Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Thursday, July 27, 2017

Najib perlu hadir jawab di Parlimen



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa hanya berani berdepan ‘penonton’ tetapi tidak berani menjawab pelbagai persoalan yang dibangkitkan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Parlimen.

"1MDB yang merupakan cetusan idea Najib kini sedang disiasat banyak negara telah menempa nama Malaysia sebagai kleptokrasi di mata dunia, ekoran pelbagai penyelewengan yang berlaku membabitkan syarikat tersebut," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam satu kenyataannya seperti disiarkan dalam Oriental Daily.

Beliau yang juga Setiausaha Publisiti DAP berkata demikian, mengulas kecaman dilemparkan Najib seperti dilaporkan media, terhadap sesetengah ahli politik yang didakwanya sengaja meniupkan isu 1MDB bagi menjatuhkan kerajaan.

“Najib sebenarnya mempunyai kesempatan yang baik untuk membuatkan kami di pihak pembangkang seolah-olah orang bodoh...jika benar pembangkang membangkitkan isu 1MDB secara tidak adil,” katanya.

Menurutnya, rakyat Malaysia juga ingin tahu mengapa perdana menteri enggan mengulas mengenai punca wang bernilai AS$731 juta yang dimasukkan ke akaun bank peribadinya sejak saman dikeluarkan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat, Julai tahun lalu.

Najib sebelum ini mendakwa dana yang masuk ke akaun bank peribadinya itu adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi dan mengaku telah memulangkan kembali sebahagian sumbangan tersebut.



.........
Blog ini adalah blog sementara untuk Tranungkite Online (TKO)

No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily