Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Sunday, May 19, 2013

Zahid Sindir Hishamudin??


Beberapa blog UMNO menulis tentang tindakan Zahid Hamidi dilihat sebagai sindiran tajam kepada Dato' Hishamuddin Hussein kerana dilihat sebelum ini sangat 'lembik' dalam membuat tindakan kepada kebangkitan rakyat.

Kerajaan tidak akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang mahu mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertindak secara tegas. kata Zahid.

Calon UMNO Dun Selising Meninggal Dunia - Al Fatihah

Ketua Pemuda Umno Bahagian Bagan Serai, Sharudin Ahmad (Juga calon Dun Selising) yang koma sejak dua hari lalu meninggal dunia di Hospital Taiping akibat jangkitan kuman pada jam 8.40 malam Sabtu.

Doktor mengesahkan beliau mengalami jangkitan kuman dan keadaannya semakin kritikal apabila kuman merebak ke jantung dan buah pinggang. Sharudin pertama kali bertanding di DUN Selinsing tewas kepada penyandang Husin Din (PAS) dengan majoriti 809 undi.

Khairy Jamaluddin mulai dikritik oleh blogger UMNO pasal Kementerian BN

Beberapa penulis blog UMNO marah betul dengan kenyaatan Khairy Jamaluddin (KJ) pasal KEMENTERIAN BN. Antaranya menyebut:-

Tak perlu bersandiwara..semua tahu..Kementerian Belia untuk bangunkan Belia..bangun dan majukan sukan melalui Sukan Teras sebagai sukan yang d utamakan.

Apa yang KJ nak jelaskan d atas sana..kenyataan beliau seolah-olah selama ini Kementerian Belia atau apa saja Kementerian yang ada semuanya 100% staff atau pekerjanya sokong dan dokong BN ? Kerajaan yang selama ini memberi segalanya kepada kakitangannya ?


Lagi Pasal Sikap Keterbukaan Mukhriz MB Kedah Baru!!!


Tak sampai 100 hari kerajaan baru Kedah tak benarkan stadium dan padang Sultan Abdul Halim digunakan untuk perhimpunan 'Blackout 505'. Kalau guna tempat awam, kata PR tak minta stadium. Ini semua kerja nak menyusahkan sahaja.

Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar hari ini merayu supaya Mukhriz membenarkan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan berkenaan di Stadium Sultan Abdul Halim.

Mukhriz Nak Tutup Semua Pusat Hiburan Di Kedah Dalam Masa 100 Hari??

Kerajaan Negeri Kedah telah mengagihkan tugas melaksanakan Aku Janji Barisan Nasional (BN) Kedah kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik semalam, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata, sebagai contoh isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) telah diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Datuk Tajul Urus Mat Zain untuk menyelesaikannya.

Mukhriz berkata, kesemua anggota Exco perlu menyediakan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap tahun bagi memudahkannya menyelaraskan hasil kerja yang dibuat sekali gus dapat menunaikan Aku Janji BN Kedah.

Saturday, May 18, 2013

Kunjungan Presiden PAS di CCU



Saya rasa ada petikan menarik semasa kunjungan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke CCU untuk melihat Ustaz Azizan Razak. Petikan tulisan pendek Helmi Khalid, bekas SU Akhbar Ustaz Azizan menarik untuk di kongsikan bersama.

Adam Adli Ditahan di Bawah Akta Hasutan.

Tadi saya terbaca dalam twitter Tian Chua mengenai penahanan Adam Adli. Adam Adli ditahan di bawah seksyen 124 Akta Hasutan. Dia ditahan di Bangsar Utama dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Sebelum ini Adam Adli digantung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei 2013 lalu.


Najib buat mesyuarat Kabinet tak ikut peraturan - Lim Kit Siang

Semalam Datuk Seri Najib telah mengadakan mesyuarat pertama kabinetnya. Mesyuarat pertama ini dikatakan tidak mengikut peraturan pelembangaan kerana terdapat dua orang menteri dan tiga timbalan menteri tidak sah dalam kabinet tersebut. Mereka yang dilantik belum lagi mengangkat sumpah sebagai senator.

Akhbar Harakahdaily hari ini menyiarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang mendakwa mesyuarat pertama kabinet Datuk Seri Najib Razak semalam adalah tidak sah malah melanggar protokol dan juga undang-undang.

“Semalam, selepas upacara mengangkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara, Najib menjalankan sesi Kabinet selama dua jam di Bilik Kabinet Putrajaya.

Malaysia's funniest and tragic court video




Saya tak berhasrat nak ulas, tapi nampak macam ada perkara sangat lucu dan kebudakan dalam soal jawab. Pembaca boleh ikuti 8 siri video di bawah.

Kisah Banduan 650, Dr. Aafia Siddiqui


Tidak ramai yang tahu tentang kisah sebenar seorang banduan yang dikenali sebagai banduan 650 ini. Namun coretan perjalanan hidupnya cukup menyedihkan kerana dirinya telah dizalimi oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Seorang yang berpendidikan tinggi dan merupakan seorang hafizah al-Quran dan sudah mempunyai anak. Namun tiba-tiba diri dan anak-anaknya hilang. Wanita yang dikenali sebagai Dr Aafia ini sebenarnya telah dipenjarakan malah turut diseksa dan dirogol. Ya Allah, kejamnya mereka!

Misi Gabungan UMNO-PAS??


Secara peribadi saya sangat menghormati Ustaz Nasharudin Mat Isa kerana ramai pemimpin yang saya berhubung melalui telefon Ustaz Nasa dan keluarganya adalah yang terbaik dalam menjawab panggilan. Malah keluarga mengesyorkan saya hubungi selepas waktu subuh.. jika susah nak dapatkannya.

