajah meriah - 11/4/2019
- LASBELA PASTI Kota Samarahan rai pelajar - 11/4/2019
- Muslimat Pekan disuntik semangat Munajat AKIFI - 11/4/2019
Malaysiakini
- Pesakit Covid-19 di acara dihadiri menteri, timb menteri - 3/1/2020
- Mukhriz, Syed Saddiq sedia dikenakan tindakan - 3/1/2020
- MB: Kedudukan exco Bersatu dalam k'jaan Selangor akan diteliti - 3/1/2020
- Serangan pada Tian bukti PKR dikuasai budaya samseng, kata Azmin - 3/1/2020
- Hadi: Ada juga pemimpin PH dibebaskan dari kes mahkamah - 3/1/2020
KeadilanDaily
- Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri - 12/31/2019
- Identiti rakyat Malaysia ditahan di Iran sedang dikenal pasti - 12/31/2019
- Selangor agih RM4.5 juta kepada 401 sekolah - 12/31/2019
- Jangan tewas diuji pangkat dan jawatan – Wan Azizah - 12/8/2019
- Demokrasi garis tipis antara autokratik, anarki - 12/8/2019
najibul pandai
ReplyDeletemula2 beli pas (beli nama saja)
kemudian beli otai reform (nama group aja)
kemudian gunakan psm untuk hantam ex-umno dalam ph
kemudian psm rasa dia dah best teruskan kutuk ph
hehe
tak apa..
tapi jangan pula tak declare aset tahun hadapan
kih2
:D
the last man standing on earth with 90 joter
kah kah