Itu cerita lama...

Citer lama biasanya sekadar ingatan dan pengajaran, semacam kita menginggatkan kisah bagaimana Saidina Omar makan Tuhannya bila dia lapar!

Blogger Pakatan Rakyat Kena "Jenggi" Blogger UMNO


Tuduhan seks dengan gambar dan video yang kabur boleh membawa bermacam-macam makna selalunya menjadi sajian oleh blogger UMNO. Maruah dan nilai Islam sudah tidak ada dalam diri mereka kerana nafsu syaitan menguasai akan fikiran.

Saya tak hairan kalau ini berlaku pada blogger UMNO kerana sebahagian daripada mereka tidak sembahyang malah ada yang minum (arak) secara terang-terangan apabila ada perjumpaan di'cybercafe' (kalau pub lagilah!!!)

81% Pembaca Setuju Anwar Ibrahim Bersara Adalah Palsu


Dunia pemberitaan sekarang banyak yang tak beretika. Rakyat disajikan dengan maklumat dan berita yang tidak benar. Pemalsuan maklumat bagi sesuatu tujuan sangat tidak beretika dalam dunia kewartawanan.

Sebelum ini bilangan sokongan Najib dalam facebook dan twitter juga tidak benar, terkini kajian laman web The Edge yang menunjukkan 81 peratus pembacanya bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim harus bersara daripada politik rupa-rupanya palsu.

Pasal Artis, Ada Ke Kiri dan Ada Ke Kanan

Pada PRU-13 baru-baru ini, artis juga turut mewarnai suasana apabila 3 orang artist turut bertanding. Kehadiran artis membawa suatu perubahan bahawa selain daripada selalu dibabitkan kepada perkara negetif artis kini akan menjadi YB yang sudah pasti memmpin masyarakat.

Dunia artis masih dalam kelam ada yang ke kiri dengan penuh masalah dan noda. Terkini Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan bahawa Mohd Shahrizal Jaszle Jasmi atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jais pada 3.30 pagi semalam.

Friday, May 17, 2013

Khairy Jadi Menteri, Adakah Tun Mahathir Telah Telan Ludahnya Sendiri??



Tun Mahathir sebelum ini sangat marah kepada Khairy Jamaluddin. Bukan Khairy, sehingga Pak Lah yang dilantik sendiripun jadi mangsa.

Tun Mahathir banyak mempengaruhi keputusan Najib Razak. Lihat sahaja macam mana Zulkifli Nordin boleh jadi calon, entah isi borang UMNO ke tidak pun kita tak tahu. Macam mana calon bebas cap bunga boleh diberi tempat malah Tun turut berkempen kepada Ibrahim Ali.

KIMMA meroyan pasal HINDRAF!


Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Pulau Pinang telah menyatakan rasa tak puas hati mereka kerana KIMMA tiada dalam kabinet sedangkan HINDRAF yang terang-terang menentang kerajaan sebelum ini diberi tepat dalam kabinet baru Najib.

Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA negeri Faruk Raju Mohamed berkata pertimbangan itu perlu sebagai menghargai jasa parti itu yang banyak membantu BN dalam menarik undi India Muslim sepanjang pilihan raya ke-13 yang lepas.

Ulasan Santai posting Kita perlu leader seperti Stephen Olop untuk 'rejuvenate' PAS!!

Saya menerima satu masej dalam e-groups berbentuk satu posting yang berbunyi tajuknya seperti diatas. Mungkin ada yang tak tahu siapa Stephen Olop. Dia adalah Presiden dan CEO kepada syarikat Nokia.

Stephen dalam satu memonya kepada pekerja syarikat Nokia telah mengibaratkan bahawa Nokia berada atas pelantar minyak yang terbakar di kutub. Tiada pilihan yang banyak kerana nak rentas api tak boleh, keputusan nekad ia terjun dalam air berais.

Mungkin kita tak terfikir untuk terjun dalam ais tapi itu pilihan yang ada dalam masa. Tapi kalau kita tak terjun kita perlu satu perubahan radikal untuk menghadapi api yang membarak.

Saya Suka Cara Khairy, Pasti Ada Yang Sakit Terkena Duri!

Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan ada menyebut "Sudah tiba masanya rakyat maju ke depan dalam usaha menuju pembangunan dan transformasi. Bagi Kementerian belia dan sukan, akan akan bertemu dengan Pemuda parti politik termasuk pembangkang untuk mengadakan dialog"

"Saya tidak ada masalah dengan perkara itu. Saya akan menulis surat kepada semua Pemuda parti politik, Pemuda PAS, datang bersembang dengan saya, apa idea kamu, dan apa jangkaan kamu. Ini cara saya untuk mempromosi national reconciliation.


Habuan Tidak Bersama Pakatan Rakyat??

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya adalah penerima tunggal darjah Dato' Bergelar yang membawa gelaran Datuk Murshid Diraja. Seramai 207 penerima darjah kebesaran dan pingat negeri Perlis sempena ulang tahun ke-70 keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, semalam.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Perlis, Mohd Faisol Abdul Rahman sebentar pada 14 April lalu dalam satu sidang media mengumumkan bahawa Dr Juanda Jaya ini calon Parlimen Kangar, Perlis. Mohd Faisol menyebut perkara ini telah disahkan oleh Anwar Ibrahim.

Manakala PAS Perlis menolakkan maklumat ini dan mengumumkan bahawa PAS akan bertanding di situ dan menamakan Baharuddin Ahmad sebagai calon.

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily